Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog in. Terima kasih kepada yang ramai membaca dan komen di entri “Realiti Madrasah Tahfiz dan Sekolah Agama Swasta Malaysia“. Kali ini Abang nak menulis tajuk duit digital, bukan kali pertama tetapi ini adalah entri ke empat kerana minat masyarakat kepada duit digital semakin tinggi.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Kalau ikut pakar konspirasi, duit digital bakal mengantikan duit kertas maknanya fungsi duit kertas akan diambil alih oleh duit digital suatu masa nanti yang tidak lama lagi. Di dunia sekarang ada beratus matawang kertas yang dikawal oleh negara masing-masing begitu juga sekarang ada lebih daripada 1000 jenis duit digital yang setiap satu mempunyai komuniti tersendiri yang tidak dikawal oleh mana-mana Bank Pusat Negara.
Ramai yang gunakan duit kertas untuk untuk perdagangan jual beli dan selebihnya sebagai pelaburan apabila nilai naik akan dicairkan. Tapi hanya beberapa matawang kertas sahaja yang laku dimerata dunia antaranya USD, Euro dan Pound, sekarang matawang Yuan semakin diterima dibanyak negara. Beratus-ratus matawang yang tidak laku dan tidak diterima melainkan di negara sendiri contohnya duit Ringgit tak boleh ditukar dan diguna dibanyak negara.
Pada pendapat Abang, duit digital juga begitu dari beribu jenis hanya beberapa sahaja yang boleh didagangkan dimerata dunia yang lain hanya digunakan dalam komuniti sendiri sahaja. Buat masa ini duit digital yang paling popular dan diterima pakai oleh komuniti bisnis untuk jual beli adalah bitcoin. Ethereum, Ripple, Litecoin antara cryptocurrency yang popular selepas bitcoin.
Ramai yang mempromosi untuk kita membeli ICO duit digital baru dengan membandingkan kejayaan bitcoin yang naik dari harga hanya beberapa sen USD sehingga harga terkini USD4422 (ketika entri ini ditulis). Bitcoin bukan sahaja meningkat harga berganda-ganda tetapi boleh digunakan di banyak kedai, restoran dan online mall.
Katalah kita beli ICO duit digital baru tersebut, kita tunggu harga naik maka kita jual kepada ahli komuniti yang hendak membeli duit digital tersebut, kemudian yang membeli tersebut perlu menjual kepada orang lain apabila harga duit digital tersebut naik. Proses ini akan terus berulang-ulang kerana duit tersebut tidak boleh digunakan untuk membeli produk melainkan komuniti tersebut menyediakan platform untuk jual beli produk. Jadi apa yang akan berlaku kepada pengguna yang akhir memegang duit digital tersebut? Pasti yang untung besar adalah mereka yang mengeluarkan ICO duit digital tersebut.
Mungkin inilah sebabnya mengapa Kerajaan China dan Korea sudah mengharamkan ICO duit digital baru. USA dan negara Eropah juga bakal mengeluarkan perundangan baru terhadap lambakan crytpocurrency. Bank Negara Malaysia juga bakal mengeluarkan panduan baru untuk duit digital pada penghujung tahun ini.
Abang lebih suka menyimpan duit kertas yang laku diseluruh dunia iaitu USD, Euro, Pound dan Yuan, begitu juga duit digital Abang lebih berminat menyimpan hanya bitcoin, ethereum dan bitcoin cash sahaja. Teknikal matawang kertas dan matawang digital memang berbeza tetapi konsep perdagangan kedua-dua matawang ini pasti tidak akan berbeza banyak.
Majoriti jutawan dunia menyimpan duit kertas USD jadi begitu juga jutawan digital pasti mereka lebih banyak menyimpan Bitcoin berbanding duit-duit digital yang lain.
87 Comments
nanti lelama org dah tak pakai duit kertas dah.. semua pembelian pakai scan je.. bawa mcm telepon tp semua duit ada dlam tu… lelama duit kertas pon kita dh tk nampak dh hmm
Curahan rasa Produk Jenama Sendiri @ ..Hello world!
Wang syiling dan kertas masih laku, sebab bukan semua orang boleh terima perubahan teknologi.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 2017
Saya pun hampir konfius di antara matawang digital dengan pembayaran atas talian. Lama-kelamaan barulah faham perbezaannya. Namun saya kurang yakin tentang fungsinya sebagai matawang. Saya lebih menyesyorkan membayar melalui transaksi bank sahaja.
