Chelsea vs Arsenal penentuan juara BPL 2013/14

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, BPL musim ini kalau guna bahasa Indonesia adalah yang paling SERU samada di papan atas mahu pun di papan bawah. Semua 20 pasukan masih bersaing hebat samada untuk jadi juara BPL, layak Champions League, layak Europe League juga mengelakkan tersingkir dari BPL musim depan.

Keputusan Champions League 2013/14 Pusingan Suku Akhir

Barcelona vs Atletico Madrid 0 – 2

Real Madrid vs Borussia Dortmund 4 – 3

Paris Saint-Germain vs Chelsea 3 – 3

Manchester United vs Bayern Munich 2 – 4 

Arsenal kurang bernasib baik apabila tersingkir dari Champions League musim ini akibat daripada lakun layar Arjen Robben yang berlagak cedera apabila bertembung dengan penjaga gol Arsenal di pusingan pertama di Emirates sehingga Szczesny dilayangkan kad merah. Kalau sebelas lawan sebelas belum tentu nasib Bayern Munich tapi itulah dinamakan takdir bola sepak. Nampak gayanya Arsenal yang dah layak untuk Champions League musim depan kena usaha lebih lagi untuk jadi juara dan kalau boleh kena beli beberapa pemain lima bintang untuk mencapai matlamat tersebut.

Keputusan Semi Final FA Cup 2013/14

Wigan Athletic vs Arsenal : 1 – 1 (penalti 1 – 4)

Hull City vs Sheffield United : 4 – 2 

Chelsea vs Arsenal 22/3/2014

Kesedihan Arsenal terubat sedikit apabila layak ke separuh akhir FA Cup yang akan menentang Wigan juara musim lepas. Tiada big four yang layak masuk separuh akhir FA Cup menjadikan Arsenal sebagai favourite untuk menjadi juara tapi bukan semudah itu sebab sebelum ini Arsenal pernah kecundang di final Carling Cup kepada Brimingham City.

Video Arjen Roben berlakun cedera

Peluang Arsenal untuk jadi juara BPL musim ini agak tercalar apabila tewas kepada Stoke City 0 – 1 tetapi bernyawa sedikit apabila menang kepada Tottenham 1 – 0 dan Chelsea tewas kepada Aston Villa 0 – 1. Seperti yang pernah aku tulis sebelum ini kejuaraan BPL tahun ini akan ditentukan keputusan perlawanan empat pasukan di atas dengan pasukan kecill yang sedang bersaing untuk tidak tersingkir dari BPL musim depan.

Chelsea vs Arsenal 22/3/2014

Pelawanan Chelsea vs Arsenal di Stamford Bridge sangat penting kepada kedua-dua pasukan kerana keputusan ini boleh menentukan pasukan mana juara BPL musim ini. Kalau seri maka senyumlah penyokong Liverpool dan Manchester United …. eehhh silap Manchester City. Arsenal mesti menang perlawanan menentang Chelsea untuk lebih cerah menjadi juara BPL musim ini dan menutup mulut Jose Morinho yang telah melabelkan Arsene Wenger sebagai “Master of Failure”. Sila klik SINI untuk melihat keputusan perlawanan Arsenal sebelum ini.

Keputusan Perlawanan Arsenal 22/3 – 29/3/2014 

Keputusan Chelsea vs Arsenal : 6 – 0

Keputusan Arsenal vs Swansea : 2 – 2

Keputusan Arsenal vs Manchester City : 1 – 1

Memang sangat SERU persaingan BPL musim ini terutama baki lapan perlawanan kerana nasib setiap pasukan bukan sahaja bergantung pada kehebatan menewaskan pasukan lawan tetapi bergantung kepada keputusan pasukan lawan. Selain tak sabar nak tengok siapa yang bakal jadi juara BPL samada Arsenal, Chelsea, Liverpool atau Manchester City peminat bola sepak Malaysia juga menunggu adakah Cardiff City mampu kekal di pesada BPL musim depan. Persaingan kedudukan di bawah sangat sengit antara enam pasukan untuk kekal di BPL musim depan siapa yang silap pasti akan tersingkir.

