iPhone 5S dan iPhone 5C bakal menakluki dunia

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dah terbaca beberapa minggu lepas di blog teknologi no satu Malaysia Amanz.my yang Apple akan melancarkan dua produk baru iPhone iaitu iPhone 5S dan iPhone 5C. Pembaca setia pasti dah tahu iPhone satu jenama yang sudah tidak dapat dipisahkan daripada blog ini yang merupakan salah satu cabang niche yang sengaja dibina untuk blog Denaihati.

pelancaran-iphone-5c

Apple jika nak dibandingkan dengan Samsung memang tidak begitu agresif dalam mengeluarkan produk-produk baru. iPhone 5 telah dilancarkan pada 12 September 2012 dan 10 September 2013 modal baru iPhone iaitu iPhone 5S dan iPhone 5C akan dilancarkan. Dalam tempoh setahun tersebut Samsung telah melancarkan berbagai variasi produk. Strategi Apple jauh berbeza daripada Samsung untuk menakluki dunia teknologi.

Seminar Gandakan Duit dengan Blog
 

Apa itu iPhone 5S dan iPhone 5C?

iPhone 5C akan memberi peluang kepada lebih ramai pengguna dengan bajet yang lebih rendah manakala iPhone 5S akan memberi kepuasan yang lebih kepada pengila iPhone. Pengenalan iPhone 5C dengan binaan plastik adalah strategi yang baik untuk melebarkan pasaran iPhone terutama di negara ketiga yang mempunyai kuasa membeli yang lebih rendah tetapi populasi yang tinggi seperti Indonesia, India dan China. iPhone 5C akan dijual pada harga yang lebih murah daripada iPhone 5S.

Video iPhone 5C datang dengan binaan yang lebih menarik.

Bagi aku iPhone bukan sekadar smartphone untuk berkomunikasi dan berkongsi kisah di sosial media. iPhone adalah gajet yang membantu meningkatkan pengurusan harian dan paling best membantu menguruskan bisnis. Jangan tak percaya gajet sekecil iPhone dapat membantu meningkatkan pendapatan dengan berbagai aplikasi yang tersedia. Mengikut kata panel SME CEO Forum 2013 ICT seperti iPhone menjadi satu faktor penting meningkatkan pendapatan sesebuah syarikat malangnya di Malaysia kurang daripada 27% SME menggunakan ICT. Sudahkah anda menjadikan smartphone anda sebagai alat penjana pendapatan??? Kalau belum berubahlah sekarang.

Video iPhone 5S dengan touch ID ..

Memang menarik kalau iPhone 5S yang telah dilancarkan dilengkapi dengan feature yang telah dijangka. Mengikut expert review antara ciri-ciri baru yang diperkenalkan untuk iPhone 5S adalah :

  1. Warna emas akan diperkenalkan sebagai tambahan kepada warna putih dan hitam yang sedia ada.
  2. Menggunakan processor A7 dengan cip pemprosesan berasaskan 64-bit. Dengan penggunaan cip A7 ini, ia membawakan kuasa pemprosesan 2 kali lebih pantas berbanding sebelumnya, termasuk sokongan grafik 2 kali lebih laju.
  3. Kamera 8-megapixel iSight bersama-sama aperture f/2.2 yang lebih besar, dan mengatakan sensor mereka mempunyai 1.5 mikron pixel untuk rakaman pada keadaan gelap dengan lebih baik
  4. Fungsi baru yang disertakan adalah SloMo, membolehkan pengguna merakamkan video HD (720p) pada kadar 120fps.
  5. Memkenalkan fingerprint scanner yang dinamakan touchID merupakan perubahan paling terbaik. Ramai analisa berpendapat ini permulaan era transaksi berbillion dollar bisnis secara mobile phone.
  6. Menggunakan iOS 7.

