Gagal PMR bukan berakhir KEHIDUPAN

Hari ini keputusan PMR akan diumumkan. Laporan Utusan Online memberitakan lebih 28ribu mendapat semua A. Tahniah kepada yang mendapat semua A atau sebahagian A. Adat peperiksaan apabila ada yang cemerlang pasti ada yang tidak cemerlang dan tidak kurang juga ada yang mendapat keputusan diluar jangkaan. Ada yang dijangka dapat bagus tapi keputusannya sangat mengecewakan.

Siapa yang akan bersama pelajar yang GAGAL? Setiap tahun pasti ada berita Pelajar bunuh diri kerana tertekan dengan keputusan PMR yang diperolehi. Sebagai pelajar pasti mereka kecewa dengan KEGAGALAN tetapi siapakah akan bersama mereka untuk melalui masa susah.

Ramai guru-guru dan ibubapa yang kecewa apabila anak didik mereka GAGAL. Guru-guru akan meraikan pelajar yang BERJAYA tanpa ambil kisah kepada pelajar yang GAGAL. Ibubapa pula akan menyalahkan anak yang GAGAL dengan macam-macam kesalahan. GAGAL adalah suatu benda yang terlalu negatif dan memalukan di dalam masyarakat kita. Ibubapa malu kepada keluarga dan jiran-jiran apabila mengetahui anak mereka GAGAL.

Adakah KEGAGALAN PMR bermakna berakhir HIDUP ini? Berapa ramai pelajar yang gagal PMR tetapi berjaya cemerlang dalam SPM dan KEHIDUPAN. Berapa ramai pulak yang berjaya dalam hidup malah jadi jutawan walaupun mereka pernah GAGAL PMR. Kepada yang GAGAL jangan kecewa, KEGAGALAN adalah permulaan kepada KEJAYAAN. Alhamdulillah anda GAGAL awal sekarang kerana ada mereka yang berjaya PMR, SPM, STPM dan UNIVERSITI tapi GAGAL mengurus HIDUP hingga terjerumus dalam kancah dadah dan sebagainya. Kepada ibubapa dan guru-guru, JANGAN sekali pandang negatif kepada anak-anak yang GAGAL. Dekati mereka dan berikan kata semangat untuk mereka terus melalui kehidupan. HIDUP BERANI UNTUK GAGAL.

@Kepada yang perlu bantuan nak buat duit dengan sponsoredtweet sila tinggalkan msg di twitter atau FB.
@Semakan TAWARAN ke sekolah BERASRAMA penuh @ KPM.

~penGOMEL pertama~
Mr.Bintang – Aku dan Kamu

---

  1. hidup memang harus berani untuk gagal
    Entri terbaru Top SEO Marketing – Advantages E Commerce Offers YouMy Profile

  2. terima kasih kepada org yg menulis artikel ini.saya baru berusia 15thn(2010)..saya rasa saya akan mendapat kegagalan dlm result yg akan saya ambil terutamanya dalam subjek math saya selalu mendapat ‘E’ and saya rasa saya akan mendapat result yg sama,kali ini sbb saya sgt x meminati subjek math..tapi subjek yg lain saya selalu cermelang mendapat ‘A’ adakah org yg gagal math seperti saya akan berjaya pada masa akan dtg?

    • Jangan risau, banyak jer jalan tu.. keputusan saya sendiri pun tak juga berapa baik bagi PMR dan SPM, tapi saya masih mampu merasai menara gading, biarpun terpaksa berusaha keras.. Yang penting kita ada kesungguhan untuk mencuba dan ingin berjaya

  3. semua harus berani untuk gagal jika ingin merasa keberhasilan

Trackbacks

  1. [...] pada 12 malam, 30 Mac 2011.Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang gagal ini bukan bermakna kehidupan sudah berakhir. Perjalanan hidup masih jauh lagi dan berbagai cara masih ada untuk kita menjadi manusia yang [...]

Artikel pilihan...close