Elak Jalan Raya Menjadi Lautan Pusara Tidak Bertanda

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia, Malaysia digemparkan lagi dengan kemalangan ngeri di Pusat Peranginan Genting yang mengorbankan 37 nyawa dan 16 tercedera. Kemalangan bas yang terjunam lebih daripada 70 meter ke dalam gaung berlaku di laluan menurun dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur berhampiran dengan Tokong Chin Swee Caves.

Senarai nama mangsa cedera di kemalangan Genting Highlands :

Hospital Selayang

  1. Raawnok Arefin, 14, M, Bangladesh
  2. Nur Syamimi Ja’afar, 25, F, Malaysia
  3. Nur Fathiah Ja’afar, 21, F, Malaysia
  4. Rashidah Buyah, 50, F, Bangladesh
  5. Andri Purwaidi, 25, F, Indonesia
  6. Nurul Quraitul Aini, 19, F, Malaysia
  7. Rezyan Arefin, 24, M, Bangladesh
  8. Nur Fridil Gusman, 23, M, Indonesia

Hospital Kuala Lumpur

  1. Wong Teraphong, 63, M, Thai
  2. Saidah, 19, F, Malaysia
  3. Razif, 26, M, Malaysia
  4. S.E Ali Haider son of Shyed Haider, 46, M, Bangladeshi
  5. Tan Min Shing, 26, male, Malaysia

Hospital Bentong

  1. Suryadi Budiarto, 52, M, Indonesia

Hospital Sungai Buloh

  1. Maizatul, 23, M, Malaysia
  2. Kang Byoung Kuk, 60, M, Korea

Senarai nama mangsa terkorban di kemalangan Genting Highlands :

Chan Fook Choy, Chan Lai Huat, Sub Moy @ Sak Moy, Sukhviv Singh, Rafik Ali Buai Habac Chu, Sek Sooi Chan, Lee Fok Wah, Law Tiaw Meng, Law See Kee, Auther Mash, Yap Hing, Muhammad Rasid bin Jantan, Ng Ah Heng, Choo Peng Kwan, Bhuiyan Rifique Ali

Mari sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah kepada semua yang terkorban. Semuga kejadian ini akan mengingatkan kita bahawa kematian itu bila-bila masa tanpa ada notis jadi kita kenalah bersedia setiap masa dan jangan dilayan sangat masalah hidup yang hanya ujian Allah SWT.

Gambar kemalangan ngeri di Genting Highlands

kemalangan bas genting highlands

Saudara Ridhauddin Hariz, pemilik blog Profhariz.com ingin berkongsi tips mengelakkan kemalangan jalanraya supaya kita tidak menjadi salah seorang mangsa yang terkorban sebagaimana beribu pusara di lebuhraya. Semuga tips akan menjadi pedoman kepada semua pemandu.

Apabila tiba musim perayaan semua rakyat malaysia akan pulang ke kampung. Dicatatkan hampir 2 juta kenderaan yang akan menggunakan lebuh raya PLUS ketika musim perayaan. Dengan peningkatan kenderaan yang begitu tinggi maka tidak hairanlah rakyat malaysia dikejutkan dengan tragedi kemalangan maut dan menjadikan highway lautan pusara tidak bertanda. Hal ini akan menjadikan sambutan Aidilfitri daripada gembira menjadi sedih dan pilu.

Rakyat malaysia seharusnya lebih berdisiplin dan bertanggungjawab ketika memandu. Selain itu rakyat malaysia harus disedarkan dengan kepentingan “hargai nyawa” diri, keluarga, anak-anak dan orang lain. Selain itu, pemandu juga perlu menghormati pemandu yang lain jangan nak ikut kepala sendiri. Pada hemat saya, sifat “selfish” di kalangan pemandu antara yang tertinggi menyumbang kepada kemalangan

Sebelum memulakan perjalanan sila rancang perjalanan dengan teliti supaya dapat memandu dalam keadaan bersedia dari segi mental dan fizikal. Sikap sabar dan memandu secara gopoh-gapah juga perlu dipupuk oleh pemandu dan jangan lupa bahawa sifat sabar ini sangat sinonim dengan ISLAM.

Seorang muslim dituntut untuk bersabar dalam pelbagai perkara. Mereka yang sabar akan dicintai oleh Allah S.W.T. Hal ini dibuktikan dalam surah Al-Baqarah ayat 153 yang bermaksud;

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.

Tips Elak Kemalangan Jalan Raya

InshaAllah disini saya simpulkan 6 tips untuk elak kemalangan jalan raya dan inshaAllah. Jika anda patuh anda akan selamat dengan izin Allah.

  1. Sentiasa Berhati-Hati ketika Memandu
  2. Periksa Kenderaan Sebelum Memulakan Perjalanan
  3. Tidak memandu secara gopoh-gapah
  4. Memandu secara berhemah
  5. Jangan terlalu gembira untuk pulang berhari raya (hilang tumpuan semasa memandu)
  6. Berhenti seketika sekiranya letih dan mengantuk

Dan jangan lupa BERDOA sebelum memulakan perjalanan dengan doa

Subhanallazi sakharalana hazawamakunna lahumuqrinin wainnailarabbina lamunqalibun

Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali! (Surah Az-Zukhruf : 13-14)

InshaAllah. Dengan hasilnya artikel ini semoga pemandu di luar sana beringat sebelum terlambat dan senantiasalah bersederhana dalam apa jua keadaan dan jangan jadikan jalan raya medan menguji ketangkasan memandu anda. Jalan raya suatu kemudahn untuk anda sampai ke destinasi dengan selamat.

---

    Kongsi pendapat anda

    *

    CommentLuv badge

  1. Al Fatihah untuk para korban, semoga arwahnya di terima di sisi Allah SWT
    Entri terbaru hanari – Gangguan Angina PactorisMy Profile

  2. banya juga nyawa yang melayang yah .
    Entri terbaru Obat Herbal Kanker Mulut – Obat Herbal Kanker MulutMy Profile