Dah join ke Projek 100 Bloggers

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, “Kejayaan Bangsa Cina dalam perniagaan bukan kerana duit walaupun mereka banyak duit, bukan kerana ilmu bisnis walaupun mereka ada ilmu bisnis, kejayaan Bangsa Cina dalam perniagaan kerana network yang kukuh antara mereka” – ayat ini selalu aku kongsikan dengan ramai kawan-kawan tapi tak tahulah samada mereka semua bersetuju atau tidak dengan pemikiran ini.

Kelemahan Bangsa Melayu paling ketara adalah network bagaimana nak berjaya dalam perniagaan seperti bangsa Cina. Bangsa Cina boleh berniaga kedai emas atau kedai jahit atau kedai makan beramai-ramai dalam satu kawasan tetapi tidak untuk Bangsa Melayu. Perniaga Melayu akan rasa tergugat apabila ada seorang lagi perniaga Melayu buka kedai yang sama di sebelah mereka. Mereka terlupa rezeki ini datang dari ALLAH SWT. Memang biasa kita dengan perniaga Melayu menyerang persaing mereka menggunakan bomoh.

Idea Blogger BroFramestones untuk mengumpulkan 100 Blogger Malaysia untuk projek iklan dan projek bisnis online sangat disanjung. Mungkin projek 100 Bloggers adalah satu permulaan untuk membina Network Blogger Melayu yang kuat. Dengan Network Blogger Melayu yang kuat bukan sahaja iklan dari syarikat yang kecil malah syarikat yang besar seperti Apple insyallah boleh dapat. Advertiser pasti mencari segmen pasaran dikalangan Orang Melayu dan Network Blogger Melayu yang kukuh pasti dapat memberi impak yang besar kepada jenama sesebuah syarikat.

Syarat kelayakan blog untuk join Projek 100 Bloggers anjuran BroFramestones adalah:

  • Minimum 500 uv
  • Minimum 5 komen di setiap entri
  • Blog personal, bukan copy paste/politik
  • Tidak terikat dengan mana-mana syarikat pengiklanan
  • Menetap di Malaysia
  • Komited

Untuk info selanjutnya, lawati Projek 100 Bloggers.


Spread the love

179 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!