Gadaian Emas di Ar-Rahnu Agro Bank


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, setahun yang lalu baru aku tahu Gadaian Emas boleh buat duit selama ini ingat hanya mereka yang kesempitan duit je pergi Pajak Gadai. Ilmu buat duit dengan Emas ini dapat daripada Bos Al Ansar Properties Sdn Bhd. Caranya pun unik tak perlu keluar banyak modal untuk beli gold bar hanya perlu keluar 30% daripada harga belian. Caranya mudah  Gold Bar Supplier bawa produk ke Ar-Rahnu Agro Bank dan serahkan kepada Pegawai Bank untuk mengurusan Gadaian Emas. Setelah selesai urusan gadaian supplier akan mengambil wang tunai 70% yang diperolehi dari Agro Bank dan aku perlu tambah 30% sebagai bayaran keseluruhan gold bar yang dibeli. Jadi modal pembelian gold bar yang aku keluarkan hanya 30% kerana selebih dibayar dari wang Gadaian Emas.

Ketika gadaian tahun lepas harga emas di Agro Bank dinilai pada RM153/gm. Setelah enam bulan aku telah menyambung masa gadaian dengan hanya perlu membayar upah simpan sahaja. Minggu lepas dapat surat dari Ar-Rahnu Agro Bank minta aku tebus atau gold bar akan dilelong. Sibuk dengan macam-macam urusan sehingga terlupa gold bar di Agro Bank ni.

Sayang juga kalau kena lelong tak boleh lagi nak dapat keuntungan daripada harga emas yang terus melonjak naik. Nak tahu berapa harga emas terkini pada 24/2/12 di Ar-Rahnu Agro Bank, jangan terperanjat harga terkini RM200.40 maknanya aku sudah untung RM200.40 – RM153.00 = RM47.40 untuk setiap gram. Kalau gold bar aku 100gm maka keuntungan aku adalah RM4,740.00 tapi kalau gold bar aku 1000gm maka keuntungan aku adalah RM47,400.00. Macam lumayan tak?

Aku tak tebus dan bawa balik sebab kalau tebus gold bar ini sudah tidak boleh digadai lagi mengikut polisi bari Agro Bank. Aku hanya tukar surat atau overlap atau renew surat gadai maknanya aku tebus pada harga gadaian RM153 dan terus gadai semula pada harga emas terkini RM200.40. Perbezaan jumlah harga akan digunakan untuk membayar upah simpan dan selebihnya di depositkan ke dalam akaun Agro Bank. Mulai hari 24/2/12 aku dapat surat gadaian baru dan kita tunggu 9 bulan lagi berapa harga emas ketika itu tidak mustahil akan naik sehingga RM250/gm.

Fakta Gadaian Emas di AR-Rahnu Agro Bank.

1. Hanya menerima barang kemas/jewelry lebih daripada 18karat.

2. Gold Bar tidak diterima.

3. Maksimum jumlah keseluruhan gadaian adalah RM150k untuk seorang.

4. Maksimum jumlah gadaian sehari adalah RM50k untuk seorang.

5. Tempoh gadaian hanya 6 bulan dan boleh disambung 3 bulan sebelum ditebus atau renew surat gadai.

Ramai kawan-kawan yang aktif dengan pelaburan emas mungkin boleh berkongsi ilmu dengan kami yang tak berapa nak pandai ni.

Berikut harga emas terkini dunia berdasarkan USD per Ounce.

t24 au en usoz 2 Gadaian Emas di Ar Rahnu Agro Bank

Ketika entri ini ditulis harga emas pada USD1778/oz kita tengok apa yang berlaku dalam tempoh 2 – 3 tahun dari sekarang. (1 Ounce = 28.3gm)

Istimewa di denaihati.com
  • munir ardi 31 December 2012 at 6:44 am

    Emas memang menjadi pilihan banyak orang dewasa ini untuk pelaburan
    Entri terbaru munir ardi – SMS Ucapan Selamat Tahun Baru 2013My Profile

  • Blog Keperawatan 21 October 2012 at 11:49 pm

    Besar juga keuntungan bila menyimpan emas dan menggadainya bila harga emas sedang naik
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Tips Kehamilan SehatMy Profile

  • zam 11 August 2012 at 10:23 pm

    salam sy ade emas so ape ptt sy buat untuk kembangkan emas tu…????

    • denaihati 11 August 2012 at 10:28 pm

      Simpan lah bila harga naik jual atau pajak kat bank rakyat duit guna beli emas lain.

