Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog

Cinta Muka Buku

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, beberapa bulan lepas aku terdengar kakak menyanyi lagu “Cinta Muka Buku“. Pada mulanya aku terasa pelik dengan tajuk lagu tersebut tapi setelah beberapa hari baru akau tersedar maksud sebenarnya adalah “Cinta Facebook”. Lagu “Cinta Muka Buka” menjadi fenomena dikalangan remaja didendangkan oleh Najwa Latif seorang bintang remaja yang dilahirkan bukan dari program realiti Akademi Fantasi atau Mentor tetapi artis Youtube.

Begitulah pengaruh laman web social network di zaman ICT, sesiapa sahaja boleh menghasilkan hasil kerja seni dan yang terbaik akan terkenal seluruh dunia. Kita sebagai blogger mesti mengambil kesempatan dari kehebatan laman social network untuk memaksimum fungsi bukan hanya sekadar membazir waktu berkongsi kisah kehidupan seharian. Facebook melalui Fanpage FB telah banyak membantu meningkatkan trafik blog Denaihati. Blog Denaihati juga sedang memproduksikan video pendek yang akan dikeluarkan di Youtube.com pada awal tahun 2012 untuk membantu promosi trafik blog.Bagaimana pula pengalaman Rakan Blogger menggunakan Facebook dan Youtube?

Kehebatan lagu “Cinta Muka Buku” bukan sahaja hebat di kalangan remaja tapi menjangkit sehingga ke Maharaja Lawak Mega. Seronok betul aku saksikan video Maharaja Lawak Mega¬†group Boboi minggu ke 4. Joom kita layan :

---

  1. Di Indonesia menjadi artis karena adanya yuotube juga ada beberapa
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Tanda Jantung Tidak SehatMy Profile

  2. best Najwa Latif ni…masih muda dan berbakat lagi…
    Entri terbaru Nana – Tengok Wayang Kat Merdeka Mall, Miri.My Profile

Trackbacks

  1. […] CaC, ClipGrab merupakan sebuah perisian percuma untuk memuaturun dan convert video online seperti Youtube, Vimeo, DailyMotion dan laman – laman web video lain dengan mudah. Sama seperti perisian […]

Artikel pilihan...close