Hilang Sahabat kerana Bebas Anwar 901
Assalamualaikum dan salam 1Dunia, setiap daripada Rakyat Malaysia ada pandangan berbeza dengan isu perhimpunan Bebas Anwar 901 atas sebab-sebab yang berbeza. Setiap daripada kita juga mempunyai fahaman politik yang berbeza dan kita tidak boleh paksa sesiapa pun untuk ikut kita. Aku menulis pun bukan untuk mengubah fikiran dan fahaman sesiapa sekadar berkongsi pandangan.
Aku terima komen dari farhan untuk entri Bebas Anwar 901 Sokong Ke : setelah baca entry ni , maka denaihati.com terkeluar dari bloglist aku..sekian.. p/s – x guna ‘mata hati’ ketika menilai politik
Aku kehilangan seorang Rakan Blogger hanya kerana kami berbeza mata hati dalam menilai politik. Itulah harga yang perlu dibayar apabila berbeza fahaman sehingga ada yang solat dua iman, putus hubungan saudara dan bercerai berai. Sampai bila?