Mula mula memang keliru, perlukan masa untuk faham perbezaan setiap crypto currency.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Apa Kaitan Kempen Pilihan Raya Dengan Iklan
dalam keadaan sekarang.. ada pihak yang ambil kesempatan menipu mengenai mining crypto ni
Curahan rasa Mus @ ..Mee Bihun Laksa Sarawak Keluaran Lee Fah
Yang hebatnya, mangsa tipu bukan dari orang biasa, mereka ada harta tapi tiada ilmu kewangan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 2017
Gambar dekat atas sekali tu dekat mana tuan?
Nampak macam kedai runcik dekat kampung jer..
Curahan rasa anuar @ ..Tawaran Pengiklanan Homestay di Blog Coretan Anuar. Pakej bermula dari RM0 hingga RM100
Rasa excited juga nak tahu.. kedai runcit mana yang dah boleh terima bitcoin dalam urusan jual beli?
Curahan rasa anuar @ ..Tawaran Pengiklanan Homestay di Blog Coretan Anuar. Pakej bermula dari RM0 hingga RM100
versi asalnya Bitcoin ada 21 juta sahaja di bumi..
lain-lain bitcoin memang saya tiada info..
harap blog ini terus menulis tentang Bitcoin
Curahan rasa mrhanafi @ ..20 Kisah Mualaf Yang Gegar Dunia Islam
lain-lain tu bukan bitcoin tetapi cryptocurrency atau duit digital dengan nama-nama lain seperti ethreum, litecoin dan ripple
Curahan rasa denaihati @ ..Selamat Pengantin Baru Khairil Mazri dan Mia Namia
bila dah muncul lambakkan ni..aku dah rasa muak dah.
bila muncul 2,3 masa awal dulu, ok lagi.
tapi bila dah berlambak nih..
tengok sape yang bertahan aje la jawabnya.
next level, tunggu benda ni tepu.
in the end, still main emas juga nanti.
Curahan rasa titan @ ..Cashback keenam dari Shopback.my
yang masalahnya orang Malaysia yg ambil kesempatan cipta duit digital ni dan promosi lebih hebat daripada bitcoin lepas tu tunggu tak sampai setahun tersungkur
Curahan rasa denaihati @ ..Tips ringkas untuk sukses pada tahun 1439H
Tu masalahnya..
Orang Malaysia ni bijak2.. terutamanya yang suka mengambil kesempatan untuk cepat kaya..
Curahan rasa anuar @ ..Tawaran Pengiklanan Homestay di Blog Coretan Anuar. Pakej bermula dari RM0 hingga RM100
Golongan ni suka mengambil kesempatan untuk memanipulasi benda2 baru yang sampai ke Malaysia. Huhuhu..
Curahan rasa anuar @ ..Tawaran Pengiklanan Homestay di Blog Coretan Anuar. Pakej bermula dari RM0 hingga RM100
Orang Malaysia pun ada keluarkan cryptocurrency jugak. Sekarang terpulang kepada keyakinan individu tu, sama ada nak beli atau miliki cryptocurrency tu ataupun tidak.
Setiap benda pasti ada risikonya 🙁
Curahan rasa sabree hussin @ ..MYCYBERSALE 2017 – Masa TERBAIK untuk shopping online dan dapatkan tawaran DISKAUN HEBAT
banyak dah orang Malaysia keluarkan cryptocurrenccy soalnya nanti yang beli nak guna kat mana selain jual pada komuniti mereka sahaja.
Curahan rasa denaihati @ ..Qurban dan Aqiqah kambing mekah 2017
Golongan ni yang biasanya merosakkan imej dan kepercayaan orang ramai terhadap perkara yang sepatutnya betul..
Curahan rasa anuar @ ..Tawaran Pengiklanan Homestay di Blog Coretan Anuar. Pakej bermula dari RM0 hingga RM100
Seperti juga dalam pelaburan emas.. dulu masyarakat memandang positif tentang pelaburan emas…
Curahan rasa anuar @ ..Tawaran Pengiklanan Homestay di Blog Coretan Anuar. Pakej bermula dari RM0 hingga RM100
Tapi sejak wujudnya “mat-mat sontot”, golongan yang baru nak menceburkan diri dalam pelaburan emas dah mula risau dan hilang keyakinan untuk melabur dalam bidang ni..
Curahan rasa anuar @ ..Tawaran Pengiklanan Homestay di Blog Coretan Anuar. Pakej bermula dari RM0 hingga RM100
Betul. Mula-mula berminat juga dengan bitcoin.
