Gangguan Bekalan Air

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kalau mengikut informasi di blog Yanmieonline gangguan bekalan air di KL dan Selangor yang akan dihadapi oleh lebih 1juta penduduk akan berlaku pada 14/3/12. Khabarnya banyak kawasan di Petaling, Klang dan Kuala Lumpur akan terjejas kalau nak tahu kawasan yang terjejas boleh baca di entri “Gangguan Bekalan Air“. Kalau ikut senarai itu syukur kawasan kami memang tidak terlibat sebabnya susah kalau tak ada bekalan air melebih 6 jam. Boleh tengok jadual Gangguan Bekalan Air berjadual di website Syabas.

Gambar Banjir Lembah Klang – Sumber Google

Belum pun sampai tarikh 14/3/12 paip dah tak keluar air. Sudah dua malam berturut-turut air tidak keluar tapi syukurlah siang hari ada air walaupun tidak sekuat mana. Siasat punya siasat rupanya air kena catu kerana lumpur yang masuk ke pusat pengumpulan air akibat banjir yang melanda Lembah Kelang sehingga ada seorang remaja yang terkorban kerana tertimbus tanah runtuh. Warga Kuala Lumpur terperangkap berjam-jam dalam kesesakan jalanraya akibat banjir dan terowong smart yang ditutup. Sekarang dah ada sistem yang kita boleh semak secara online status bencana alam. Di masa depan bolehlah semak di website banjir dan bencana alam online supaya tidak lagi terperangkap dalam kesesakan teruk.

20120310-105111.jpg

Lori bekalan air bersih depan rumah

Alhamdulillah lori bekalan air pun ada datang membantu penduduk yang tidak menyimpan air yang banyak. Teringat pulak kisah Nabi SAW bahawa ALLAH SWT akan bertanya apa yang manusia lakukan dengan setiap nikmat yang dikurniakan walaupun segelas air putih. Air ini terasa berharga apabila tiada tetapi kalau dah banyak kita buang begitu sahaja. Jadi janganlah membazir kerana membazir adalah sifat syaitan.

---

  1. banjir mengakibatkan persediaan air bersih juga berkurang
    Entri terbaru munir ardi – Selamat Tahun Baru Google Doodle Hari iniMy Profile

  2. Sebentar lagi memasuki musim penghujan, harus berhati-hati agar terhindar dari bahaya banjir pula setelah sekian lama kita mengalami musim kemarau
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Cara Menyusui Yang BenarMy Profile

  3. ada yang mengatakan “Air sedikit jadi kawan, air banyak jadi lawan”
    Entri terbaru Dadan – Kegiatan Rehab Bangunan Waqaf Untuk TKA Al-MuhajirinMy Profile

  4. Tindakan kita yang sewenang-wenangan terhadap air, akan meningkatkan resiko bencana yang semakin besar terhadap bahaya yang ditimbulkan olehnya,
    Entri terbaru Bang Iwan – Jangan Lewatkan Fenomena Supermoon 6 Mei 2012My Profile

  5. Air merupakan sumber utama dalam kehidupan mahluk hidup
    Entri terbaru Bang Iwan – Gideon Sundback Logo Google Hari IniMy Profile

  6. xada air ni susah sgat. nak mandi, nak masak, nak minum semuanya pake air. miri pun sekali pencemaran air sbb paip minyak bocor. sensara sgat…nak beli mineral water pun xdapat sbb semua org dah beli…xada stok…
    Entri terbaru Nana – Petanda Anggota Badan BerdenyutMy Profile

  7. Kat kpg aku selalu je tak de air terutamanya bila ada kenduri kat mana2 rumah dlm kampung. Menyusahkan je. Terbaru dlm minggu lepas.

  8. obat tradisional kanker usus
    banjir kan ulah tangan manusia yang tidak bertanggung jawab

  9. dgr shj berita bekalan air xde selama 2 hari..mak lekas2 beli tong besar utk bekalan..lgik2 mak chii meniaga..mmg perlukan air yg banyak..utk memasak dan juga basuh bekas2 kosong..tp alhamdlillah..setakat tadi..air masih keluar lg
    Entri terbaru chii – Wordless Wednesday #20 – Nasihat KakakMy Profile

  10. banjir kan ulah tangan manusia yang tidak bertanggung jawab