Rahsia buat duit dengan Emas dan Perak
Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ramai Rakan Blogger yang bagi respond yang bernas apabila aku keluarkan entri Nilai Dahulu, Sekarang dan Esok. Tak sangka rupanya Rakan Blogger juga sensitif dengan Ekonomi Dunia yang semakin parah. Kecelaruan Ekonomi Dunia menyebabkan nilai duit menyusut dan nilai Gold dan Silver meningkat. Kalau nak tahu bagaimana nilai duit semakin murah sila baca analisa ringkas dan mudah difahami di blog Ariffshah bertajuk “Kenapa Duit Semakin Murah“.
Kesedaran masyarakat dengan peningkatan harga Emas dan Silver semakin meningkat. Gold menjadi trend dalam pasaran ekonomi terkini dan harganya telah meningkat beratus peratus sehingga tidak mampu dimiliki oleh orang biasa. Berdasarkan komen-komen sebelum ini lebih ramai Rakan Blogger yang memilih untuk melabur dalam Gold dari Slver.

Ambil masa beberapa minit untuk melihat video berikut yang mungkin boleh mengubah pemikiran kita untuk perancangan ekonomi masa depan.
Apa pilihan anda Dollar, Gold atau Silver?