  • kak ina kl 6 April 2012 at 8:59 am

    5 tahun lepas baru ajer 90-100/gm, skrg ni dah naik sehingga RM190/gm..berapa banyak untung kann kalau di jual sekarang
    Entri terbaru kak ina kl – Yess Dah Ada Pemenang Teka Teki TekukMy Profile

    • Nana 25 April 2012 at 1:58 pm

      betul tu…dulu masa baru hbis SPM, sya pernah kerja kedai emas. Harga emas masa tu tak sampai rm50/g. Nyesal tak beli masa tu…
      Entri terbaru Nana – Kenali jenis2 sihirMy Profile

  • rosezha 30 March 2012 at 3:30 pm

    bila lah nak merasa beli emas ni…
    Entri terbaru rosezha – 5 entri terbaik dari DenaiHatiMy Profile

    • Nana 25 April 2012 at 1:59 pm

      haha….kumpul duit dulu baru pat beli….mahal kan skrg?
      Entri terbaru Nana – Kenali jenis2 sihirMy Profile

    • firdaus 4 May 2012 at 11:28 am

      kalo nak mrasa ja memei tk beli la.. beli ja brapa yg mampu..5 gram pun tkpa..pastu pajak beli smpai taget kita..pastu duit saving tu tebus la emas skit2..in the end emas yg kita pajak tu kan jd aset kita la..skdr cadangan la..
      fierdauz_84@yahoo.com(YM je)

  • Teknik Pelaburan Emas Lelaki Kacak 18 March 2012 at 9:01 pm

    [...] saya mengkaji teknik-teknik yang digunakan dalam pelaburan emas setelah membaca “Gadaian Emas Ar Rahnu Agrobank” dan akhirnya saya tertarik dengan satu teknik pelaburan emas iaitu pajak,gadai dan [...]

  • sal 6 March 2012 at 11:12 am

    dulu emas hanya sebagai perhiasan je. tapi skrg boleh mendatangkan duit waktu kesempitan.

  • Obat Herbal Stroke 1 March 2012 at 4:41 pm

    aduh emasnya juga ga punya gan……….
    Entri terbaru Obat Herbal Stroke – Obat Herbal anemiaMy Profile

  • tips-kurus 28 February 2012 at 10:29 pm

    emas=nilai yg semakin mahal. teringin nak berkecimpung dalam bidang ini.. :-)

  • incik 28 February 2012 at 12:11 am

    kalau tak faham kena belajar dlu, nanti takut ditipu susah pula..
    Entri terbaru incik – [Study] – Anger Management (Pengurusan Marah)My Profile

    • salsabila 28 February 2012 at 6:44 pm

      Bener banget tuh, harus faham dulu,
      Entri terbaru salsabila – Aftershave For MenMy Profile

  • lepak 27 February 2012 at 5:05 pm

    satu pelaburan yang baik….tapi masih tak faham konsepnyer…..
    Entri terbaru lepak – Tazkirah : Khasiat ayat 1000 dinarMy Profile

  • obat herbal xamthone plus 27 February 2012 at 3:33 pm

    harga emas dari tahun ketahun terus meningkat
    Entri terbaru obat herbal xamthone plus – obat diareMy Profile

    • salsabila 27 February 2012 at 6:39 pm

      Bener banget tuh, bukan hanya dari tahun ke tahun tapi dari bulan ke bulan juga suka naik.
      Entri terbaru salsabila – Fragrance For MenMy Profile

    • incik 28 February 2012 at 12:13 am

      yaa meningkat dengan banyak sekali hampir ke 40% setahun..
      Entri terbaru incik – [Study] – Anger Management (Pengurusan Marah)My Profile

  • mohd athras 27 February 2012 at 2:15 pm

    info yg sgt bernilai. tuan ade maklumat supplier yang boleh buat jualan secara gadaian ar-rahnu tak. sy teringin sgt nak tambah simpanan emas sedia ada ikut konsep tu.kalu tuan bermurah hati nk bgtau, tlg emailkan kat saya yer

  • Myra Jay 27 February 2012 at 11:54 am

    Info menarik kepada MJ yang masih tercari2 gadaian emas yang sesuai dan tanpa sedar harga emas terus meningkat tanpa sempat membeli lagi sebagai simpanan..
    Rugi kan?? huhuu
    Entri terbaru Myra Jay – Pemenang bagi Contest Vote – BONIAMy Profile

  • asyiqin 27 February 2012 at 8:46 am

    ini adalah bentuk pelayanan yang baik dan sangat membantu orang yang membutuhkan uang
    Entri terbaru asyiqin – Apakah Kita Perlu Asuransi Jiwa ?My Profile

    • salsabila 27 February 2012 at 6:40 pm

      Terutama buat orang-orang yang benar-benar membutuhkan uang hari itu juga.
      Entri terbaru salsabila – Fragrance For MenMy Profile

1 3 4 5


© 2008 - 2012 Denaihati Network · Sebahagian hak milik terpelihara
Diselenggara oleh Eizil Network