Dulux Inspire Lebih Cerah Lebih Ceria

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sempena sambutan Hari Raya yang bakal tiba tak lama lagi mesti ramai yang dah merancang untuk makeover rumah seperti menukar jubin baru, menukar langsir baru, sofa baru, perabot baru, ubahsuai rumah, cat semula rumah dan sebagainya.

Sebut tentang cat rumah baru-baru ni Team Denaihati telah dijemput untuk majlis pelancaran Dewan Keluarga Harmoni di Kampung Lindungan, PJS 6 yang baru saja dicat semula menggunakan Dulux Inspire. Cat yang digunakan nampak sangat cantik dan kemas.

Majlis pelancaran pada hari tu dirasmikan oleh Encik CW Goh, Pengarah Urusan Akzo Nobel Paints (Malaysia) Sdn. Bhd. – dahulunya dikenali sebagai ICI Paints (Malaysia) Sdn. Bhd.

Proses Mengecat Lebih Mudah dengan Dulux Inspire

Dengan Dulux Aspire bertambah naik seri Dewan Keluarga Harmoni Kampung Lindungan dan lebih cerah serta lebih ceria setelah siap dicat semula sehingga menimbulkan rasa berminat untuk menukar cat ruang pejabat Denaihati Network yang bakal menganjurkan majlis rumah terbuka hari raya.

Nak tahu sebab apa aku begitu semangat nak menukar cat ruang pejabat kerana Dulux Inspire bukan sahaja memberi nilai terbaik malah proses mengecat adalah lebih mudah. Dulux Inspire juga turut menampilkan Teknologi Chroma Brite yang membantu mengekalkan rumah untuk terus nampak segar dan baru dengan lebih lama lagi. Bertambah ensemlah pejabat Denaihati Network selepas ini.

dulux inspire baharu

Ceriakan Hari Raya dengan Dulux Inspire

Seperti kebiasan apabila menjelang Hari Raya ramai pemilik kediaman akan makeover rumah dengan mengecat semula rumah mereka dengan warna-warna yang trendy dan menarik bagi menerima kunjungan tetamu dan rakan-rakan. Antara kawan-kawan yang bakal mengecat baru rumah meraka adalah Kak Yanmie, Kak Sumijelly dan Puanbee. Sambutan Hari Raya Kak Yanmie dan Puanbee tahun ini pasti jadi lebih bermakna dengan keindahan dan keceriaan rumah yang dicat semula dengan Dulux Inspire. Paling best dengan Dulux Aspire mereka yang bukan pakar mengecat mancam aku inilah pun mampu mengecat untuk mencapai kemasan licin yang lebih cerah dan lebih ceria.

Dulux Inspire juga meliputi kawasan yang lebih luas dan memberi perlindungan yang lebih lama selain memiliki ciri-ciri penting cat yang bermutu tinggi untuk menjadikan kediaman lebih cantik lagi di hari raya nanti.

dulux inspire colour

Pilihan Warna Dulux Inspire

Dulux Inspire menawarkan pilihan warna yang cantik dan terang dengan kemasan yang lembut licin pada nilai yang terbaik. Pada masa yang sama menawarkan standard bermutu tinggi yang sudah menjadi sebahagian daripada komitmen jenama Dulux.

Naik pening kepala nak memilih warna yang sesuai untuk ruang pejabat kami sebab Dulux Inspire terdapat dalam pilihan 22 warna yang sedia ada dan 192 warna POST (iaitu warna adunan mesin) dalam 8 kumpulan warna bagi memberikan pelbagai pilihan warna untuk menghiasi kediaman sempena musim perayaan.

Lagi satu keistimewaan Dulux Inspire tersedia dengan 2 jenis cat untuk kegunaan dalaman dan luaran. Cat Dalaman Dulux Inspire mempunyai Sebatian Organik Meruap (VOC) yang rendah serta kurang berbau dan memberikan kemasan yang cantik dan licin selain mudah untuk disapukan. Cat Luaran Dulux Inspire pula memberikan kemasan kusam dengan kelegapan yang mencukupi untuk liputan cat yang luas serta ciri tahan alga dan kulat, tahan menggelupas dan tahan kotoran.

