Lelaki kacak tidak boleh harap


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kecoh satu Malaysia bercerita tentang lelaki kacak. Ada satu blog tu aku jumpa ketika blogwalking tapi tak ingat yang mana satu hampir semua tajuk entri bermula dengan lelaki kacak. Nak best tu blog student akademi Denaihati yang tengah meletup-letup Sweetkurma yang banyak berkongsi kisah poligami pun dah terjangkit cerita lelaki kacak.

Aku pun tak perasaan sangat kisah lelaki kacak ni cuma yang ingat sekali dulu penulis jemputan Ariffshah ada buat satu entri SEO lelaki kacak. Aku ingat entri iti ditujukan kepada Abang Ensem yang memanglah satu Malaysia tahu kekacakannya rupa sangkaan aku silap. Rupanya ada sebab lain kenapa Ariffshah buat entri lelaki kacak tersebut. (Ariffshah nak bagi tahu ni ada pembaca blog Denaihati dari Penang suka sangat pada Ariff, katanya Ariff kacak dan kalau jadi menantu mesti best).

Sebelum ni Kak Yanmie ada kirimkan satu link perdebatan di Facebook tapi lupa nak simpan linknya. Mereka berdebat mana lebih bagus blogspot atau wordpress untuk bercerita tentang lelaki kacak. Yang pelik dalam panas berdebat tiba-tiba terpacul keluar nama Denaihati. Ada blogger tu kata blog Denaihati ada tulis ke kisah lelaki kacak, kalau ada mesti kalah semua blog blogspot yang sedang menguasai tahta top 10 google. Bertambah peliklah aku dengan sengketa lelaki kacak ni sebenarnya blogger wanita jelita mana yang menjadi rebutan. Aku pun tak yakin kalau aku tulis kisah lelaki kacak boleh menewaskan blog blogspot yang sedang menganas dengan kisah lelaki kacak.

Baru-baru ni aku sempat berbual dengan beberapa wanita seumur dengan aku yang menceritakan masalah rumahtangga yang melanda ramai kawan-kawan mereka. Ada bercerai dan ada yang merana makan hati. Kesimpulan yang boleh aku buat daripada cerita mereka ini lelaki kacak memang tidak boleh diharap terutama diranjang tapi dalam hati aku pasti Abangensem tidak termasuk dalam katogeri yang dibincangkan oleh kawan-kawam wanita aku ini.

20120524 124419 Lelaki kacak tidak boleh harap

Empat lelaki kacak baru pulang dari Kembara Musafir Europe

Misteri lelaki kacak pasti akan terus melanda satu Malaysia sehingga awal Jun ni. Kenapa dan mengapa hanya mereka dan keluarga mereka sahaja yang boleh menjawab.

Istimewa di denaihati.com
  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge
  • Salesman Lelaki kacak - onlajer blog 3 January 2013 at 4:45 pm

    [...] beri la komen yang mencarut… Ops! asal boleh sebut.Sehari selepas semalam pun  Denaihati buat entry tentang Lelaki Kacak ,Lelaman yang popular pun menyahut cabaran The Titan.Apa lagi aku [...]

1 7 8 9


© 2008 - 2012 Denaihati Network · Sebahagian hak milik terpelihara
Diselenggara oleh Eizil Network