Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia, alhamdulillah kali ni seorang lagi rakan FB Group Denaihati Network yang menjadi penulis jemputan di blog Denaihati.com. Entri ini adalah hasil tulisan daripada saudara Paly, pemilik blog Paly.my. Joom sama-sama kita baca.
Memang kita seronok dalam belajar berblog, betul tak? Macam mana nak buat tu, macam mana nak buat ni, kenapa yang ni tak menjadi, bagaimana nak letak kat situ, kenapa yang ni boleh berkesan dan lagi ribuan tips kat luar sana untuk dipelajari.
Setiap kali kita membaca sebuah post, dari situ dah dapat tips yang boleh dipelajari sebab setiap post ada keunikan tersendiri.
Apa Yang Dimaksudkan Begitu?
Aku sendiri kurang mengerti hal-hal macam ni bila aku baru menyertai dunia blog yang luas di Malaysia ni. Apa yang terpikir sepanjang masa adalah menjadi blogger – menulis dalam blog untuk dikongsi kepada pengguna internet.
Buat satu blog dan branding tersendiri
Jadi, proses berblogging mula dijalankan – blog dibuat dan menulis pelbagai entri untuk dikongsi. Setelah berbulan-bulan buat apa yang kita dah belajar tapi hasilnya, tiada. Kenapa?
Tulis Dengan Cara Tersendiri
Aku setuju sebab itu yang aku belajar. Tulis dengan cara tersendiri. Ada juga masa yang aku terfikir, siapa nak baca apa yang aku kongsi! Aku bukan la pandai sangat dalam bab menulis dan yang pastinya, aku tak tau banyak dalam hal berblogging.
Kebanyakkan blogger mesti ada terasa diri ni tercabar dengan blog-blog lain, termasuk diri aku. Banyak blog yang aku terjah dan impression yang aku dapat bagi adalah blog diorang menarik dan professional, itulah yang membuatkan aku terasa tercabar dan ingin ikut jejak diorang semua.
Bila aku fikir balik, senang je. Jadi diri sendiri, menulis dengan cara yang unik, tersendiri. Ada orang yang baca kandungan blog kita dan berkongsi pada yang lain, ada yang tak suka, so biarkan begitu, as simple as that.
Berdiri Tegak Berbanding Yang Lain
Aku mula berblogging menuju ke arah tersebut. Berkongsi pelbagai cerita dan maklumat dengan gaya aku dan ikhlas dalam berkongsi.
Bila dah menulis, bukan la bermaksud dah terus dapat trafik gempak. Ada je kerja keras kena buat untuk penulisan aku ni dikenali, dibaca, dikongsi dan mudahan2 yang datang membaca akan kembali lagi, itu yang penting.
Seronok bila dah ada pembaca sebab ada juga seseorang yang boleh diorang hubungkan dengan aku – bila aku geram dengan sesuatu tak munasabah, diorang pun turut terasa macam tu.
Akhirnya, kita tak berblogging berseorangan lagi dah. Ada juga yang berkongsi isu dengan diri kita, satu perkembangan yang bagus.
Dengan cara ini, ia dapat membantu kita dan blog kita untuk berdiri tegak berbanding blog-blog yang lain. Kita semua individu yang ada keunikan tersendiri, bukan aku seorang je. Walaupun kita ada kembar, mungkin pada zahir sama tapi dalam berblogging, tidak sama sekali.
Ada yang suka dengan penulisan kita dan ada yang tak, itu adalah satu kebiasaan.
Macam Mana Nak Jadi Diri Sendiri
Tulis post seperti kita bercakap dengan kawan. Buat lawak kalau ada yang kita buat silap. Ada pembaca tak tahu sesuatu, kita kongsikan kepada mereka. Ajar mereka apa yang kita dah belajar atau kongsi cara yang kita guna. Buat giveaway untuk memberi sesuatu yang berharga – ini semua boleh menjadi alasan untuk mereka berkenalan dengan kita.
Jadi je diri sendiri, tak perlu terlalu obses untuk menjadi professional. Ada yang tak suka dengan seseorang yang terlalu serius. Loosen them up, jadi penulis yang mudah dirapati.
