Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini ditulis oleh Ariff Shah tuan punya blog Ariffshah.com semuga perkongsian ini akan menambah lagi ILMU Blogging kita untuk go next level dalam dunia blog. Ariff Shah adalah penulis jemputan tetap blog Denaihati dan antara entrinya ialah “Apa Yang Perlu Dibuat Setelah Berada di Tempat Pertama Google Search?“ dan “Jadi Blogger Syok Sendiri Pun Kadang-Kadang Tak Boleh“. Ada tip blogging terbaik yang dikongsikan kali ini joom baca :
WordPress plugin memudahkan kerja kita, tapi pada masa yang sama boleh menjadi perosak kepada blog kita. Satu benda yang perlu kita berikan sepenuh perhatian adalah hidden link, atau link yang disembunyikan daripada pandangan mata kasar.
Implikasi Negatif Hidden Links
Apa yang berlaku sekiranya Google mengesan terdapat hidden link di blog kita?
Pertama, Google boleh menganggap bahawa laman tersebut telah digodam dan kod-kod berbahaya telah dimasukkan ke dalam laman tersebut. Dengan ini, mereka boleh menghalang pengguna dari Google Search untuk memasuki laman tersebut untuk menjaga keselamatan pengguna mereka. Sebagai enjin carian terbesar, mereka tidak mahu menghantar pengguna mereka ke laman yang berkemungkinan akan menyebabkan pengguna terkena serangan malware atau spam.
Kedua, Google boleh menganggap bahawa laman tersebut menjual backlinks dan cuba untuk ‘mempermainkan’ sistem mereka. Pertukaran link sebenarnya hanya digalakkan sekiranya link yang kita letakkan tu berkaitan dengan website kita, itu cara yang paling betul. Backlink & anchor text yang berkaitan akan menguatkan lagi kedudukan laman kita di search engine untuk keyword yang digunakan.
Implikasi tetap sama. Laman boleh dikeluarkan dari keputusan Google Search dan kelebihan PageRank pun boleh dikurangkan. Kadang-kadang kalau PageRank tiba-tiba jatuh mendadak tu, perkara seperti inilah yang menjadi sebab utama.
Hidden Links tu Macam Mana?
Biasanya hidden links ni disorok menggunakan CSS. Mereka boleh menggunakan warna teks yang sama dengan background atau menggunakan tag <div>. Kedua-duanya boleh dikesan oleh Google. Teknologi dan infrastruktur mereka yang bernilai jutaan dollar boleh mengesan benda ni. Apakah anda fikir dengan pengetahuan CSS level rendah anda tu dah boleh menipu engineer dan pemegang Phd. yang bekerja di Google?
Easy Mashable Social Bar
Baru-baru ni dunia blog dikecohkan dengan social bar yang diinspirasikan daripada laman Mashable. Memang lawa. Saya pun ada tulis tutorial untuk sidebar widget tersebut dan ada pihak lain telah mengeluarkan plugin untuk widget tersebut. Saya berasa amat bangga kerana plugin itu dikeluarkan oleh anak tempatan kita sendiri. Pelan jangkamasa panjang saya untuk mengeluarkan plugin sendiri untuk widget tersebut telah berkubur.
Kelebihan utama kepada pengeluar widget ialah, mereka boleh meminta untuk backlink mereka dipaparkan. Selain tu, pengeluar plugin juga akan menerima plugin berprofil tinggi daripada WordPress.org. Pada saya itu sudah memadai dan cukup kuat, berbaloi dengan usaha yang telah kita curahkan.
Tapi biasalah, disebabkan kita tak diajar sifat profesionalisme di mana-mana, pengeluar plugin tadi (InspiredMagz) telah melangkah dengan lebih jauh dengan meletakkan link tersembunyi pada widget mereka menggunakan CSS.
Pada saya apa yang mereka lakukan ni agak kurang ajar dan tak profesional langsung.
Kod yang digunakan untuk membina social bar tersebut. Saya dah tag kod yang mempunyai hidden link. Biasanya link yang diletakkan dalam <div> yang mempunyai style height = 0 adalah hidden. Link tu kita tak nampak, tapi wujud.
Takde alasan munasabah yang boleh diterima. Kalau mereka tak tahu ini adalah hidden link, mustahil boleh hasilkan plugin sendiri. Terang-terangan hidden link tersebut sengaja diletak untuk kepentingan mereka.
Tindakan Anda
Kepada yang memerlukan versi plugin ini tanpa hidden link, anda boleh dapatkannya di sini. Sila ambil tindakan secepat mungkin sebelum laman anda mendapat penalti daripada pihak Google.
175 Comments
Informasi yang amat bguna…
terima kasih…
Curahan rasa Nana @ ..Seminar WordPress : Produk Baru Dari Akademi Denaihati
OO. bahaya gak plugin camtu..
Curahan rasa zool @ ..Keputusan Perlawanan Piala AFC 4 April 2012
Umpama Silent Killer…Lambat rawat habislahhh….
Curahan rasa Mrs Beauty @ ..Ayurveda Natural Hair Care With Special KB Special Hair Oil
nah, apalah org kita ni. jahat benor nak hidden link…minta elok2 kan senang…ni taruk sebijik terus…nasib teman memang tak pakai…hehe
Curahan rasa Mohd Isa @ ..Lelaki Kacak Pelindung Wanita
bahaya gak ni..tukar la
Curahan rasa Wan Gerrard @ ..Newcastle vs Liverpool Premier League Preview
Macam-macam sekarang ni, kepandaian yang disalahgunakan..
Curahan rasa Jomtonton @ ..Cara Mudah Install WordPress di Localhost
ok,dah siap install plugin ganti 😉
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Lelaki kacak penggila kereta
dlm dunia skrg ni tak de yg betul2 free. ada udang disebalik batu
Curahan rasa Norasikin @ ..Resepi dan Teknik Membuat Jeruk Cermai
oh terima kasih utk info, sbb sy pun guna plugin hensem tu
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Lelaki kacak penggila kereta
bahaya erk, x tahu pulak benda tu boleh jadi bahayasampai mcm tu , terima kasih atas infonya , tp kalau guna selain daripada ( InspiredMagz ) bahaya jgk x ? cth yg saya guna.
Wah….penting ni kena amek kira dan berhati2….
Curahan rasa Mrs Beauty @ ..How to Grow Hair Longer
Informasi yang bermanfaat, terimaksih.
Sukses selalu
Salam
Ejawantah’s Blog
Betul sekali Pak, saya pun baru tahunya disini…
Curahan rasa Dadan @ ..Tips Memanfaatkan Facebook Bagi Usaha Kecil
Pantesan blog WP saya loadingnya sangat lambat
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Sanubari Jakarta | Omnibus Dengan Tema LGBT
Ternyata setelah saya periksa banyak hidden link dalam plugin yang saya gunakan.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Sanubari Jakarta | Omnibus Dengan Tema LGBT
Postingan ini telah memberikan pembelajaran yang sangat berharga bagi saya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Sanubari Jakarta | Omnibus Dengan Tema LGBT
Kalo di belakang tiap kode link nya diberi kode semacam kode rel=nofollow gimana tuh ??
apakah masih berbahaya sesudah diberi kode tersebut?
Curahan rasa Man’s @ ..Mempercepat atau Mem-Pause Proses Copy Paste
nak try guna plugin yang bagus..
Curahan rasa KiD @ ..Nissan Livina X-Gear dari AXIATA CUP
mg betul ek.. pasni kena edit balik ni..
Curahan rasa fiezaradzi @ ..Bagaimana Lelaki Kacak Uruskan Duit
Comments are closed.