Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah dengan izin Allah tujuan utama #SBB2013 tercapai iaitu menjadikan platform memperkasakan Blogger di mata masyarakat. Ini baru langkah pertama untuk 1000 langkah kejayaan yang mampu dikecapi lebih ramai Blogger Malaysia sebaris dengan hanya beberapa Blogger yang sudah berjaya sekarang.
Memang benar seperti catatan Ariffshah dalam blognya : “Kalau Sepetang Bersama Blogger 2012 lebih bertumpu kepada Denaihati, SBB tahun 2013 pula lebih bertemakan kepada memperkasakan blogger dan mengembangkan lagi pengaruh Blogger.”
#SBB2013 telah mendapat liputan yang meluas di Media dan TV. Selain mendapat liputan di berita TV RTM1 yang ramai tak menonton kerana kepenatan pulang dari #SBB2013, majlis gilang gemilang juga mendapat liputan di program Selamat Pagi Malaysia pada 7/2/13. Ramai Blogger yang senyum kerana wajah mereka terpampang ceria di kaca TV dan tak kurang juga ada yang di temubual.
Ramai juga Blogger yang bertuah mendapat liputan di Utusan Malaysia semuga ini menjadi motivasi untuk terus berkarya secara jujur dengan ilmu membina jenama dan akhirnya rezeki akan datang mengalir bagaikan air sungai yang tiada hentinya. Jangan dikejar duit kerana duit akan lari tetapi biarkan blog kita menjadi magnet yang boleh menarik sebanyak boleh rezeki.
Tidak mustahil blog yang mulanya sekadar hobi boleh menjadi bukan sahaja punca pendapatan seperti Beautifulnara tetapi dapat memberi peluang pekerjaan kepada yang lain seperti Amanz.my.
Blogger mesti bekerjasama untuk membina jenama bersama memperkasakan diri membuang imej negatif yang selalu dilabelkan oleh masyarakat akibat tindakan kurang bijak beberapa Blogger yang ingin meraih keuntungan dalam masa singkat. Kita tidak boleh mengharap orang lain menjenamakan Blogger kerana sudah pasti ianya tiada kepentingan untuk mereka. Tidak mustahil Cik Nurul akan menjadi sebaris hebat seperti Blogger Cantik Malaysia yang lain setelah mendapat review panjang lebar di Harian Metro begitu juga Abangensem yang dapat review di Utusan Malaysia.
Blogger sendiri mesti ada keyakinan diri bahawa menjadi Blogger bukan sahaja boleh glamour, bukan sahaja boleh mendapat rezeki tetapi boleh membina kerjaya sebagaimana Blogger Jutawan seperti dalam entri INI yang lahir ramai di luar negara. Sebelum dapat meyakinkan isteri dan keluarga yang paling penting Blogger mesti boleh meyakinkan diri sendiri. Siapa lagi yang boleh mengubah nasib Blogger kalau bukan Blogger itu sendiri!
Kongsikan apa yang Rakan Blogger dapat daripada #SBB2013.
127 Comments
semangat teruss sampai bisa jadi blogger paling terkenal didunia…………………
jangan terlalu mengejar kesuksesan tapi kesempurnaan karena kesuksesan dihari kemudian akan menghampirimu….
good luck blogger
bloggers harus menulis bukan semata-mata pandangan dan luahan tetapi harus berdasarkan bukti dan fakta…
http://www.cikgunabil.com
media membuat para blogger semakin bersemangat. harus dijaga seperti ini
Curahan rasa Cara Buat Icon di Chat Facebook @ ..Cara Buat Icon di Chat Facebook
Bertambah semangat ni…. Walaupun still newerr… Btw , usaha tangga kejayaan rite ??? Yeahhhh..l saya boleh.ll
Curahan rasa Nurain How @ ..Kubur wangi dan liang lahad terang
Ni rasa makin bersemangat nih nak teruskan perjuangan sebagai seorang blogger..hehe..terima kasih kerana memberi masa depan yang cerah dan keyakinan yang tinggi pada saya selaku blogger picisan sahaja..hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..Amanah Dalam Kehidupan Seharian
rugi sebab tak dapat pergi event ni. semoga boleh di teruskan pada masa depan. nak kenal juga blogger popular face to face 🙂
Tahniah buat semua blogger. Mereka semua hebat-hebat belaka…
Sekarang ni dah ramai blogger famous…
Curahan rasa daddydee @ ..Hari Kekasih Buat Kekasihku
Yang hadir hari tu memang hebat2 belaka.
Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..Happy Birthday | Humaira Kini Dua Tahun
semoga semangat SBB2013 akan terus berkekalan di hati para blogger
hebat la kalian semua.. semoga berterusan dalam dunia blogger. !
Curahan rasa muazfaris @ ..Gambar Jaulah Matrouh dan Siwa (Musim Sejuk)
In Sya Allah, satu hari nanti.
Curahan rasa nazimhassan @ ..Foto Cun Cantik Pelakon Aisyah Ilyas
rasa sepeti kerugian besar kerana tidak dapat menyertai #SBB2013. Pasti banyak ilmu yang ditimba jika ke sana. InsyaAllah next gathering Dr Fuh akan sertai.
Curahan rasa Dr Fuh @ ..Ibu Catriona Ross Meninggal Dunia Akibat Kemalangan Jalan Raya
Luar biasa, semakin mudah berbagi manfaat dengan semua orang. Penting untuk tidak menyalah gunakan saja.
terkilan mase tu tak dapat join 🙁
Curahan rasa Aku Penghibur @ ..Wordless Wednesday # 3 : Dapatkan Segera iPhone Mampu Milik
Terima kasih tuan DH atas kesudian menganjurkan #sbb2013.
InshaaAllah, langkah yg lebih teratur sedang diatur…moga2 dipermudahkan Allah jua…ameen
Curahan rasa hafizmd @ ..Jom Memberi!
Comments are closed.