Kakak panik datang bulan pertama

December 9, 2009

Kisah Kehidupan

Bawa anak-anak bercuti ketika musim cuti sekolah sudah menjadi amalan keluarga kami. Sebelum bercuti di tempat terpilih aku akan pastikan kami bercuti di kampung sebelah aku dan sebelah wife. Inilah masanya untuk merapatkan hubungan anak-anak dengan datuk, nenek dan embah mereka sementara masih ada.

Tahun lepas kami bercuti di Sumatera dan kali ini kami pilih Genting untuk projek cuti-cuti Malaysia. Dah bertahun juga kami sekeluarga tidak menjejaki kaki di tempat sejuk ni. Seingat aku kali terakhir kami ke sini ketika anak bongsu aku masih berumur setahun lebih.

Setiba kami di lobi hotel anak-anak aku bergegas ke toilet. Sekembali daripada toilet aku lihat muka anak dara aku yang baru berumur 11 tahun pucat lesi. Dia berbisik-bisik dengan ibunya. Aku lihat muka wife aku macam muka terkejut je dan ini membuatkan aku tertanya-tanya. Beberapa minit kemudian wife beritahu kakak datang bulan untuk kali pertama. emmm patutlah kakak nampak panik betul.

Buat sementara kami lupakan urusan check ini hotel. Wife aku membantu anak dara aku menguruskan datang bulan pertamanya supaya dia tenang dan tidak panik. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan 2 jam kemudian anak dara aku dah boleh naik Flying Coaster dan Roller Coaster bersama abangnya.

Wife aku kata semua wanita tidak akan lupa hari datang bulan pertama mereka. Katanya dulu dia menangis sepanjang hari kerana panik dan tak faham darah apa yang keluar. Itulah manusia yang merupakan ciptaan Allah yang paling sempurna di antara 18,000 makhluk yang lain. Cuma kekadang kita sahaja yang tidak dapat menilai kesempurnaan kita sehingga kita sering takut untuk  HIDUP BERANI UNTUK GAGAL.

@ Aku pun tak lupa masa kena sunat kat klinik belakang masjid tu. 

~penGOMEL pertama~
Mr.Bintang – Aku dan Kamu
Like this story? Please consider share and leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.
, , ,

Terima kasih singgah dan membaca rasa hati yg dikongsi

1. Klik cara untuk claim Rewards.
2. Klik Setiap backlinks dibayar RM0.02.
4. Jadi Rakan Niaga eQurban.com berniaga sambil beramal.
5. Suka kami? Klik FB Like, Retweet dan Google + 1 dan Follow @Denaihati

  • fido dido September 28, 2010 at 8:35 am

    Last week saya outstation and anak dara saya yang baru berumur 9 tahun cal bagitahu mungkin dia period. Terkejut jugak sebab dia baru berumur 9 tahun. Tapi day before saya bertolak dia memang sakit perut, menangis2 dan tak pergi sekolah.
    Hari ni dah hari ke 5 tapi masih bleeding, risau gak. Betul ke itu her first time period atau ada masalah lain.
    Tapi anak saya badan nya memang besar macam budak tingkatan 1

    • Steward John November 1, 2010 at 11:16 am

      Terima Kasih atas perkongsian ni.. mesti berguna kepada bakal ibu bapa ni.
      Entri terbaru Steward John – Time Traveler Caught on Charlie Chaplin’s FilmMy Profile

      • suarapeople December 29, 2010 at 12:25 pm

        yeah sangat berguna kepada suami isteri yang bakal dapat anak..fuhhh bila nak kawen nih

  • munir ardi August 23, 2010 at 10:31 am

    anak saya masih 4 tahun masih jauh dari itu

    • Steward John September 1, 2010 at 8:26 am

      Boleh jadikan benda ni sebagai pengalaman untuk masa depan juga.
      Entri terbaru Steward John – Amazing Race Asia Season 4My Profile

    • suarapeople December 29, 2010 at 12:25 pm

      saya pula masih belum ada anak..hehe membujang..

