Goodbye 2012, Welcome 2013

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, 2012 telah melabuhkan tirainya tersimpan dalam lipatan sejarah dan tidak akan kembali lagi. Apa juga prestasi yang dicapai sepanjang 2012 tidak boleh diubah lagi tetapi boleh dibawa ketahun 2013. Yang baik kita tambah baik dan yang kurang baik kita muhasabah diri.

Alhamdulillah 2012 tahun cemerlang untuk blog Denaihati tetapi semuanya tidak akan berhasil tanpa sokongan pembaca setia yang tidak bosan kunjung datang berkongsi idea.

2012 blog Denaihati telah melancarkan dua plugin untuk kemudahan Rakan Blogger.

1. Plugin Waktu Solat : Terbuka untuk semua Blogger WP dan Blogspot. Sehingga hari ini sudah lebih daripada 3000 Rakan Blogger telah memasang plugin ini di blog mereka.

2. Plugin Retweet Count : Plugin berfungsi mengira siapa di antara Rakan Blogger yang suka retweet entri blog. Buat masa ini pengguna plugin tidak terbuka untuk umum. Rakan Blogger perlu memohon untuk untuk menggunakan seperti yang telah dilakukan oleh Blogger INI dan INI. In shaa Allah 2013 plugin ini akan dibuka untuk semua .. akan diumumkan. Buat masa ini kepada yang berminat boleh memohon.

2012 blog Denaihati telah mencalonkan diri untuk Anugerah MSMW 2012 dan DiGi 2012. Kegagalan untuk anugerah DiGi 2012 tidak lansung melemahkan semangat tetapi menjadi motivasi untuk terus lebih kreatif berkarya. Alhamdulillah blog Denaihati telah berjaya dianugerahkan sebagai Best of The Best Blog of The Year 2012 oleh MSMW 2012. Anugerah ini telah mengubah jalan cerita blog Denaihati untuk menjadi yang terbaik daripada yang terbaik.

MSMW 2013 Social Media Awards

2012 juga tahun yang merungkai misteri DENAIHATI. Keputusan untuk mula mengambil tempahan iklan daripada syarikat besar secara tidak lansung mendedahkan siapa sebenarnya DENAIHATI. Acara pertama yang dihadiri adalah Test Drive HONDA Insight adalah detik permulaan segala-galanya. Iklan terbesar sehingga viral video DENAIHATI di dunia siber adalah Projek Ultrabook Toshiba Portege Z830. Alhamdulillah blog Denaihati telah menang tempat pertama untuk cabaran Toshiba walaupun terpaksa menunggu sehingga akhir tahun 2012 untuk dapat hadiahnya. Banyak lagi syarikat telah bekerjasama dengan blog Denaihati seperti logo yang telah disenaraikan di footer blog ini.

Mark-of-Perfection-Toshiba-and-Intel

2012 blog Denaihati banyak menghidangkan entri kembara berdasarkan pengalaman pengembara ke Frankfurt, Prague, Vienna, Venice, Rome, London, Paris, Bangkok, Phonm Penh, Pekanbaru, Macau, Hong Kong dan Doha. Dari maklumat ramai pembaca yang suka sangat dengan entri travelog kerana ianya kisah benar. Blog khas kembara telah lama tersedia di SINI, in shaa Allah akan menjadi salah satu projek besar untuk 2013.

Kembara Musafir Europe

Banyak lagi kisah manis 2012 yang semua terjadi dengan izin Allah dan paling penting sokongan daripada keluarga dan team Denaihati. Terima kasih kepada Anarm, Eizil, Shahril juga kepada Jaws (semuga berjaya dalam dunia bisnis yang diuruskan) dan tidak lupa kepada Kak Jie, Ariff Shah, Abang Ensem, Azman Ishak, Kak Sweetkurma, Abang Khai dan semua Rakan Setia Denaihati lagi yang sentiasa sahaja ada bila perlu untuk membantu DENAIHATI. Tanpa kalian siapalah DENAIHATI tidak dapat diganti dengan semua hadiah, rewards, insentif dan gadget impian.

Kini kita sama-sama melangkah ke tahun 2013 dengan berbagai perancangan. Kepada Rakan BLogger yang belum ada perancangan waspada kerana “Fail to Plan, Plan to Fail“. Langkah pertama 2013 adalah permulaan seribu langkah menuju 31/12/2013. 2013 adalah tahun untuk bekerjasama dengan Rakan Blogger yang lebih berjaya untuk untuk membawa blog DENAIHATI kesatu peringkat yang lebih tinggi yang akhirnya akan membawa manafaat kepada seramai mungkin Rakan Blogger Baru dan Lama.

Semuga ALLAH SWT meredhai segala usaha.

Goodbye 2012, Welcome 2013


Spread the love

110 Comments

  1. semoga bro terus sukses di tahun ini, insyaAllah doa daripada sahabatmu ini akan mengiringi. amin. selamat tahun baru bro. jasamu tetap dikenang.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!