Lee Chong Wei Tahniah

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, nak tanya ada ke Rakyat Malaysia yang tidak kenal dengan Datuk Lee Chong Wei. Kalau ada yang tidak kenal itu pasti bukan peminat sukan badminton. Lee Chong Wei satu-satunya pemain badminton Malaysia era modern yang berjaya mengekalkan kedudukan sebagai pemain badminton dunia no satu untuk tempoh bertahun-tahun. Telah memenangi berpuluh-piluh kejuaraan melainkan Juara Dunia dan Juara Olimpik. Kehebatannya satu dalam berjuta mungkin akan hanya ada pengganti yang lebih baik daripada beliau 100 tahun lagi.

Musuh ketat Lin Dan yang penuh dengan strategi selalu sahaja menjadi penghalang kepada kejayaan Lee Chong Wei terutamanya untuk ke Juara Dunia. Untuk menjadi Juara Olimpik2012, Lee Chong Wei mesti bersiap sedia mental dan fizikal untuk bermain dengan srategi nakal yang bakal digunakan oleh Lin Dan supaya tidak menjadi mangsa lagi seperti Kejuaraan Dunia.

Datuk Lee Chong Wei

Selepas Datuk Lee Chong Wei agaknya siapalah yang akan menganti kehebatan beliau macam tak nampak je. Inilah lah kelemahan Persatuan Badminton Malaysia susah nak cari pelapis nak kata tak ada pemain muda rasanya ramai tapi mana salahnya? Mungkinkah cara mentadbiran atau cara latihan atau banyak sangat politik dalam sukan … Malaysia tidak boleh mengulangi kesilapan pasukan Badminton Indonesia yang suatu ketika tersangat hebat tetapi kini hilang ditelan kehebatan pasukan badminton China yang terus melahirkan juara-juara baru satu demi satu.

TERKINI

1. 15/1/2012-  Lee Chong Wei akan menentang Kenichi Tago untuk final Badminton Terbuka Malaysia 2012. Seandainya menang Chong Wei akan menyamai rekod yang dipegang oleh Wong Peng Soon menjuarai Terbuka Malaysia 8 kali berturut-turut. Kita doakan kejayaan beliau yang merupakan kebanggan Malaysia. Terkini keputusan badminton terbuka Malaysia Datuk Lee Choong Wei menewaskan Kenichi Togo (Jepun) 21 – 6, 21 – 13. Yang penting sekarang fokus pada pingat emas Olimpik 2012 di London.

2. 18/1/2012 – Melancarkan buku autobiografi dalam bahasa Cina (RM35) dan English (RM38) bertajuk “Lee Chong Wei’s Autobiography – Dare to be a Champion

3. 12/3/2012 – Datuk Lee Chong Wei memberi kemenangan percuma All England 2012 kepada Li Dan kerana kecederaan bahu.

Sebenarnya banyak yang kita boleh pelajari dari beliau bagaimana untuk menjadi terbaik antara yang terbaik.

Comments

  1. says

    Semoga hajat beliau tahun Naga Air ini terus menyinar sebelum DLCW mengantung reket. Selamat Tahun Baru Cina Buat DLCW. Menjadi pemain no 1 Dunia sampai ke kemuncak karier beliau.