Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, manusia tak pernah lari dari kesilapan cuma malang selalu berlaku kesilapan kerana kurang ilmu terutama ketika Solat Jumaat. Nampak remeh tetapi boleh mengurangkan pahala malah silap-silap boleh abis lansung pahala solat Jumaat. Aku sendiri pun tak terlepas daripada kesilapan ketika solat jumaat jadi mari kita azam sungguh-sungguh untuk tidak melakukan kesilapan untuk mendapat redha ALLAH.
Kekadang bukan sahaja anak-anak yang bising ketika solat Jumaat tetapi bapak budak tak kurang lebihnya berbual macam tak ada apa-apa sedang berlaku walaupun khatib sedang berkhutbah. Berikut beberapa kesilapan ketika solat Jumaat yang telah disemak betul oleh Ustaz Noehas semuga menjadi mengajaran untuk kita semua insan lemah.
1. Datang lewat ke masjid. Kata Rasulullah SAW: “Pada hari Jumaat para malaikat duduk di pintu-pintu masjid, bersama mereka lembaran-lembaran catatan. Mereka mencatat (orang-orang yang datang shalat), apabila imam telah keluar (untuk memberi khutbah), maka lembaran-lembaran itu ditutup.” (Hasan, Ahmad:21756)
2. Membaca al-Quran atau memasang rakaman bacaan al-Quran dengan kuat. Kata Nabi SAW: “Ketahuilah sesungguhnya kalian semua bermunajat kepada Tuhan. Oleh itu, janganlah sebahagian kalian mengganggu sebahagian yang lainnya, dan janganlah sebahagian mengangkat suara atas yang lainnya dalam membaca al-Quran”, atau baginda berkata “di dalam solat.” (Shahih, Abu Dawud:1332, disahihkah oleh Ibn Abdil Barr)
3. Tidak memenuhkan saf hadapan. Kata Nabi SAW: “Jika kalian atau mereka mengetahui apa yang terdapat dihadapan saf paling hadapan, nescaya akan dilakukan undian. [bagi mendapatkan saf hadapan]” (Shahih, Muslim:439)
4. Bermain tasbih, bersiwak dan lain-lain ketika mendengar khutbah. “Barangsiapa memegang batu kerikil [ketika khutbah], maka dia telah berbuat hal yang sia-sia.” (Shahih, Muslim:857)
5. Tidak melakukan solat tahiyatul masjid apabila tiba ketika imam berkhutbah. Kata Nabi SAW: ” Jika salah seorang daripada kalian tiba (di masjid) pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka solatlah dua rakaat dan ringkaskanlah solat tersebut.” (Shahih, Muslim:875)
6. Masih melakukan urusan keduniaan apabila azan telah berkumandang. Firman Allah: “Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui ” (Surah al-Jumuah:9)
7. Bercakap ketika khutbah. Rasulullah SAW berkata: “Jika engkau berkata kepada teman engkau “Diam” pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka engkau telah membuat sesuatu yang sia-sia.” (Shahih,al-Bukhari:934, Muslim:851)
8. Bersandar ke dinding dan tidak menghadap khatib. Kata Ibn Mas’ud r.a: “Jika Rasulullah SAW sudah berdiri tegak di atas mimbar, maka kami menghadapkan wajah kami ke arah beliau.” (Hasan, at-Tirmizi:509)
Semuga sedikit perkongsian ini dapat memberi ilmu yang bermanafaat kepada kita untuk mendapat santapan minda setiap hari Jumaat melalui khutbah yang dibaca oleh khatib. Jom azam sama-sama tutup telefon dan jangan layan internet, wassap, facebook dan instagram ketika khutbah kerana talian ALLAH lebih penting dari segala-gala urusan dunia.
158 Comments
ramai je rasanya yang tak sedar atau sengaja buat tak sedar perkara ni. harapnya dengan artikel ni dapat bagi jelas mana-mana yang mungkin tidak menyedari.
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..5 Tips Menyusukan Bayi Di Khalayak Ramai
Alhamdulillah… terima kasih… ianya satu informasi yg sangat bermanfaat.. semoga dapat diamalkan.. dan sentiasa membaik pulih amalan ketika menghadiri solat Jumaat InSyaaALLAH… : )
sering berlaku didalam masjid ketika khatib membaca khutbah ada yg bermain HP. ini lah gejala sosial yg mana jika tidak dikawah merosakkan ummah. Masyaaallah
bila berada di rumah allah lupakn dunia wat seketika supaya amalan kite x sia2 belaka..
info yang sangat bermanfaat. boleh bagi kat suami masing-masing ni 🙂
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..Senarai Milk Booster Semulajadi Untuk Banyakkan Susu Ibu
Di Johor, sebelum khutbah, peringatan no 7 dibacakan khatib. Di Selangor takde. Sebab Selangor = pas, johor=bn. ?
bodoh..x payah nak libatkan parti politik kat sini.. kat tmpt lain pon ada.. ko je yg x tau
Kalau kau tau, jwbla knp beza. Bodoh kau. Puak2 kau mmg cekap cepat cakap perkataan ‘bodoh”.
9. Memungut derma dari baris je baris semasa khutbah dibaca. Orang yang bawa kantong/peti pungut derma tu dikecualikan ke dari dengar khutbah ? (atau dia ada kebolehan pungut derma sambil dengar khutbah ?)
kenapa bersandar di dinding adalah perbuatan yg sia2?
tiada dinyatakan dlm hadis yg disertakan?
tolong perjelaskan dengan lebih terperinci
jgn main tabuh je
zaman nabi khutbah dipendekkan dan solatnya dipanjangkan..la ni terbalek dah..
sebuah fatwa yang harus menjadi perhatian bagi seluruh umat Islam yang memang sering melakukan hal ini pada hari jumat
Curahan rasa islam di dadaku @ ..PERINGATAN KEPADA PENOLAK POLIGAMI
ada juga yang jenis mengelak khutbah..datang lambat pun tak kesah..waktu khatib sedang berkhutbah, masih lagi melayan cendol sambil hisap rokok bawah pokok tepi jalan..
Curahan rasa pipoq @ ..Rumah Allah vs Rumah Kita
di masjid mana mana pun mesti ada yang tak off fon. saya tak faham kenapa.
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
harap entry ni boleh jadi panduan bagi golongan lelaki diluar sana
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
perkongsian yg bagus.
di pejabat ni, ramai menunggu selepas azan baru bergerak ke masjid.
memang urusan dunia sering menganggu gugat kita.
Curahan rasa sekilass @ ..Sudah seminggu berlalu. Rindu pula rasanya.
padahal kita harus mendahulukan urusan akhirat daripada urusan dunia karena bila kita mengejar akhirat maka dunia kan ikut dengan sendirinya
Curahan rasa islam di dadaku @ ..PERINGATAN KEPADA PENOLAK POLIGAMI
aku rasa aku nak print dan letak kat masjid bila jumaat nti
jangan lupa print komen yang masuk akal/ sunting/pendekkan/ambik point (nak cukupkan 10 perkataan)
Comments are closed.