Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog in. Terima kasih kepada yang ramai membaca dan komen di entri “Realiti Madrasah Tahfiz dan Sekolah Agama Swasta Malaysia“. Kali ini Abang nak menulis tajuk duit digital, bukan kali pertama tetapi ini adalah entri ke empat kerana minat masyarakat kepada duit digital semakin tinggi.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Kalau ikut pakar konspirasi, duit digital bakal mengantikan duit kertas maknanya fungsi duit kertas akan diambil alih oleh duit digital suatu masa nanti yang tidak lama lagi. Di dunia sekarang ada beratus matawang kertas yang dikawal oleh negara masing-masing begitu juga sekarang ada lebih daripada 1000 jenis duit digital yang setiap satu mempunyai komuniti tersendiri yang tidak dikawal oleh mana-mana Bank Pusat Negara.
Ramai yang gunakan duit kertas untuk untuk perdagangan jual beli dan selebihnya sebagai pelaburan apabila nilai naik akan dicairkan. Tapi hanya beberapa matawang kertas sahaja yang laku dimerata dunia antaranya USD, Euro dan Pound, sekarang matawang Yuan semakin diterima dibanyak negara. Beratus-ratus matawang yang tidak laku dan tidak diterima melainkan di negara sendiri contohnya duit Ringgit tak boleh ditukar dan diguna dibanyak negara.
Pada pendapat Abang, duit digital juga begitu dari beribu jenis hanya beberapa sahaja yang boleh didagangkan dimerata dunia yang lain hanya digunakan dalam komuniti sendiri sahaja. Buat masa ini duit digital yang paling popular dan diterima pakai oleh komuniti bisnis untuk jual beli adalah bitcoin. Ethereum, Ripple, Litecoin antara cryptocurrency yang popular selepas bitcoin.
Ramai yang mempromosi untuk kita membeli ICO duit digital baru dengan membandingkan kejayaan bitcoin yang naik dari harga hanya beberapa sen USD sehingga harga terkini USD4422 (ketika entri ini ditulis). Bitcoin bukan sahaja meningkat harga berganda-ganda tetapi boleh digunakan di banyak kedai, restoran dan online mall.
Katalah kita beli ICO duit digital baru tersebut, kita tunggu harga naik maka kita jual kepada ahli komuniti yang hendak membeli duit digital tersebut, kemudian yang membeli tersebut perlu menjual kepada orang lain apabila harga duit digital tersebut naik. Proses ini akan terus berulang-ulang kerana duit tersebut tidak boleh digunakan untuk membeli produk melainkan komuniti tersebut menyediakan platform untuk jual beli produk. Jadi apa yang akan berlaku kepada pengguna yang akhir memegang duit digital tersebut? Pasti yang untung besar adalah mereka yang mengeluarkan ICO duit digital tersebut.
Mungkin inilah sebabnya mengapa Kerajaan China dan Korea sudah mengharamkan ICO duit digital baru. USA dan negara Eropah juga bakal mengeluarkan perundangan baru terhadap lambakan crytpocurrency. Bank Negara Malaysia juga bakal mengeluarkan panduan baru untuk duit digital pada penghujung tahun ini.
Abang lebih suka menyimpan duit kertas yang laku diseluruh dunia iaitu USD, Euro, Pound dan Yuan, begitu juga duit digital Abang lebih berminat menyimpan hanya bitcoin, ethereum dan bitcoin cash sahaja. Teknikal matawang kertas dan matawang digital memang berbeza tetapi konsep perdagangan kedua-dua matawang ini pasti tidak akan berbeza banyak.
Majoriti jutawan dunia menyimpan duit kertas USD jadi begitu juga jutawan digital pasti mereka lebih banyak menyimpan Bitcoin berbanding duit-duit digital yang lain.
87 Comments
terima kasih info nya artikel nya sangat menarik i like it thank
Curahan rasa grosir gamis murah bekasi @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
ramai bisnis bitcoin ini memang banyak yang sudah berhasil namun ada juga yang kurang berhasil dengan bisnis ini
Curahan rasa Bujang @ ..Ada sesiapa lagi belum join Facebook Grup Denaihati Network?