Tapi sekarang terlalu banyak crypto currency yang wujud selepas kejayaan bitcoin ni. Dan dengar-dengar, kaki scammer pun banyak ambil kesempatan dalam kesimpitan..
Curahan rasa Dedaun Comel @ ..3 Ebook Marketing Percuma Untuk Anda !
Saya pun ada dengar juga tentang penipuan oleh kaki-kaki scammer terhadap bitcoin..
Curahan rasa anuar @ ..Tawaran Pengiklanan Homestay di Blog Coretan Anuar. Pakej bermula dari RM0 hingga RM100
Baru-baru ni siap masuk dalam TV3 lagi.. tapi saya dah lupa nama syarikat tu..
Curahan rasa anuar @ ..Tawaran Pengiklanan Homestay di Blog Coretan Anuar. Pakej bermula dari RM0 hingga RM100
sebab tu bagus fokus simpan bitcoin sahaja sebab boleh digunakan di banyak tempat yang lain tu tengokkan sahaja.
Curahan rasa denaihati @ ..Aktiviti di kampung sebagai penjana idea yang jitu
masih pening bagaimana sebenarnya prosedur penggunaan bitcoin ini , padahal sudah ramai pula digunakan orang banyak
Curahan rasa Bujang @ ..Petanda Isteri Curang Kepada Suami
Mudah je upload aplikasi blockchain dan daftar akaun kita untuk simpan bitcoin. bitcoin boleh dibeli dari Luno Malaysia atau dari agen2 yg menjual. simpan bitcoin untuk transaksi bisnis yg gunakan bitcoin.
Curahan rasa denaihati @ ..iPhone X, iPhone 8 dan iPhone 8Plus
Saya pun sudah mula buat bacaan dan kajian tentang Bitcoin ini
memang banyak peluang di pasaran
kalau kena masa bolehlah cuba guna
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Pencarian Model Terbaru Kereta Proton Hanya Di Sini
Saya pun sama.. teringin juga nak guna bitcoin ni.. tapi dekat Malaysia penggunaannya masih belum berleluasa lagi..
Curahan rasa anuar @ ..Tawaran Pengiklanan Homestay di Blog Coretan Anuar. Pakej bermula dari RM0 hingga RM100
Nak pergi over sea ntah bila pula ada peluang nak ke sana?
Curahan rasa anuar @ ..Tawaran Pengiklanan Homestay di Blog Coretan Anuar. Pakej bermula dari RM0 hingga RM100
Kalau sesiapa yang rajin travel atau berbelanja secara online.. memang sesuai sangatlah memiliki bitcoin..
Curahan rasa anuar @ ..Tawaran Pengiklanan Homestay di Blog Coretan Anuar. Pakej bermula dari RM0 hingga RM100
Kurang faham sangat dengan bitcoin ni. Kalau nak masuk pasaran wang digital mesti tahu asal usul juga nie.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Kolagen Sisik Ikan: Protein Anti-Penuaan dengan Bioavailabiliti Terbaik
saya juga masih belajar dan mengkaji…
kalau ada kemampuan memang nak juga sembat 1 Bitcoin..
mana tahu boleh jana income yang berterusan ..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Rahsia Buat Duit Online Guna Blog Terbongkar
Sy masih buat research pasal bitcoin nie..pening jugak sbb makin bnyk crypto currency skang nie..
Curahan rasa JPJ Number Plate @ ..JPJ Running Number Plate
jangan pening-pening..
terus sahaja buat kajian..
nanti jumpa la jawapan dan maklumat yang berkaitan Bitcoin
Curahan rasa mrhanafi @ ..Rahsia Buat Duit Online Guna Blog Terbongkar
assalam..
maaf bertanya knape dah tak nampak iklan ‘uncle G’ dlm denaihati ni ye..
beberapa blog sahabat denaihati pon saya tgk dah tak muncul iklan uncle G..
ada masalah ke tuan..?
kalo boleh share as new post entri bagus gak..
sy pun berminat nak tahu jugak..blog besar2 mcm thevocket dan siakapkeli masih lg ad..
Curahan rasa JPJ Number Plate @ ..JPJ Running Number Plate
tulaa kan.. baru² ni dlm ‘group ad sen s’ telegram, ada sahabat discuss pasal ad sen s for yu tiub, ramai yg kantoi lepas ‘uncle G’ rombak terms & condition yu tiub..
drpd diorg dpt belas² ribu sebulan hasil dr video ads, terus kene terminate acc. menangis tak berlagu kata nye.. kbnykan maslaah video violation, dan beberapa hal lg laa..
Comments are closed.