Cara permohonan trademark

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, rentetan dari artikel Usahawan Melayu Jahil Trademark dan Paten, ramai sahabat yang bertanya bagaimana cara blog Denaihati memohon trademark. Kali ini aku ingin berkongsi pengalaman sendiri proses untuk mendaftarkan Trademark atau Cop Dagangan ini.

Cara mendaftar trademark

Jabatan yang bertanggungjawab menguruskan cop dagangan ini adalah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan). Proses untuk memohon cop dagangan ini adalah seperti berikut:

  • 5 salinan borang TM5 dengan nama cop dagangan dalam setiap salinan.
  • 1 original copy of the statutory declaration with the trade mark affixed to it.
  • saiz cop dagangan hendaklah tidak melebihi saiz 10 cm x 10 cm.
  • 1 salinan Form 49/ Form D/butiran syarikat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia sekiranya pendaftaran dibuat menggunakan nama syarikat.
  • 1 salinan dokumen priority date claim (sekiranya perlu)
  • 1 salinan yang telah disahkan sekiranya cap dagangan mempunyai karakter bukan roman atau terjemahan (sekiranya perlu)
  • bayaran pendaftaran. semua bayaran boleh dibuat menggunanakan tunai/cheque/money order/bank draf kepada “Perbadanan  Harta Intelek Malaysia
Pentingnya mendaftar cap dagangan
Mendaftarkaan cap dagangan adalah perkara yang penting untuk melindungi kepentingan perniagaan kita.

Cara mudah mendaftar trademark

Kos untuk memohon satu trademark adalah RM1200, namun begitu, sekiranya cap dagangan yang kita ingin mohon itu telah mempunyai empunya, terdapat proses tambahan yang perlu dilakukan. Kebiasaannya untuk memudahkan proses ini, kita boleh melantik agen atau wakil pihak kita untuk menguruskannya.

Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!

Pihak Denaihati Network juga mempunyai agen yang boleh menguruskan proses pendaftaran cap dagangan untuk anda. Anda hanya perlu menyediakan dokumen dan bayaran yang diperlukan, selebihnya akan diuruskan oleh agen tersebut. Walaupun pada dasarnya proses ini nampak mudah, namun sekiranya kita tidak faham selok belok sekiranya ada masalah lain yang berbangkit, ianya akan menyebabkan kita membuang banyak masa dalam proses pendaftaran cap dagangan ini.

Buku Denaihati

Mendaftar trademark memang nampak remeh dah tidak penting tetapi bila sudah terkena jangan pulak menyesal terutama yang mempunyai cita-cita besar dalam bisnis. Sekiranya anda berminat, boleh hubungi pihak kami untuk menguruskan pendaftaran cap dagangan untuk perniagaan ataupun jenama yang anda guna. Semoga penerangan serba ringkas ini membolehkan rakan-rakan semua untuk memastikan cap dagangan anda terpelihara.


Spread the love

98 Comments

  1. Assalam.. Bang.. Sy.. Mak brtnya kos 1200.00 Tue.. Shhigga dpt ” R ” ke…?

    Ad yg mmlumkn kos permohonan mencecah 3000.00 tm boleh di guna pakai slepas 2 hari permohonan.. Dlm tempoh 1 thn sekiranya lulus Baru kayak guna R.

    Sy mohon pencerahan sekiranya sy berminat utk it dptkn khidmat daftar jenama macam mane?.

    Adiex@email.com

    1. As salam,

      saya adalah agent trademark yang berdaftar. Kos untuk trademark adalah RM1,850. Kelebihan menggunakan trademark agent adalah seperti berikut:

      1. Tidak perlu risau dgn segala fomalities yg harus dipatuhi MYIPO
      2. carian trademark adalah percuma
      3. Agent trademark akan memastikan sebelum pendaftaran dibuat, logo atau nama yg didaftarkan mempunya chances of success melebihi 60%

      Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya.

      Terima kasih

      Regards,
      REEN ZUHDI
      Patent Agent
      Trademark Agent
      Industrial Design Agent

      http://www.rzintellectual.com
      012-3755087

  2. Berbaloi untuk mereka yang serius untuk bisnes. Tapi kalau bisnes kecil-kecilan boleh fikir panjang. Tapi jika ada perancangan jangka panjang untuk mengembangkan perniagaan boleg reg awal. Takut nanti nama dah digunakan orang lain melepas lah pula..ada cas tambahan lagi.
    Curahan rasa Wira Merah @ ..Gerhana Bulan Penuh Di SarawakMy Profile

  3. Oh semalam baru je saya mohon supaya ada tajuk ini. Rupanya dah lama ada di sini. Alhamdulillah, saya sudah bookmark page ini. Kosnya sedikit mahal berbanding dengan apa yang saya sangka.

    Apapun, terima kasih kerana menyedarkan kami kepentingan trademark serta mendedahkan cara bagaimana melakukannya. Terbaiklah blog DenaiHati
    Curahan rasa Majalah Jualan @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap BloggerMy Profile

    1. As salam,

      saya adalah agent trademark yang berdaftar. Kos untuk trademark adalah RM1,850. Kelebihan menggunakan trademark agent adalah seperti berikut:

      1. Tidak perlu risau dgn segala fomalities yg harus dipatuhi MYIPO
      2. carian trademark adalah percuma
      3. Agent trademark akan memastikan sebelum pendaftaran dibuat, logo atau nama yg didaftarkan mempunya chances of success melebihi 60%

      Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya.

      Terima kasih

      Regards,
      REEN ZUHDI
      Patent Agent
      Trademark Agent
      Industrial Design Agent

      http://www.rzintellectual.com
      012-3755087

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!