Buat duit dengan affiliate hari-hari

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kita biasa dengan “untuk hidup duit bukan segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan duit“. Sekarang nak buang air kecil dan besar pun kena bayar mahal kalau nak dapat tandas yang bersih atau bersedia untuk tutup hidung dan mata. Persaingan ekonomi semakin sengit sehingga yang tewas akan terus merungut dan menyalahkan siapa sahaja terutama Kerajaan. Kalau dulu gaji RM3000 sudah terlalu besar tetapi kini gaji seperti itu sudah termasuk dalam golongan miskin bandar yang layak mendapat BR1M.

Punca rezeki ini terlalu banyak bukan setakat makan gaji dan berniaga sahaja yang penting kita MESTI sanggup keluar sedikit modal untuk belajar untuk dapat rezeki lebih dan kemudian keluarkan modal lebih banyak untuk cari ilmu yang lain. Hentikan beri alasan tiada duit untuk belajar kerana akhirnya masalah tidak akan selesai sampai bila-bila. Bijak pandai sudah beritahu pelaburan paling baik adalah untuk ILMU.

buat duit dengan affiliate
Alhamdulillah rezeki buat duit dengan affiiate

Salah satu kaedah menambah rezeki yang popular di dunia adalah buat duit dengan affiliate mungkin baru di kalangan kita tetapi sudah sekian lama menjadi punca rezeki kepada mereka yang tahu. Antara platform yang paling popular di dunia adalah Clikbank yang telah melahirkan beribu jutawan online senyap. Mungkin ramai yang tidak percaya kerana tidak pernah terdedah dengan kaedah buat duit dengan affiliate. Video di SINI mungkin boleh menjadi saksi bahawa anda boleh buat duit affiliate sehingga RM1000 sebulan hanya bekerja sampingan dari rumah. Saksikan kepada yang belum.

Super Affiliate Workshop

Tahun lepas aku menghadiri satu seminar affiliate oleh seorang guru affiliate dari Singapore dengan bayaran boleh tahan ribu riban juga tetapi sangat berbaloi. Terbelalak biji mata apabila melihat pendapatan yang mereka perolehi daripada sistem affiliate yang diusahakan sehingga ada yang mencecah empat ke lima angka setiap bulan.  Mereka bekerja dalam pasukan dan setiap hari akan memperuntukan  2 – 3 jam untuk menguruskan kerjaya affiliate. Setiap bulan mereka akan bertemu untuk menambah ilmu kerana bisnis online memang sentiasa berubah jadi sistem affiliate pun kena berubah,

Pengajaran yang aku dapat daripada seminar affiliate yang aku hadiri adalah :

  1. Untuk berjaya buat duit dengan affiliate MESTI ada ILMU yang perlu dipelajari daripada yang mahir.
  2. Jangan berhenti belajar dan jangan sayang untuk keluar modal untuk cari ilmu yang betul.
  3. Setiap hari mesti peruntukan beberapa jam untuk menguruskan affiliate bukan sekadar aktiviti bermusim.
  4. Perlu diusahakan mengikut sistem yang betul bukan hentam kromo ikut-ikutan sahaja, dengar kawan buat kita pun buat tapi kawan dapat income kita gigit jari dan akhirnya putus asa.
  5. Berada dalam network yang sama untuk bertukar ilmu dan pengalaman cara terkini dan terbaik untuk jana pendapatan yang lumayan.
income affiliate lumayan
Bayangkan income affiliate masuk hari-hari

Buat duit dengan affiliate boleh diusahakan siapa sahaja yang berminat nak menambah rezeki senyap-senyap antaranya :

  1. Blogger sepenuh masa dan separuh masa – sangat sesuai terutama yang mahir SEO untuk menambah pendapatan selain daripada pendapatan iklan dan produk review. Kepada yang tak mahir SEO boleh baca Kitab Teknik SEO Merah Jambu atau paling bagus belajar secara praktikal di Akademi Denaihati.
  2. Pelajar/Mahasiswa –  tidak akan menganggu masa untuk belajar malah akan menyelesaikan masalah kewangan yang selalui dihadapi oleh pelajar.
  3. Kakitangan Kerajaan dan Swasta yang nak jana pendapatan sampingan yang lumayan. Sangat bagus sebab boleh buat kerja di rumah tanpa perlu balik lambat yang menggangu tugasan di pejabat.
  4. Suri rumah yang nak membantu suami menambah pendapatan tanpa menganggu tugas mengurus rumahtangga.
  5. Pesara yang ingin mengisi masa terluang dengan lebih berkualiti.
  6. Rumah Kebajikan dan Madrasah yang ingin menambah dana untuk perbelanjaan pengurusan.
income world of hijab
Hari-hari jana pendapatan online walaupun sedikit tapi berbaloi

Kepada masih belum faham apa itu buat duit dengan affiliate sila baca artikel “Terbongkar Strategi Jana Pendapatan 4 – 5 angka” yang bakal membuka minda. Mana tahu dengan izin ALLAH dengan membaca sedikit ini akan merubah cara fikir seterusnya dapat menggandakan pendapatan yang selama ini sentiasa ikat perut.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Rahsia Main Instagram 1 jam sehari dan jana pendapatan 4 angka sebulan! Klik Sini

Jana Duit 5 angka sebulan tanpa modal. Rahsianya terbongkar! Klik Sini

Rahsia Main Facebook 1 jam sehari dan jana pendapatan 4 angka sebulan! Klik Sini[/box]

Kita sahaja yang mampu mengubah diri kita sendiri tanpa memberi apa-apa alasan untuk berjaya dan bergaya. Kalau bukan kita siapa lagi dan bila lagi … berubahlah dari sekarang. Jangan jadikan modal, cuti, masa, isteri, keluarga, anak-anak sebagai alasan kerana apabila anda berjaya mereka juga yang akan mendapat manafaat.


Spread the love

1,525 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!