eQurban syukur dengan prestasi tahun pertama

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, syukur ke hadrat Allah swt kerana atas kehendaknyalah maka eQurban.com telah berjaya mendapat tempahan qurban dan akikah melebihi 30 ekor lembu dan kambing pada tahun pertama operasi. Tempahan masih datang setiap hari dari seluruh negara dan seluruh anggota kerja eQurban.com sedang bertungkus lumus untuk menjayakan amanah dari setiap orang yang telah membuat tempahan.

Qurban bukanlah semata-mata perniagaan tetapi amanah ibadah yang perlu dilaksanakan mengikut syarat dan tertib yang telah ditetapkan mengikut hukum agama. Umat Islam yang menjalankan ibadah qurban bukan sahaja mendapat ganjaran di dunia malah yag lebih besar ganjaran yang menunggu di syurga kelak.

Ladang lembu usahasama eQurban dengan Koperasi Muslim Kemboja

Terima kasih kepada semua teman denaihati.com yang telah membuat tempahan qurban melalui eQurban.com. Insyallah kepercayaan dan amanah yang diberikan akan disempurnakan dengan sebaiknya. Sebahagian wang ini akan disumbangkan untuk meningkatkan kualiti pendidikan umat islam Kemboja insyallah.

Tahniah juga kepada 3 pemenang contest Qurban di Kemboja iaitu etomyam, yangbaik dan tpinky (tolong kirimkan nama penuh dan no ic melalui contact).

Peluang membantu umat Islam Cambodia : Kepada yang sudi untuk menghulur infaq kepada umat islam kemboja sila ke Tabung Sumbangan Muslim Kemboja.

[ad#nuffnang336]

---

  1. Blog yang bagus neh, bagus bgt tip, update terus ya, biar aku bisa baca2 terus…

  2. ada ke contest Qurban? tak perasan lak..tahniah pemenang
    Entri terbaru zuriey – Ameng Dihukum Penjara 2 Bulan- Denda RM4-000My Profile

  3. Semoga terus dimurahkan rezeki bro.. tahniah juga kepada para pemenang
    Entri terbaru kulanz – Tarikh Lihat Anak Bulan Aidiladha 2010My Profile

  4. semoga terus maju pada masa akan datang
    Entri terbaru aizuddin – Study Week Untuk Sem 5My Profile

  5. Tahniah bro
    semoga dimurahkan rezeki

  6. tahniah diatas pencapaian perniagaan yg memberansangkan, dan terima kasih juga kerana saya terpilih sebagai pemenang, Alhamduilillah semoga terus diberkati usaha murni ni

  7. Tahun ini di tempat saya, setompok RM350.. Bunyinya seperti banyak, namun itulah namanya pengorbanan.

  8. satu usaha yang baik. Bangga kerana saya anak Malaysia. Hidup untuk memberi. Saling tolong menolong. :-)

  9. Alhamdulillah, semoga mendapat ganjaran di sisiNYA. Tidak akan berkurang harta dengan sedekah, bahkan bertambah. :-)

  10. Alhamdulillah, semoga mendapat ganjaran yang setimpal di sisiNYA. Tidak akan berkurang harta dengan bersedekah, bahkan bertambah. Aamiin.

Trackbacks

  1. [...] This post was mentioned on Twitter by Emila Yusof, Denaihati. Denaihati said: Tqvm “@WhiteMerpati: eQurban syukur dengan prestasi tahun pertama http://bit.ly/cpxBt9 (via @denaihati)” [...]

Artikel pilihan...close