Video Top 5 ciri hebat iOS 7

iPhone 5 akan mula dipasarkan pada 20/9/13 termasuk di Singapore. Adalah dijangka harga iPhone 5S Malaysia akan kekal seperti harga iPhone 5 ketika dilancarkan iaitu RM2199 untuk 16 GB, RM2399 untuk 32 GB dan RM2599 untuk 64GB. Harga untuk iPhone 5C pasti akan lebih murah tetapi masih tak dapat dianggarkan berapa. iPhone 5C pasti ditunggu ramai Blogger antaranya Zie Fauzi … betul tak? Tapi kalau tahap jurutera pesawat Ariffshah tak kan nak pakai iPhone 5C .. jom kita beli iPhone 5S kat Kemboja .. heee. Cuma aku pelik sikit betul ke Blogger Sohoque nak bermindah ke iOS sistem .. bukankah selama ini mencinta Android???

gambar-iPhone 5S

Big bos Apple Tim Cook, CEO Apple telah melancarkan iPhone model baru pada 10/9/13.

Pelancaran produk baru iPhone adalah seperti yang dijangka iaitu iPhone 5S dan iPhone 5C. Harga iPhone 5C USD99 untuk 16 GB dan USD199 untuk 32GB jadi dijangkan harga iPhone 5C Malaysia sekitar RM1999 untuk 16 GB dan RM2199 untuk 32 GB. Ramai yang kata harga ini masih agak mahal.

Update iPhone 5S dari peminat iPhone


---

    Kongsi pendapat anda

    *

    CommentLuv badge

  1. iphoneeeeee kapan aku bisa memilikinya :( :D

  2. Ini sudah jadi taksub jenama Apple…Mustahil iPhone5S / iPhone5C ini 100% sempurna – akan jadi masalah nanti, lebih2 lagi Apple menggunakan iOS7 baru yang belum tentu stabil – tiba2 terus diguna pakai pada iPhone baru…
    Nak cari penyakit? Gerenti ada problem sebab produk2 Apple memang mahal pun sudah dianggap menyusahkan.

  3. Nak jugak..nak jugak….
    Entri terbaru Mr.ReVMon – [GEMPAR] SUSULAN KES KEMATIAN AKIBAT MAKANAN KENDURIMy Profile

  4. Pakar IT says:

    Sebab Apple tak agresif keluarkan produk lah menyebabkan orang tertunggu/teruja nak tahu…Samsung sudah selalu sangat keluar pelbagai model smartphone hingga naik rimas dan customer sukar memilih.
    Tetapi prdouk2 Samsung lebbih berbaloi, specs tinggi dan pelbagai guna yang memudahkan pengguna2 berbanding produk2 Apple yang mahal serta tidak berbaloi dan menyusahkan pengguna, umpamanya menyimpan fail tambahan/berkongsi media/bluetooth dengan produk2 jenama lain.

  5. smart jugak tengok iPhone 5S…tapi bila tengok harganya, dua tiga kali juga fikir…
    Entri terbaru Ezad Skytech – Perancangan Merehatkan Diri Di Luar NegeriMy Profile

  6. Sekarang semua serba android ya? Blackberry dan nokia sepertinya semakin tenggelam nih… Kalo tidak ada terobosan baru bisa jadi mereka akan hilang di pasaran,dan perusahaannya jadi bangkrut
    Entri terbaru fitria yunita – Online Entrepreneur Should Understand How To Use Social Media for Their Business DevelopmentsMy Profile

  7. mmg best yg bru ni..tp kena pk dua tiga kali gk, sbb yg lama pon masih baru lg..heheh
    Entri terbaru JMR – Tahap IQ dan sotong celup tepungMy Profile

  8. saya teruja dengan paparan iphone 5c. walaupun, mungkin ianya berkos rendah tetapi produk apple biasanya tidak menghampakan
    Entri terbaru faizal – Kanak-Kanak Meninggal Dunia Dihempap TelevisyenMy Profile

Trackbacks

  1. […] percuma Formula One Singapore yang memang dah lama teringin nak pergi. Kebetulan tarikh yang sama iPhone 5S dan iPhone 5C mula di jual serentak di sepuluh buah negara termasuk Singapore. Hari pertama nak dapat di Apple […]

  2. […]  Jika mahukan keterangan lebih lanjut boleh juga ikuti di blog denaihati.com. […]

  3. […] bersetuju dengan pendapat Denaihati bahawa iPhone 5C dikeluarkan untuk memenuhi permintaan daripada pengguna yang mempunyai bajet yang […]

  4. […] nak lebih detail lagi anda boleh baca entry “iPhone 5S dan iPhone 5C bakal menakluki dunia” di blog […]