Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, selepas Piala Dunia 2014 kini fokus kita kepada Sukan Komanwel 2014. Sukan Komanwel adalah sukan kedua terbesar selepas Sukan Olimpik khas untuk negara-negara yang pernah dijajah oleh British. Kali ini Glasgow menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2014.
Prestasi kontigen Malaysia semakin meningkat untuk beberapa jenis sukan. Kali ini target Malaysia untuk membawa pulang sekurang-kurangnya 10 pingat emas. Mohd Hafifi Mansor menjadi pemenang emas pertama Malaysia untuk sukan angkat berat setelah Mohd Zulhelmi Pisol yang juga atlet angkat berat menjadi atlet pertama penyumbang pingat kepada kontigen Malaysia.
Jumlah Kutipan Pingat Emas Malaysia
- Mohd Hafifi Mansor untuk acara angkat berat kategori 69kg dengan jumlah angkatan 305kg menerusi snatch 135kg dan clean & jerk 170kg.
- Datuk Nicol Ann David untuk acara skuasy perseorangan wanita menewaskan Laura Massaro, 3-0.
- Skuad badminton untuk acara berpasukan campuran menewaskan England 3-1.
- Ooi Tze Liang papan anjal lelaki 3m.
- Woon Khe Wei dan Vivian Hoo badminton bergu wanita menewaskan Jwala Gutta dan Ashwini Ponnanppa 21-17, 23-21.
- Tan Wee Kiong dan Goh V-Shem badminton bergu lelaki menewaskan Danny Chrisnanta dan Chayut Triyachat, 21-12, 21,15.
Jumlah Kutipan Pingat Perak Malaysia
- Mohd Zulhelmi Pisol kategori 56kg dengan jumlah angkatan 245kg
- Wong Poh San – Gimrama Individu (Riben)
- Ping Pong Wanita Berpasukan – Ying Ho, Lee Wei BB.eh, Sock Khim Ng
- Boling Padang Women’s Fours – Azlina Arshad, Nor Hashimah Ismail, Nur Fidrah Noh, Emma Firyana Saroji
- Muhammad Hizlee Abdul Rais, Fairul Izwan Abdul Muin – Boling Padang Berpasangan Lelaki
- Pandalela Rinong – Terjun 10m Platform Wanita
- Ooi Tze Liang – Terjun 10m Platform Lelaki
Jumlah Kutipan Pingat Gangsa Malaysia
- Mohd Azizulhasni Awang bagi acara keirin lumba basikal trak
- Amy Dict Weng Kwan, Wong Poh San, Fatin Zakirah Zain Jalany – Gimrama Berkumpulan
- Wong Poh San – Gimrama Individu (Gelung)
- Nur Suriyani – Menembak 10m Air Rifle (Wanita)
- Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah – 10m Platform Synchronized
- Jong Yee Khie – Angkat Berat Paralimpik Lelaki (72.1kg)
Kutipan Pingat Sukan Komanwel Keseluruhan di SINI
Semuga matlamat Malaysia mengutip 10 pingat emas tercapai.
Malaysia Boleh.
Berita terkini Sukan Komanwel 2014 @ Twitter
365 Comments
semoga semua peserta dari negara yang terlibat dapat bersaing secara sihat.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Komisyen Affiliate Saya Yang Kedua
semoga pencapaian ini dapat dipertingkatkan untuk masa masa yang akan datang.
