Iklan Di Blog: Nak Guna N Ke Tak?

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tulisan kali ini adalah nukilan daripada Blogger lagi ketak daripada AE yang sudah agak lama tak berkongsi cerita kerana sibuk dengan tugas sebagai seorang jurutera yang khabarnya akan dihantar ke Europe (tapi tak tahu bila lagi). Best juga tu kalau jadi pergi Europe bolehlah Rakan Blogger menumpang berteduh sehari dua bila travel ke sana. Jomlah kita baca luahan perasaan orang bujang kacak ni …

Saya yakin blogger mesti faham N apa yang dimaksudkan.

Tak lama dulu saya ada post sesuatu dalam group Facebook Denaihati Network tentang penggunaan N. Antara yang saya sarankan pada waktu itu ialah:

  1. Kalau tiada sebarang respon dari segi kempen atau jemputan ke event setelah beberapa lama (sekurang-kurangnya setahun), maka eloklah dibuang N tu dan cari syarikat lain.
  2. Blog perlu ada direction, tak boleh carca-marba hentam sahaja sebab daripada direction yang kita tetapkan inilah yang boleh mendapatkan kita jemputan ke event istimewa atau tugasan khas daripada jenama besar. Contohnya, sekarang food blogger je yang sesetengah hotel jemput untuk preview buffet Ramadhan.
  3. Lagi satu, saya tak ingat. Hari tu dekat sejam saya scroll nak cari balik post tu, tapi tak jumpa-jumpa.

Penjelasan

Yang ni dah berapa kali ulang dan jawapan saya tetap sama, kalau anda diabaikan, sila abaikan mereka. Kenapa? Tapi sebelum tu anda kena faham, niat saya bukan untuk memburukkan mana-mana company. Nama pun saya tak sebut.

pengiklanan-di-blog-niche-tetap

Pertama sebab syarikat-syarikat ni kadang-kadang pergi bidding untuk satu projek besar. N bidding supaya gunakan blog mereka, dan ada syarikat yang organize event pun kadang-kadang masuk bidding supaya gunakan blogger mereka.

Kalau anda masih terikat dengan N, anda takkan dapat peluang dengan syarikat yang lain sebab N ni memang agak territorial dan company lain tak suka cari pasal. Mereka cari blogger yang tak paparkan iklan daripada syarikat N.

“Yang ditunggu sudah tiba  Teknik Buat Duit dengan blog dari Sifu Affiliate En Titan @ Kitab Teknik SEO Merah Jambu

Jadi duduklah anda di jalan mati di mana projek daripada N pun tak dapat, projek daripada syarikat lain pun tak dapat. Contoh paling mudah, saya. Dulu lepas setahun macam tak dilayan, saya terus buang dan apply dengan Innity. Tak lama lepas tu, banyak lagi pihak lain yang menawarkan advertorial dan bermacam lagi peluang.

Sekarang ni dah tak macam dua tahun lepas. Sekarang banyak dah company uruskan event dan pada masa yang sama cari blogger untuk promote event mereka. Dulu lain, dulu dua tiga company je yang aktif.

Lagipun buat semak je sebab tapak iklan adalah sesuatu yang berharga dalam blog kita. Paling ideal adalah iklan yang tak nampak macam iklan supaya orang tak menyampah nak baca. Saya yakin blogger yang membaca entri ni bukanlah top blogger macam Ben Ashaari ataupun Fatin Liyana, jadi tips ni memang kena pada anda.

Kalau top blogger tu, permainan dia dah lain.

Ada Komli dan Innity untuk anda sertai sebagai publisher. Tentang requirement Innity, dulu ada kenalan blogger pernah dapat jemputan daripada Innity walaupun trafik dia kurang daripada 1000 unique sehari.

Alasan Innity mudah, masa tu mereka nak penuhkan inventori publisher mereka dengan blog yang mempunya niche makanan. Tapi kenalan tu tak join sebab dia gunakan WordPress.com (percuma), so peluang dilepaskan begitu sahaja. Trafik requirement perlu ada untuk menapis application, tapi mereka pun pandai, kalau nampak blog yang bagus untuk dimasukkan dalam inventori mereka, mereka akan ambil.

 

Dan ini membawa saya kepada point no. 2 untuk dijelaskan. Blog perlu ada niche atau main selling point.

Nak cerita pasal makanan, cerita pasal makanan je. Nak cerita pasal kereta, cerita pasal kereta je. Mudah.

Kalau semua benda nak cerita, keunikan blog kita akan hilang. Ada pembaca yang tak nak buang masa, nak follow kita atas sebab-sebab tertentu. Macam Abang Ensem, orang follow sebab nak baca tips hartanah. Bila dia cerita pasal benda lain banyak sangat, ada orang tegur tentang perkara tu.

Dan baru-baru ni pun, saya ada terdengar yang ada sesetengah hotel hanya memanggil food blogger sahaja untuk menghadiri preview Ramadhan buffet mereka. Dah ramai sangat blogger yang hebat sekarang ni sampai mereka boleh pilih siapa yang datang. Betullah apa yang mereka buat, targeting the right audience.

Kalau panggil blogger yang rata-rata pembacanya student pun no point sebab student takde duit nak pergi buffet.

Industri pengiklanan dalam blog ni sekarang dah berubah ke tahap yang macam tu dan blogger pun kena berubah untuk kekal kompetatif.

