Buat Duit Online bukan percuma

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, berbagai perdebatan berlaku di sosial media samada wajar blogger tidak dibayar, dibayar terlalu rendah atau hanya diberi saguhati apabila penghadiri event tertentu untuk promosi produk syarikat tertentu. Alhamdulillah selepas Seminar Buat Duit dengan Blog 2013 ramai blogger walaupun bukan semua berjaya mengubah cara fikir yang selama ini terlalu fokus kepada buat duit blog hanya dengan iklan. Kepada yang rajin mencari ilmu sebenarnya ada banyak cara buat duit dengan blog bukan sekadar iklan sahaja yang seperti yang menjadi tumpuan hampir semua blogger.

Seminar Buat Duit dengan blog 2013
Seminar Buat Duit dengan blog 2013

Salah satu kaedah buat duit online yang mendapat perhatian daripada Seminar Buat Duit dengan blog adalah teknik buat duit dengan affiliate. Ada blogger yang telah mencari lebih banyak ilmu buat duit affiliate dengan menghadiri berbagai seminar dan kelas yang dianjurkan oleh sifu-sifu affiliate. Alhamdulillah hasilnya ada dikalangan mereka yang sudah menjana berpuluh ribu ringgit sedangkan yang lain masih tercari-cari hala tuju dan ramai juga yang masih pergi ke event-event percuma tetapi tidak ada salahnya kalau itu yang dicari.

Kepada yang sudah baca entri aku bertajuk “Buat Duit dengan affiliate hari-hari” (yang belum sila baca) pasti akan tahu potensi dan kehebatan buat duit affiliate yang sudah mengubah ekonomi ramai manusia di dunia. Affiliate ini bukan MLM yang ditakuti oleh ramai atau Skim Cepat Kaya atau Pelaburan Online tetapi satu sistem unik buat duit online. Masalahnya ramai blogger yang mengeloh kerana susah sangat nak buat duit dengan affiliate kerana setelah sekian lama berusaha tetapi tiada hasilnya.

seminar-buat-duit-dengan-blog-2013

Nak buat duit online seperti affiliate perlukan ilmu yang cukup dari berbagai sumber mereka yang pakar dalam bidang affiliate. Berbagai taktik dan teknik perlu diipelajari daripada sifu affiliate. Untuk belajar peserta perlu keluarkan modal sehingga beribu-ribu dollar tetapi ramai yang sanggup membayar kerana potensi untuk menjana pendapatan berganda dengan affiliate sudah terbukti. Kalau kita tak sanggup keluar modal hanya ikut-ikut sahaja pasti akhirnya blogger akan kecewa dan kembali semula mengejar event iklan seperti sebelumnya.

Modal bukan sahaja untuk belajar ilmu daripada sifu affiliate tetapi juga perlu untuk membeli trafik yang sesuai untuk mempromosi program affiliate yang kita join. Kalau kita buat affiliate buat blog dari blogspot sudah pasti target kita adalah kepada mereka yang minat buat blog bukan kepada yang minat pada komestik. Nak beli trafik pun ada caranya supaya kita dapat membeli trafik pada kadar yang paling murah samada di Facebook, Adwords atau lain-lain.

seminar-buat-duit-affiliate-dengan-blog-700px

Kesimpulannya buat duit online bukan percuma kerana sudah berjuta yang buat percuma berakhir dengan kekecewaan. Ikat perut anda untuk beberapa bulan keluarkan duit untuk belajar cara yang betul buat duit dengan affiliate untuk mendapat hasil yang berganda. Mulakan dengan seminar yang murah seperti Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog anjuran Denaihati Network yang hanya perlu bayar RM150 kemudian apabila sudah berjaya boleh keluarkan modal lebih banyak untuk hadir seminar affiliate yang lebih hebat di dalam dan di luar negara. Azam sungguh-sungguh untuk belajar dan mengubah ekonomi diri daripada terus merungut dengan masalah ekonomi. Tiada siapa yang boleh mengubah anda melainkan diri anda dengan usaha yang sungguh-sungguh, doa dan tawakal.

Anda tidak akan berjaya Buat Duit Online tanpa mengeluarkan sedikit modal dan berkorban masa dan tenaga untuk mencari ilmu yang betul. Bertindaklah sekarang jangan sia-siakan masa yang akan berlalu tanpa hasil yang berganda.

696 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!