Yang masih belum berhasil, usah putus asa kerana masih banyak cara untuk jana wang.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 2017
Memang tengah trending bisnes Bitcoin ni. Dimana-mana website antarabangsa pasti ada iklan adwords yang mempromosikan Bitcoin ini.
Curahan rasa Sani @ ..16 Fakta Pemasaran Instagram Yang And Patut Tahu Untuk Berjaya Dalam Bisnes Instagram
Bisnes yang trending, pendapatannya juga trending jadi harus hati hati buat duit dengan perkara trending.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 2017
Sekarang ni bukan sahaja dekat bandar.. Dekat pekan Sungai Besar tempat saya tinggal pun dah ada beberapa kedai yang menerima Bitcoin dalam urusan jual beli…
Curahan rasa Anuar @ ..Statistik Calon yang memohon dan menjawab Exam PTD dari tahun 2010 hingga 2016
Sekarang Bitcoin da cecah USD5000 lebih da Tuan Haji. Hujung tahun ni dengar cerita bakal cecah USD6000. Betul atau tak kita tunggu dan lihat je… eh silap, kita beli dan simpan…bila harga naik lagi kita jual… Tengah tahun hari tu diorang jangka harga bitcoin naik sampai RM10,000 hujung tahun nanti, tapi setakat Oktober ni pun da hit RM25,000… Pakar ekonomi US plak jangka harga bitcoin ni boleh naik sampai USD100,000… betul ke tak Qiya tak pasti… maklumat ni pun dari hasil carian kat Google dan pembacaan kat website CNBC. Lama da tau Qiya tak singgah blog Tuan Haji ni… sekarang tengah praktis apa yg Qiya belajar dari blog Denaihati ni…hehe
Curahan rasa Qiya Saad @ ..Hada Labo Skincare Review
Cepat benar matawang Bitcoin meningkat, tapi harus diingat Bank Negara Malaysia tak ambil risiko tentangnya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 2017
Panduan apa itu BTC.. leh dgr..
https://youtu.be/bGhjkqZbEiE
saya kurang faham dengan ayat bitcoin cash sahaja. maksudnya apa ya?
Curahan rasa mrejoy @ ..7 lokasi glamping paling mewah di dunia
Ada juga ikut perkembagan bitcoin dan dengar-dengar ada beberapa pelombong bitcoin banyak nak jual graphic card mereka dan berhenti melombong sebab terlalu ramai yang melombong..
Takut-takut tak balik modal katanya. Mungkin pasal tu juga semakin banya cryptocurrency lain berada di pasaran.
Curahan rasa Dedaun Comel @ ..3 Ebook Marketing Percuma Untuk Anda !
Ada kes di mana servis pasang lombong Bitcoin lagi untung dari melabur dalam Bitcoin.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 2017
Banyak sangat dah orang tawarkan nak join program pasal bitcoin ni. Sebab tak cukup ilmu tak berani lah nak try..
Curahan rasa semakkini @ ..Tempat-Tempat Menarik di Sabah
Mereka yang dah lama terlibat boleh bezakan, yang baru nak masuk pasaran mungkin berdepan dengan sedikit kesukaran.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Jualan 1 Juta Dalam Masa 7 Hari
Ada juga yang masuk pasaran Bitcoin dengan mewujudkan skim baru dengan tujuan mengambil keuntungan pantas iaitu dengan cara menipu orang ramai. Kalau tiada ilmu memang hancuslah jawabnya.
Curahan rasa Sani @ ..16 Fakta Pemasaran Instagram Yang And Patut Tahu Untuk Berjaya Dalam Bisnes Instagram
Itu belum masuk lagi dengan skim Bitcoin yang digerakkan dengan sistem MLM.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 2017
Ada juga member ajak joint CLBMLM cryptocurrency, tapi tak ambil port pun. Aku rasa emas dan dinar sahaja yg layak dan sentiasa laku untuk diniagakan, seperti tercatat dalam Al-Quran, yang lain tu tak pastilah.
Curahan rasa Azman @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Kawalan Trafik Udara A41 & Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29
great analise for the content. I am surethat you had seen this before, didn`t you ?
Comments are closed.