Setelah mengetahui kehebata cat Dulux Aspire terasa bersemangat untuk mencuba produk terbaru ni. Pilihan warna cat telah pun dibuat dengan bantuan dan curahan idea daripada Team Denaihati. Tak lama lagi bolehlah gunakan cat bermutu tinggi Dulux Inspire ini untuk mengecat ruang dalaman. Hari Raya nanti mesti akan menjadi lebih ceria dengan ruang berwajah baru yang lebih menarik.

Macam mana agaknya wajah ruang dalaman selepas menggunakan cat Dulux Inspire ini? Pasti pejabat Denaihati Network akan lebh cerah dan lebih ceria selepas ini. Nantikan entri kesinambungan yang akan dikongsikan selepas selesai kerja-kerja mengecat. Rasa sangat teruja! Terbayang muka Abang Ensem, Anarm dan Shakkido yang penuh dengan cat Dulux Aspire … heeeee.

Kalau Kak Yanmie memilih warna Horizon Blue, Kak Sumijelly pilih Glistering Sea dan Puanbee memilih Mardi Grass, Rakan Blogger tekalah apa warna cat pilihan kami? Tekaan warna paling tepat akan mendapat sehelai t-shirt Denaihati. Nak pilih warna klik Warna Dulux Aspire.

Kepada Rakan Blogger yang terfikir nak makeover rumah tu apa lagi jangan lupa pada Dulux Inspire yang anda boleh dapatkan di kedai-kedai Dulux yang terpilih dalam kedua-dua rangkaian cat luaran dan dalaman dengan pek bersaiz 1 liter, 5 liter dan 18 liter.

Untuk maklumat lanjut tentang Dulux Inspire, sila layari laman web rasmi Dulux Malaysia di www.dulux.com.my (ada promosi hari raya) atau layari Facebook Dulux Malaysia di Facebook.com/DuluxMalaysia.

iklan dulux inspire

---

  1. Memang cantik cat cat keluaran Dulux. Sememangnya pilihan kami sekeluarga. Dengan kualiti yang sangat tinggi.
    Entri terbaru Afifi Shamsuri – Cantik jelita dan tampil berseri dengan Placenta White By NikkoMy Profile

  2. Hendak mengecat tidak ada masalah cuma hendak pilih tona warna yang agak pening kepala. :-)
    Entri terbaru akubiomed – Juadah berbuka pilihan bulan RamadhanMy Profile

  3. cat memang boleh memberikan impak yang besar kepada penampilan rumah. 100% boleh berubah suasana. Salah rumah ke ni?
    Entri terbaru Sya Isya – MELAYU BOLEHMy Profile

  4. Lepas cat, jadi rumah raya lah hehe.

  5. Mari lah mari… mengecat rumah.. jangan lupa nak bergaya.. di hari raya…

    Tengok gambo memang lah cantik. Tapi kalau tak ada asas interior design, adehh bila dah cat nanti ada jer yg tak kena. Tapi ICI mmg dari dulu hebat.
    Entri terbaru Ismail N – Work From Home Via Job Di RumahMy Profile

  6. dah lama betul saya x dengar pasal dulux nih
    Entri terbaru Juan – Meningkatkan Bisnes PKS Tempatan Dengan Google PlacesMy Profile

  7. tengoknya macam nak cat rumah terus..
    Entri terbaru AUC – Pak Cik Kena Demam Denggi Tiada Harapan Dah!My Profile

  8. Terbaik anarm ! Review yang menarik.
    Entri terbaru profhariz – Panduan Solat Tarawih Amalan Sepanjang RamadhanMy Profile

  9. memang cantik cat ni..kemas warnanya..
    Entri terbaru blackrosehunter – 10 Negara Paling Bahagia di DuniaMy Profile

  10. Warna hijau pun pasti menarik…

    Cat deluxe ni memang best dan dijamin qualitinya..
    Entri terbaru daddydee – Air Kurma Jadi Menu WajibMy Profile

  11. Pastinya akan lebih berseri hari raya bersama dengan Dulux ni..hehe..
    Entri terbaru Hafizul – Dalamnya Manis Luarnya PahitMy Profile

Trackbacks

  1. […] kalah pentingnya dalam pembelian rumah yaitu mengenai Cat Rumah yang dipakai. Cat harus yang bermutu tinggi dan memiliki Teknologi Chroma Brite agar warna rumah […]

  2. […] dan Salam 1Dunia, ingat lagi cabaran “Dulux Inspire Lebih Cerah Lebih Ceria” yang aku kongsi sebelum ini? Setelah mencuba sendiri mengecat menggunakan cat Dulux Inspire, […]