  • zetty g August 2, 2010 at 3:24 pm

    sayer first time datang period time f0rm 2,tp sayer x gi tau mama p0wn c0z malu aar kan.xpe ar time 2 dah besar ckit.klu kena time darjah 4 darjah 5 haru ar.

    • Steward John November 1, 2010 at 9:47 am

      Terima kasih atas perkongsian tu.. rupanya tak kira umur ek benda ni datang.

  • Bang Iwan July 29, 2010 at 11:16 am

    Saya jadi ingat waktu putri saya mengalami hal ini.
    Entri terbaru Bang Iwan – Ahmad Albar Seorang Gay DLove MovieMy Profile

    • Bang Iwan July 29, 2010 at 11:17 am

      Orang tua berperanan penting untuk memberi informasi tentang hal ini pada sang anak.
      Entri terbaru Bang Iwan – Ahmad Albar Seorang Gay DLove MovieMy Profile

      • Steward John September 1, 2010 at 8:30 am

        Betul tu.. nasib baik ada perkongsian dekat sini.. senang mau rujuk nanti.
        Entri terbaru Steward John – Amazing Race Asia Season 4My Profile

        • suarapeople December 29, 2010 at 12:27 pm

          yea betul tu..apa2 kes rujuk saja pada denaihati..bagus kan

    • Steward John November 1, 2010 at 9:48 am

      Bang Iwan sudah ada pengalaman.. saya ni kena la baca juga ni.

  • ain fathihah July 12, 2010 at 10:34 pm

    masa pertama kali datang haid, memang rasa berdebar..masa tu fikir, ‘eh aku dah besar ke ni’. hehe
    Entri terbaru ain fathihah – terima kasih- tukang baca-My Profile

    • Steward John November 1, 2010 at 9:48 am

      Haha.. lawak la pulak nak baca.. apa2 pun terima kasih atas perkongsian.

  • farah July 12, 2010 at 4:12 pm

    Anak encik Denaihati ini bertuah sebab first time kena , mamanya ada di sisi .

    Kalau mama takde , anak mesti kalut punya.
    Entri terbaru farah – Hari Interaksi Intelek 2010My Profile

    • Steward John November 1, 2010 at 9:50 am

      Kalau tanpa orang tua sebelahnya.. entah macam mana la keadaan dorang ni kan.. tanya kawan kot.

      • suarapeople December 29, 2010 at 12:27 pm

        hahahah mungkin rujuk pada yang pakar..pergi saja jumpa doktor

    • KDN January 7, 2011 at 9:39 pm

      Mesti anak-anak terkejut dan panik…maklumlah first time…
      Entri terbaru KDN – What is acneMy Profile

  • Steward John May 5, 2010 at 2:22 pm

    Sebenarnya perkongsian seperti ni boleh menjadi satu pengalaman yang berguna bila dah berkeluarga nanti.
    .-= Steward John´s last blog ..Slug that fires love darts at its chosen mate | An Important Discovery =-.

  • aduka May 5, 2010 at 2:15 pm

    haha.. cutenya.. dh leh handle siap main flying n roller coaster plak pastu..
    .-= aduka´s last blog ..Buah Betik Dan Coli =-.

    • Steward John September 1, 2010 at 8:32 am

      Heheh.. masih budak kan, mesti la bersemangat nak cuba aktiviti lasak.
      Entri terbaru Steward John – Amazing Race Asia Season 4My Profile

      • suarapeople December 29, 2010 at 12:29 pm

        yea hyperaktive kata org tua2..hehehehe kenakalan masiha da…best yg lasak2

  • cikmin January 15, 2010 at 10:25 pm

    slm..tetiba rasa nk kongsi..cikmin dulu..umo 12thn pestime dtg..sampai dah 3x dtg..malu lg nak bgtau mama..:oops: rupanya mama anta utusan suh tanya cikmin betoi ke dah dtg bulan..hihihi..itu cite dulu..:lol:
    apa yg berlaku pd ari ni..anak dara cikmin yg usia 9thn tlh anta sms..padahal dlm rumah jek..sms berbunyik..’ibu..kakak dtg hid’kelam kabut kami somi isteri.. :shock: mana taknya..baru 9thn kan..rupanya bukan..dia cuma slh sangka.. :lol:

    • farahaznil April 24, 2010 at 11:03 am

      @cikmin, hahahaha..mcm2…tp lawak betul pengalaman cikmin ni…dulu dan lain dah berbeza..hahaha…siap sms lg tu..hi hi hi
      .-= farahaznil´s last blog ..Alexa Ranking 3- Pergh…Turun ! =-.

