iPad 2 pilihan 10 hati milik siapa

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, nampaknya berdasar komen di entri “iPad 2 atau Samsung Galaxy S II” lebih ramai yang tertarik dengan iPad 2 untuk hadiah contest iPad 2 Malaysia. Memang tak dapat dinafikan semenjak 24/2/2011 dah tertanam dalam minda separa sedar semua peserta contest dengan keywords ipad 2 tak kan boleh berubah ke Samsung Galaxy S II, tak gitu.

Masih ingat dengan syarat utama untuk menang hadiah utama iPad 2 16GB. Kalau lupa aku ingatkan semua peserta contest : “Hadiah utama iPad 2 untuk teman setia blog yang menjadi top link referrer (statistik google analytics) bermula 24/2 – 31/5-2011 dengan minimum trafik 6000 dan bounce rate bawah 50%.” Berdasarkan syarat ini setelah dianalisa di Google Analytics denaihati maka tiada satu blog pun yang memenuhi kedua-dua syarat ini, ada yang link referrer melebihi 6000 tapi bounce rate melebihi 50% dan ada pulak yang bounce rate bawah 50% tapi link referrer kurang 6000.

iPad 2 idaman kalbu milik siapa

Seperti yang telah aku umumkan dalam entri “iPad 2 atau Samsung Galaxy S II” sponsor utama eQurban.com telah bermurah hati untuk menambah hadiah utama kepada 3 buah iPad 2 16GB. Macam menarik tak jadi jangan lupa jom jadi Rakan Niaga eQurban.Com (Bisnis online sambil beramal). Berdasar syarat tiada yang layak untuk menang tapi tak syoklah setelah semua bertungkus lumus sehingga ada isu lah (kita lupakan je lah ya!). Aku dan eQurdan.com telah memutuskan untuk memberi tugas khas kepada top 10 peserta contest yang paling hampir dengan syarat yang telah ditetapkan.

Berikut adalah senarai top 10 yang masuk pusingan akhir. Senarai ini adalah random tidak mengikut urutan.

  1. Syahrilhafiz.com
  2. Kulanzsalleh.com
  3. Pendekarberkuda.org
  4. Eyriqazz.com
  5. Ariffshah.com
  6. Amriawan.blogspot.com
  7. Yanmieonline.com
  8. Kujie2.com
  9. Blog.mohdisa.com
  10. Kakilepak.com

Semua 10 blog ini mesti sentiasa bersiap sedia dalam tempoh 24 jam kerana aku akan keluarkan tugasan khas yang taklah susah sangat cuma ketepatan jawapan dan kecepatan menjawab akan memberi peratusan dalam penentuan pemenang iPad 2 16GB. Kreativiti semua top 10 blogger dan jumlah link referrer menuju blog denaihati bermula dari jam 12.00 am 15/6/2011 juga akan menjadi tanda aras pemenang. Jangan marah ya dengan syarat tambahan sebab iPad 2 ni bukan nya murah kan kan kan!!.

Selamat berjaya kepada 10 finalis. Kepada yang lain jangan kecewa aku dah merancang contest yang lagi gempak beb. Stay tune.


Spread the love

87 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!