Himpunan Kebangkitan Rakyat

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru ini aku tertonton program In Person di Astro Awani yang memaparkan kejayaan Anak Malaysia, Ganesh Kumar Bangah yang telah mengasaskan syarikat MOL Access Portal sejak berusia awal 20 an. Nama Ganesh terkenal seluruh dunia apabila beliau mengambil alih Friendster.com kerana ramai kata beliau gila kerana mengambil alih sebuah syarikat yang sedang runtuh ketika Facebook menguasai dunia.

Hari ini terbukti strategi Ganesh memang luar dari kotak pemikiran orang biasa. Ganesh mengambil alih Friendster bukan untuk meneruskan bisnis sedia ada tetapi menguasai teknologi yang akhir mampu dijual kepada syarikat-syarikat besar antaranya Facebook. Lebih penting Friendster adalah jenama dunia yang menjadi pintu masuk MOL untuk dikenali diseluruh dunia. Friendster sudah berubah menjadi Social Gaming Portal yang memang berbeza dengan Facebook dan MOL menghasilkan jualan beratus juta dollar setahun.

KEPADA PEMBACA YANG MENCARI INFORMASI HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT SILA KILIK SINI

Satu lagi usahawan Malaysia yang sangat berjaya dan kenali dunia adalah Tonny Fernandes pengasas AirAsia. Bermula dengan hanya beberapa buat pesawat kini AirAsia telah menjadi satu kuasa penerbangan tiket tambang murah di Asia. AirAsia juga mengembangkan sayapnya sehingga ke Europe, China, India dan Australia.

Kehebatan Tonny Fernandes bukan sahaja di dunia penerbangan tetapi juga mempunyai rangkaian perniagaan yang luas seperti Tune Money, Tune Talk dan rangkaian hotel Tune Hotel. Tonny Fernandes juga terkena diseluruh dunia apabila menjadi pengasas Pasukan Formula 1 Caterham. Jenama Tonny Fernandes dan AirAsia menjadi lebih dikenali apabila beliau mengambil alih Pasukan bolasepak QPR yang bermain di BPL.

Ganesh Kumar Bangah, Tonny Fernandes dan ramai lagi Rakyat Malaysia yang berjaya adalah antara bukti bahawa Rakyat Malaysia boleh bangkit membina nama keseluruh dunia dengan kreativiti dan daya fikir di luar kotak.

Rakyat Malaysia atau Indonesia atau Singapore atau Brunei atau dimana sahaja mampu BANGKIT membina kelainan setiap masa tanpa perlu dibangkitkan oleh kuasa Politik yang ada agenda tersurat dan tersirat. Ganesh Kumar Bangah dan Tonny Fernandes boleh dijadikan idola untuk kita bangkit menguasai dunia bukan sahaja terkongkong mencipta kejayaan di negara sendiri.

Kelainan yang ditunjukkan oleh Blogger INIINI dan INI mungkin boleh dijadikan inspirasi Rakan Blogger lain untuk bangkit membina kejayaan bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi yang lebih hebat memberi manafaat kepada manusia seluruh alam. Kita sudah tidak ada masa untuk membiarkan diri dipergunakan oleh orang lain untuk matlamat yang tidak jelas.

Himpunan Kebangkitan Rakyat

Meniru semangat Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari 2013 di Stadium Merdeka, inshaaAllah Denaihati Network sedang merancang Himpunan Kebangkitan Blogger pada 26 Januari 2013 yang tujuannya untuk memberi suntikan semangat menjadikan Blogger sebagai kerjaya yang bukan sahaja boleh menyuap nasi kepada keluarga tetapi boleh membantu ramai manusia yang memerlukan bantuan di luar sana tanpa menidakkan yang lain.

DAFTAR MAJLIS SEPETANG BERSAMA BLOGGER 2013

Comments

  1. says

    Himpunan Kebangkitan Blogger? Nama nya saja sudah cukup membangkitkan semangat! Hehehe. Sangat berharap dilapangkan waktu untuk pegi walaupun macam mustahil :(

Trackbacks