Kerjaya Impian selepas tamat belajar

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah keputusan STAM abang sangat baik. Impian di hati nak sambung belajar ke Universiti Madinah semuga menjadi kenyataan. Memilih universiti untuk sambung belajar sangat penting kerana ia akan menentukan hajat di hati untuk mendapat kerjaya impian tercapai.

Pemilihan universiti perlu bantuan daripada Ibu bapa dan guru-guru supaya pelajar lepasan STAM, SPM dan STPM tidak tersalah pilih. Aku dahulu tidak terpilih untuk ke universiti impian hati dan akhirnya dengan rela memilih untuk masuk ke UKM. Akhirnya belajar lain, bekerja lain dan berkerjaya lain.

kerjaya impian siswa

Kepada adik-adik yang masih ragu dengan kerjaya yang ingin diceburi mungkin boleh menonton program kerjaya impian yang di siarkan oleh Astro Tutor pada setiap hari Jumaat yang boleh dijadikan panduan untuk memilih kerjaya mengikut bidang yang berdaya saing..

Berikutan sambutan yang menggalakkan daripada musim yang pertama, Astro dengan berbesar hati membawakan Kerjaya Impian untuk musim kedua. Kerjaya Impian Musim Kedua akan bersiaran pada setiap hari Jumaat bermula dari 30 Januari 2015, jam 5.30 petang secara eksklusif di Astro Tutor TV SPM (Saluran 603).

Pemilihan kerja sudah banyak berubah berbanding tahun-tahun kebelakangan kerana perubahan teknologi yang terlalu cepat. Zaman kami dulu tidak pernah terbayang kerjaya sebagai usahawan blogger, usahawan Affiliateusahawan Facebook, usahawan instagram, usahawan Hartanah, usahawan ubat kuat lelaki atau usahawan emas apatah lagi seperti sekarang berbagai kerjaya baru yang bakal ditampilkan dalam program kerjaya impian musim kedua.

Kerjaya Impian Musim Kedua ini akan menampilkan skop bidang kerjaya yang lebih meluas berbanding kerjaya lazim yang dibawakan semasa musim pertama. Kesemua bidang kerjaya yang ditampilkan untuk musim ini merupakan kerjaya yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi, profesion dengan pendapatan yang lebih lumayan, atau kerjaya baru serta luar dari kelaziman. Antara industri yang ditampilkan adalah seperti keusahawanan, filem dan televisyen, keusahawanan teknologi, media digital, keusahawan minyak dan gas dan pelbagai lagi.

Ramai juga yang mempunyai kerjaya impian di zaman belajar tetapi semuanya tinggal kenangan kerana perubahan masa. Kerjaya boleh menjadi pengalaman yang sangat berharga sebelum menceburi diri dalam dunia perniagaan. Aku sangat menghargai pengalaman berkerja sebagai anggota kerajaan selama lebih 6 tahun dan kemudian berhijrah ke dunia perkerjaan swasta. Kedua-dua pengalaman berbeza yang boleh digunakan dalam kehidupan sebagai seorang blogger dan usahawan.

Apakah kerjaya impian anda? Impian aku nak jadi Usahawan Online Jutawan.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Rahsia untuk lulus temuduga kerja kerajaan! Klik Sini

Rahsia Untuk Lulus Temuduga Kerjaya impian samada kerajaan atau swasta! Klik Sini

Rahsia menulis resume yang akan membuatkan bakal majikan jatuh cinta! Klik Sini[/box]


Spread the love

142 Comments

  1. Masa belajar dahulu memang kerjaya impian mesti hendak bekerja dengan orang. Pendek kata makan gaji. Tetapi, setelah dewasa bekerja sendiri memang menjadi impian yang dikejar saban hari. Dalam diri anak-anak pun sudah diterap berniaga lebih bagus daripada makan gaji.
    Curahan rasa azimah mohd zainuddin @ ..Cara Mencegah Heat StrokeMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!