Live Chelsea vs Arsenal @ Twitter


---

    Kongsi pendapat anda

    *

    CommentLuv badge

  1. musim 2014/15 bakal membuka tirai. musim baru, harap juara baru.
    Entri terbaru nikkhazami – Jadual Piala Malaysia Pasukan Kelantan 2014My Profile

  2. Keputusan kekalahan arsenal boleh diterima oleh peminat dengan corak permainan yang ditunjukkan..tetapi kekalahan besar 6-0 mungkin tidak boleh diterima kerana ianya merupakan kekalahan yang paling bersejarah diantara arsenal dan chelsea. Kini ramai yang telah berkira-kira untuk meminta pengurus arsenal untuk meletakkan jawatan dan pengurus baru menggantikannya..mungkin corak permainan pengurus arsenal sekarang ini telah diketahui orang ramai..strategi dan taktikal baru diperlukan untuk meningkatkan lagi pasukan arsenal ini. Pembelian pemain juga perlu diperbanyakkan untuk meningkatkan mutu permainan..
    Entri terbaru Mohd yazed – Terjawab sudah semua persoalan #MH370My Profile

  3. macam tak percaya je keputusan ini. Tapi biasalah. adat permainan.. ada menang ada kalah..
    Entri terbaru Tengku Syukri – Malam Cinta Allah & Rasul Bergema Di PutrajayaMy Profile

  4. Dah lama Arsenal tak pegang piala..badi lama sentiasa berulang…awal season gempak..dan bila dah nak hujung2…masalah injury lah..itu ini lah..adoyai…yg penting Man United sayur tahun ni..haha..sayur sayur sayur…jgn mara aaa…
    Entri terbaru Zufar – Telur Penyu di Restoran Mat BinjaiMy Profile

    • Memang sudah lama Arsenal tak pegang piala terutama piala BPL tapi ramai tak perasan yang Liverpool dah 24 tahun tak pegang piala BPL tapi apa nak buat semua fokus pada Arsenal.

  5. It is now between Manchester City or Liverpool. It will be a stiff fight until the last game!

    Wilson
    Entri terbaru Wilson Ng – WD My Passport Slim Best for TravellingMy Profile

  6. Arsene Wenger ni dah berapa tahun dah mainkan hati dan perasan aku sebagai peminat. Tiap-tiap season dah rasa macam nak menang cup, alih-alih kecundang jua akhirnya. Harap kemarau piala Arsenal dapat ditamatkan tahun ini.
    Entri terbaru Anak Askar Pencen – Televisyen dan Pengaruh KonsumerismeMy Profile

  7. memang sakit jiwa kita sebagai penyokong arsenal ni kan
    Entri terbaru zool – Beza blogger lelaki dan blogger wanitaMy Profile

  8. tahniah kepada pasukan Chelsia, 6-0 tu dah cukup banyak untuk sesebuah pasukan
    Entri terbaru wazy – Microsoft Windows-XP Bakal Berakhir ?My Profile

  9. Nampaknya arsenal tak konsisten permainannya
    Entri terbaru hafiz – Membeli jersi pasukan JDTMy Profile

  10. wa…hebatnya…. MC mmg hebat. Ulasan tuan nipun buat yang tak minat macam saya jadi berminat nak tahu selanjutnya
    Entri terbaru ieta mat sa’ad – CUTI SEKOLAH KEMBALI LAGI….My Profile

  11. He..he..he..Osah tak boleh tidur lena Arsene Wenger malam ni.Apa lagi player mahukan?
    Entri terbaru Mohd Azrin Abu Bakar – El Classico Real Madrid Vs BarcelonaMy Profile

Trackbacks

  1. […] Robben. Memang panas hati aku bila berkali-kali tengok video mamat ini berlakun cedera di SINI. Memang pada muka Bayern Munich kena belasah dengan Real Madrid 0 – 5 di perlawanan semi final […]

  2. […] Robben. Memang panas hati aku bila berkali-kali tengok video mamat ini berlakun cedera di SINI. Memang pada muka Bayern Munich kena belasah dengan Real Madrid 0 – 5 di perlawanan semi […]

  3. […] – Kisah Salam 6-1 tuh hanya tinggalan sejarah jer, pasukan besar seperti Arsenal pun boleh kena sampai 6-0. Lagi pulak tak der gol..relaks-relaks […]

Artikel pilihan...close