Blogger Adalah Pemikir Hebat

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia, alhamdulillah seorang lagi rakan FB Group Denaihati Network yang menjadi penulis jemputan di blog Denaihati.com. Entri ini adalah daripada DaddyDee, pemilik blog daddydee.net. Joom sama-sama kita baca.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku.

Blogger adalah pemikir yang hebat bagi saya. Blogger adalah penulis, yang berfikir untuk berkongsi idea hebat selain daripada hobi suka-suka. Dalam suka-suka boleh menjana wang, menjana sahabat, menjana peminat, menjana ilmu dan menjana jodoh, begitulah hebatnya blog. Hanya blogger mengenal blog mereka.

Blogger adalah pemikir hebat

Blogger adalah pemikir hebat

Mengapa saya katakan blogger adalah pemikir hebat? Bagi saya blogger yang hebat adalah blogger yang mampu menulis entri yang sangat berkualiti. Bukan senang untuk hasilkan entri yang berkualiti dan bukan nya susah.

Untuk menulis satu entri blogger perlu fikirkan: Apa yang ingin disampaikan? Bagaimana untuk disampaikan? Hasil dari penyampaian yang disampaikan?

 

Olahan idea yang jelas adalah perlu bagi memudahkan pembaca faham akan apa yang ingin disampaikan. Gaya bahasa tidak kisah gaya bahasa apa yang ingin mereka gunakan janji pembaca faham dan matlamat sampai. Sebaiknya elakkan guna bahasa SMS dan gunakan bahasa yang difahami oleh semua, bahasa pasar pun boleh diterima lagi.

Jadi untuk jadi blogger perlu jadi pemikir hebat perlu ada kelulusan semua? Tidak perlu menjadi berkelulusan untuk jadi blogger hebat. Tapi cukuplah tahu berfikir yang topik yang kita kongsikan akan memberi manafaat kepada pembaca atau tidak? Jika, ya tulis lah bahan itu dan jika tidak baik lupakan saja.

Kenapa perlu tulis entri yang bermanafaat? Kerana blog adalah medan perkongsian ilmu. Jika ilmu yang baik kita kongsikan maka baiklah saham yang kita perolehi untuk dunia dan akhirat. Selain ilmu yang ditulis boleh dipraktikkan oleh orang lain dan memberi keuntungan kepada orang lain seperti abangensem yang membantu orang lain memiliki rumah melalui tips hartanahnya. Selagi tips itu digunakan selagi itu blogger dapat share. Saham ilmu adalah satu-satunya saham yang tidak akan habis selagi ia digunakan.

Bayangkan jika kita menulis satu fitnah? Fitnah itu dibaca oleh 100 orang sehari selama blog itu masih ada. Tersebar dan terus tersebar fitnah itu ke seantaro dunia maya dan nyata. Dapat bayangkan berapa saham yang akan kita terima? Selama entri itu tidak dipadam ia akan kekal selamanya.

Sebab itulah blogger perlu jadi pemikir hebat, perlu berfikir sedalam-dalamnya sebelum menulis perihal sesuatu perkara. Kaji dengan jelas sebelum ianya ditulis dan diletakkan di blog. Fikir fikirkan.

---

    Kongsi pendapat anda

    *

    CommentLuv badge

  1. Memang blogger tu orang pemikir hebat, namun yang sangat disayangkan adalah blogger-blogger yang hanya copas ( copy paste ) milik orang je,
    Entri terbaru Rafly – Daftar IsiMy Profile

  2. Saya sangat tertarik dengan blogger SEO sebab selalunya dia berfikiran lebih ke depan. Menghasilkan artikel untuk masa depan.

Trackbacks

  1. […] korang patut baca artikel yang bertajuk Blogger Adalah Pemikir Hebat. Antara petikan yang menarik perhatian aku ialah […]

  2. […] Begitu juga dengan setiap penulisan kita di dalam blog.FA terpanggil untuk mencoret entri ini selepas membaca entri Daddy Dee di blog DenaiHati iaitu Blogger  Adalah Pemikir Hebat.FA setuju dengan dengan pendapat dan luahan beliau dalam entri tersebut.Korang belum baca lagi ke?Boleh baca kat SINI. […]

  3. […] Blogger Adalah Pemikir Hebat […]

  4. […] sepenggal kalimat yang ditulis pada sebuah artikel di blog Denaihati dengan judul Blogger Adalah Pemikir Hebat. Dengan mengacu pada artikel tersebut, saya berpendapat bahwa seorang blogger bisa jadi motivator […]

  5. […] blog denaihati ada satu entri cukup yang menarik perhatian saya bertajuk  Blogger Adalah Pemikir Hebat.Dalam entri tersebut diceritakan peranan blogger dalam menyampai isi hati masing-masing melalui […]