Budaya Re Tweet kurang mendapat sambutan

Antara perkara yang mengembirakan adalah apabila melihat entri kita di Re Tweet oleh teman-teman twitter. Aku akan cuba sedaya upaya untuk klik button Re Tweet apabila terjumpa di mana-mana blog yang aku lawati. Aku selalu menerima ucapan terima kasih daripada Azmanishak.com apabila aku Re Tweet entri terbarunya.

Terima kasi MrRollies dan yg lain kerana Re Tweet

Kerja baik dibalas baik

Re Tweet ini adalah salah satu kaedah untuk menghargai penulisan teman-teman blogger dan juga secara tidak lansung mempromosi secara mikro yang sangat efektif. Mungkin kita merasai tidak perlu Re Tweet kerana hanya mempunyai beberapa follower. Sangkaan itu tersangatlah salah. Katakan Aku mempunyai 20 follower, jangan lupa setiap 20 orang itu mempunyai follower mereka sendiri. Mungkin A ada 200 follower, B ada 1000 follower, C ada 500 follower, D ada 5000 follower dan setiap follower A, B, C dan D juga ada follower mereka tersendiri. Jadi apabila aku yang yang hanya mempunyai 20 follower menghidupkan budaya Re Tweet begitu juga A, B, C dan D dan diikuti oleh teman-teman A,B,C dan D maka entri yang kita Re Tweet itu boleh menjangkau ratusan ribu blogger dan katakanlah 10% sahaja yang singgah melawat entri tersebut maka terhasillah trafik yang hebat.

Re Tweet tertinggi

Ini semua hanya imaginasi aku yang mungkin boleh terjadi!!!

Cara letak Button Re Tweet @ Azman Ishak.com. Joom Re tweet @

Senarai lengkap blog yang mempunyai Re Tweet button @ Blog with Re Tweet Button


[ad#advertlets336]

Comments

  1. Maud Mikrut says

    It’s laborious to search out knowledgeable people on this subject, but you sound like you understand what you’re talking about! Thanks

Trackbacks

  1. Budaya Re Tweet kurang mendapat sambutan | Denaihati…

    Antara perkara yang mengembirakan adalah apabila melihat entri kita di Re Tweet oleh teman-teman twitter. Aku akan cuba sedaya upaya untuk klik button Re Tweet apabila terjumpa di mana-mana blog yang aku lawati. Aku selalu menerima ucapan terima kasih …