Curahan rasa Dr Fattah @ ..Nota Separa Perubatan Mengenai Senaman Yang Selamat
ini untuk negara-negara persemakmuran ya wah mestilah persaingannya berat karena ada negeri Eropa
Curahan rasa Al Najwa @ ..Mengenal Allah ‘Azza Wa Jalla
pencarian kena bermula dari akar umbi dan latih mereka dari awal lagi
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
memang perlu kerja keras lagi untuk menemukan bibit-bibit berbakat olahraga dari awal
Curahan rasa Al Najwa @ ..Mengenal Allah ‘Azza Wa Jalla
MSN kena lebih banyak melatih pelapis utk ganti aatlet sekarang. kita ketandusan pelapis
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
malaysia capai sasaran yang diharapkan. takpe lah. cuba lagi lain kali dan di kejohanan lain
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
berapakah kutipan pingat lagi untuk atlet Malaysia di sukan asia untuk hari ni..hari penutup sukan asia akan berlangsung sabtu ni..moga atlet Malaysia terus berjuang untuk negara
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Malaysia kehilangan 1 pingat emas semalam dan juga menambah semula pingat emas dengan kemenangan pelayar negara dalam sukan asia 2014 ni
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
mestilah suatu saat gagal tapi pasti dikemudian hari akan berhasil dengan terus latihan
Curahan rasa Al Najwa @ ..Mengenal Allah ‘Azza Wa Jalla
tenghari tadi tengok astro arena..1 pingat emas atlet wushu Malaysia ditarik balik.kerana gagal ujian doping. dari 3 emas malaysia dapat dah tinggal 2..
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
doping ini sering menjadi hantu bagi atlet mesti sering terjadi karena ketidak sengajaan atau tidak mengerti yang mana dopping itu
Curahan rasa Al Najwa @ ..Mengenal Allah ‘Azza Wa Jalla
apapun, semoga Malaysia dapat mengulangi kejayaan merangkul 10 pingat emas seperti di sukan komanwel 1998 di KL.. malah lebih banyak.. aminnn
Curahan rasa Zamani 84 @ ..Setiap Kali Dengar Lagu Ni, Teringat Pada Anak Kucing Zam
Harap Malaysia dapat mempertingkatkan mutu atlet sedia adadan pelapis untuk persiapan di masa akan datang.. mana tahu masa tu nanti lebih banyak pingat emas akan diperolehi 😀
Curahan rasa Zamani 84 @ ..Kek Lapis Durian Dan Kek Lapis Batik Di Asma Cake House
masalah malaysia sekarang, kita tak ada pelapis utk gantik atlet yang sedia ada
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
Alangkah bagusnya jika ada acara skuasy di Sukan Olimpik…nanti boleh juga Datuk Nicol Ann David menyumbangkan emas pertama negara… 🙂
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
semoga impian ini akan jadi kenyataan.. sebab beliau antara atlet yang konsisten di persada sukan dunia
Curahan rasa Zamani 84 @ ..Demam Masterchef Kembali Lagi
Ya, sangat konsisten…jika bukan pingat emas, pingat perak…sangat bangga dengan beliau…
Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?
betul tu…banyak sukan yang atlet Malaysia ada potensi emas tidak dipertandingkan di sukan olimpik
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Ya, kalau tidak, merasa juga kita pingat emas yang diidam-idamkan selama ini…hehe…
Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?
tak apa. boleh cuba lain kali. pencapaian kali ni tak mengecewakan juga
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
mungkin suatu saat bisa raih pingat emas lebih banyak dengan latihan terus menerus
Curahan rasa Al Najwa @ ..Kesesatan Ideologi ISIS (Islamic State Of Iraq & Sham)
kebanyakkan sukan yang malaysia berpotensi tidak dicalonkan dan kalah kepada sukan lain semasa mengundi
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
itu meman menjadi impian kita semua. tapi sukan tu kalah dengan acara gusti.
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
kalau Nicole masuk olimpik ada la peluang utk kita merasa pingat emas. hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
nicole itu atlet apa ya sepertinya saya pernah mendengar namanya di olimpiade kemarin
Curahan rasa Al Najwa @ ..Mengenal Allah ‘Azza Wa Jalla
ada sesiapa boleh update kutipan pingat atlet Malaysia di sukan asia tak…sharelah sikit…tenkiu
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Denaihati tak nak buat post pasal sukan asia yang sedang berlangsung ke…hehe..just bagi cadangan je..
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Comments are closed.