Harap entri ni dapat menjawab soalan beberapa individu yang PM saya hari tu. Maaf saya pun tak dapat jawab sebab soalan mereka panjang sangat dan solution termudah untuk saya adalah buat entri macam ni. Jadi kalau ada apa-apa Q&A, kita boleh bincang kat ruang komen dan blogger lain boleh kongsikan pendapat mereka.

---

    Kongsi pendapat anda

    *

    CommentLuv badge

  1. salam saudara,
    terima kasih untuk entri yang baik ni. baru la tau pa kriteria yg perlu ada supaya company tertarik nak iklan kat page kita..N tu saya dah letak balik kat website sy sejak setahun, memang xbanyak sangat yg masuk. maybe akan consider nak buang la lepas baca entri ni..anyway, thanks ya for the info. wsalam

  2. kalau blog niche personal cmne? ke dah takde niche personal ni..?
    Entri terbaru Muaz – Ebook Panduan Asas WordPress SEOMy Profile

  3. sejak berhijrah kat wordpress, belum pasang balik iklan dari Nuffnang tu..adalah dapat sikit tapi tak ler nak cash sebab ciput…pasal niche market tu saya setuju sangat…lebih baik fokus dari caca marba. pelan-pelan kayuh nanti sampai gak..
    Entri terbaru kak baery – JUBAH LYCRA – AQEELA CANTIKMy Profile

  4. Memang ada tidak dinafikan ada kesan loading apabila mengunakan N ini. Setakat ini iklan N sudah menghasilkan pendapatan walaupun tidak banyak.

    • Kalau ada income loading lambat sikit pun ok lah tapi kalau tak de income baik tak payah guna sebab dgn loading page yg laju macam2 faedah lain akan dapat.

  5. untuk cari duit saya raja iklan perlu juga.
    ulasan yg menarik tq
    Entri terbaru Bisnis Online – Tips Mudik Aman Menggunakan MotorMy Profile

  6. baru berjinak – jinak dengan N.. hehehe
    Entri terbaru Fariz Azhari – Kuih Raya Tradisional KegemaranMy Profile

  7. pernah dapat advertorial dan review.

    Buat aje. Lebih baik ada dari tak ada. Setakat ni..guna nuffnang je.
    Entri terbaru encik bakul – Buat Duit Online dari JobdirumahMy Profile

  8. syukur alhamdulillah, setakat ni blog ciklaili.com memang buat duit dengan N je. sayang N ketat-ketat. hihi!
    Entri terbaru ciklaili.com – Semakan Senarai Nama Terpilih PLKN 2014 | Remaja Lahir Tahun 1996My Profile

  9. sebagai blogger teknologi, saya tak guna N dah. Beralih kepada GA sebab lebih sesuai dengan niche.

  10. Oh sy skang turunkan iklan N sejak guna blogspot lagi sebab tiada hasil sampai skang. Sebab tu ia kedekut sangat.
    Entri terbaru Khairil Mazri – Bahasa Pisang Dalam Despicable Me 2My Profile

  11. Hmm.. payah jugak cari makan dari blog kalau cam ni. Apa-apa pun penerangan menarik utk kawe fikirkan.
    Entri terbaru Ismail N – Chain Of Lorries: Queuing For DieselMy Profile

  12. Masih berusaha untuk dapat tawaran dari syarikat besar beriklan di blog Asyrof. :)
    Entri terbaru Asyrof – Blogger Tanah Arab – Keputusan Rasmi Pemenang Blogger Contest Tanah ArabMy Profile

  13. Emm tak pernah lagi dapat apa-apa tawaran dan masih mentah lagi dalam memilih nice blog..hehe..kadang kala susah nak tackle hati pembaca dengan kandungan blog yang tak tersusun..walaupun dah setahun lebih saya berkecimpung dalam bidang ni, masih samar-samr lagi aka niche yang sepatutnya blog saya ada..terima kasih kerana kongsikan pada saya selaku orang baru dalam dunia blogging..
    Entri terbaru Hafizul – Sedu SedanMy Profile

  14. Saya pun ada dapat invitation hotel utk buffet ramadhan. tapi terpaksa ditolak sebab ada kat Australia. hehe.
    Entri terbaru Amir Said – Cuti-cuti di Korea (Part 1)My Profile

Trackbacks

  1. […] Tetapi ramai dikalangan bloggers ini hanya mendapat beberapa ringgit sahaja pendapatan daripada iklan Nuffnang ini. Banyak perbahasan yang telah dibuat sesama bloggers sehinggakan keluar artikel Iklan Di Blog: Nak Guna N Ke Tak? ini. […]

  2. […] ideal seperti yang saya pernah share dalam entri sebelum ni, blog personal yang ada […]

  3. […] – Tips Blogging di blog Denaihati. Entri terakhir yang telah disiarkan di sana bertajuk Nak Guna N Ke Tak? Terima kasih kepada lebih daripada 100 komen daripada blogger lain yang berkongsi pengalaman dan […]

  4. […] Sebenarnya saya ada terbaca dalam blog denaihati.com.my mengenai Iklan Di Blog: Nak Guna N Ke Tak? […]

  5. [...] dan Salam 1Dunia, seronok baca komen entri penulis jemputan “Iklan di blog : Nak guna N ke tak?“. Entri ini telah berjaya menarik ramai silent reader untuk mengupas isu dan memberi [...]

  6. [...] mulanya saya pun begitu, terikut dengan orang lain, orang join N kita pun nak join N, orang buat adsense, kita pun buat adsense. Orang kata tak berbaloi buat duit dengan adfly value [...]