      • aduka May 5, 2010 at 2:19 pm

        @farahaznil; haha.. tu la.. siap sms lg.. pdhl dlm umah je pn.. cover malu n takut kot.. hehe..
        .-= aduka´s last blog ..Buah Betik Dan Coli =-.

        • Steward John November 1, 2010 at 9:53 am

          Itu la lawak sangat.. Kan bagus juga kalau dia duduk sebelah mak bagitau.

          • suarapeople December 29, 2010 at 12:30 pm

            erkkk duduk sebelah mak pastu bgtau?ngan mak pun segan rasanya..hahahaa

      • Steward John November 1, 2010 at 9:52 am

        Kalau anak saya pulak macam mana ek? rasanya guna mms terus.. haha

        • suarapeople December 29, 2010 at 12:31 pm

          anak saya mesti pakai 3g..xpun timbul nanti 4g..5g..wah yang lebih ganas

    • aduka May 5, 2010 at 2:19 pm

      @cikmin; haha.. lawak cite cikmin.. dhtu drh pe tu cikmin? xkan luka kot.. :P
      .-= aduka´s last blog ..Buah Betik Dan Coli =-.

    • Steward John November 1, 2010 at 9:51 am

      Haha.. lawak pulak cerita kak min ni.. Tapi saya pun kena tahu juga kan.. Terima kasih kerana berkongsi.

  • tpinky January 11, 2010 at 1:17 pm

    hehe… ntah mcm mana pula kalau anak tpinky yg 1st tu pula yg datang bulan kan.. dulu tpinky 1st time datang bulan kena kt skolah time tu form 2, budak lelaki yg perasan.. mcm mana boleh tpinky tak rasa apa, biasanya sakit perut atau apa.. budak lelaki tu siap ketawakan tpinky lg, hah apa lagi tpinky panik lalu hangin hehehe.. meja budak lelaki tuh tpinky terbalikkan… ganazzzz btl time budak2.. start tu benci btl kt budak lelakii (malu besar hahahaha) :oops:
    .-= tpinky´s last blog ..Lelaki Dimata Tpinky =-.

    • denaihati January 11, 2010 at 9:31 pm

      @tpinky, menarik juga pengalaman yang dikongsikan ni. Pasti setiap wanita ada pengalaman pertamanya.

    • farahaznil April 24, 2010 at 11:02 am

      @tpinky, hahahaha..klu diina=gatkan pengalaman lama tu..kdng2 leh rasa malu n kdng2 buat kita ketawa.. :smile:
      .-= farahaznil´s last blog ..Alexa Ranking 3- Pergh…Turun ! =-.

      • Steward John November 1, 2010 at 9:55 am

        Memang la benda macam tu boleh rasa ketawa kalau kita ingatkan balik… kenangan tu..

    • aduka May 5, 2010 at 2:16 pm

      @tpinky; hahaha.. lawak la story kamu..
      .-= aduka´s last blog ..Buah Betik Dan Coli =-.

      • Steward John September 1, 2010 at 8:33 am

        Tapi bagus juga nak baca2 pengalaman orang lain ni.
        Entri terbaru Steward John – Amazing Race Asia Season 4My Profile

    • Steward John November 1, 2010 at 9:54 am

      Haha.. lawak juga ni.. terima kasih kerana berkongsi pengalaman tpinky.

Trackbacks
  • [...] Kasihan anak saudara kerana pengalaman mengalami haid pertama sewaktu ibunya jauh untuk memberi semangat atau tunjuk ajar. Tetapi saya percaya ramai remaja muda sekarang lebih memahami tentang keadaan ini berbanding zaman saya 30 tahun dulu. Contoh bagaimana seorang bapa boleh berkongsi rasa dan pengalaman bagaimana anak perempuannya datang bulan untuk kali pertama. [...]