Google akan Padam akaun Blogger Yang Tidak Menggunakan Akaun Google

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini lebih kepada memanjangkam informasi khidmat blogger terutama yang bernaung di bawah platform Blogger.com atau lebih terkenal dengan Blogspot. Selama ini Blogger bebas menggunakan apa sahaja email untuk mendaftar akaun blogspot walaupun sudah lebih 8 tahun Google membeli perkhidmatan blog percuma. Semuanya akan berakhir pada 25 Jun 2011 apabila Google telah membuat pengumuman khas.

Selepas hampir 8 tahun membeli perkhidmatan blog percuma, Blogger, kini Google mengumumkan yang mana mereka akan menghentikan sokongan untuk pendaftaran masuk ke akaun Blogger menggunakan akaun selain daripada akaun Google. Perkara ini akan dilaksanakan pada 25 Jun kelak, memberikan para pengguna yang masih belum beralih ke akaun Google sedikit masa untuk beralih – petikan dari Amanz.my.

Blogger Melayu Malaysia

Kepada semua blogger yang terlibat termasuk aku lah tu mesti ambil perhatian atau akan kehilangan berbelas blog yang sedang diuruskan tu. Sila maklumkan teman-teman blogger yang lain tak mahu nanti tiba nak login tengok akaun dah dihapuskan terutama yang sesekali login tu.

Kepada blogger yang terlibat  paling penting buat akaun e-mail Gmail. Dah ada ke? Kalau dah ada baguslah. Kepada yang masih samar-samar cara untuk mengubah username bukan Google ke akaun Google jangan risau. Blogger suri rumah tersohor 1Malaysia sudah menyediakan tutorial ringkasnya … apa lagi joom lari ke @ Kujie2.com (Banyak tips blogging kat sini ..kenapa tak percaya ke??).


Spread the love

184 Comments

  1. lepas terhilang coding follow (google friend connect) tu, bila nk psg balik, ada problem pulak… jadi mcm malas je nk pakai semula… G+ pun dah ada. tp sy baca kat GFC hari tu, followers lama ni boleh diimport ke G+ kita, caranya je sy masih belum arif
    Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Projek 100 BloggersMy Profile

  2. kenapa pla google nak tup akaun bg pengguna yang x guna akaun google?

    setelah fikir memang saya rasa pasal google mahu buat standard untuk buat google terus maju

  3. dah tukar ke gmail.. nasib baik dpt info dari kak jie ari tu. kalau tak hancur blog yg ada kat blogspot ..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!