Kita menulis juga untuk membina satu hubungan. Hubungan terjalin secara tak langsung antara penulis dan pembaca membuatkan si penulis terus bersemangat untuk berkongsi dan si pembaca akan terus kembali untuk hayati kandungan blog.
Hubungan antara penulis-pembaca dapat membawa jauh lebih dalam seperti bercakap melalui sosial media, video talk melalui Skype, berjumpa dalam suatu majlis dan mengacara suatu aktiviti luar dalam satu komuniti masyarakat.
Kawan bertemu kawan – itu yang aku dapat tengok bila hubungan semakin dalam dan erat. Dengan menulis post yang menarik dan unik, itu sudah cukup untuk pembaca datang berulang kali dari semasa ke semasa.
Tidak lupa juga, letak sedikit personaliti diri kita dalam menulis post. Jadi diri sendiri, itu yang terbaik dan itu adalah professional untuk diri kita.
Hmm. Macam mana pula dengan korang semua? Aku pun teringin juga untuk membaca kisah dan pengalaman korang. Jangan malu dan segan, kongsi je. Mungkin ada yang boleh aku dan rakan-rakan yang belajar dari pengalaman korang sendiri.
Aku sangat hargai jika post ini dikongsi kepada rakan-rakan yang lain. Mana tahu ada yang mereka ingin cuba dan dapat ketengahkan blog berbanding yang lain.
Credit gambar: college2startup.tumblr.com, macleanspace.com
206 Comments
Menarik..tips yang berguna..saya pun baru berjinak dengan dunia blog walaupun dah berbulan lamanya..saya pun masih belum faham bagaimana nak letak itu , nak letak ini..tengok blog orang nampak best..dalam proses pembelajaran
Curahan rasa noor @ ..Fakta Tentang Menopaus
“Buat satu blog dan branding tersendiri” terima kasih sudah berbagi tips yang menarik untuk dipraktekkan
Menarik..Saya pun baru nak menjinak2 dgn blog nie.. terima kasih atas perkongsian.
Curahan rasa Niza Yusof @ ..Kolestrol ; Penyebab Utama Sakit Jantung?
apa-apa kerja yang kita buat, paling penting kena jadi diri sendiri..jangan hipokrit kn
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
setuju. kalau kite berpura-pura jadi orang lain, tak ke mana nye kita.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Hari Boikot McDonalds Malaysia
setujuh banget…saya juga baru menggunakan blog..untuk menulisa artikel di blog memang agak sulit untuk membuat artikel yang bagus dan enak di baca untuk penggemar blog
asalkan kita tulis guna hati kita sendiri, pasti blog kita akan disukai ramai
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Hari Boikot McDonalds Malaysia
“Tulis post seperti kita bercakap dengan kawan” tu yang saya masih belajar dan belajar. Saya suka cara ini tapi kekadang kalau saya aplikasikan dalam blog x menjadi. Ayat nampak kaku…. 🙁
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Fotografi: Tips terbaik tangkap gambar hari raya.
yes, untuk blog personal ,suka sangat baca entri seakan-akan bermonolog dgn diri sndr..
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
betul tu. tapi kalau blog informasi, kalau buat macam ni macam tak sesuai jugak kan.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Hari Boikot McDonalds Malaysia
mungkin cara ni macam tak sesuai dengan kau kot aniq. cuba variasikan cara kau tulis then kau tengok mana yang sesuai
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Hari Boikot McDonalds Malaysia
Ikhlas dalam menulis pada saya lebih senang sampai kepada pembaca. Dah banyak bukti salah satunya yang saya nampak blog Ben Ashaari.
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Fotografi: Tips terbaik tangkap gambar hari raya.
yup, blog dia memang santai dan bersahaja..
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
betul tu. blog ben ashaari santai dan sekrarang kebanyakan nya bercerita pasal keluarga die saja.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Hari Boikot McDonalds Malaysia
lebih selesa baca blog yang santai kalau nak release tension dan kadang-kadang tambah ilmu pengetahuan yang lebih meluas.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Hari Boikot McDonalds Malaysia
Bagi saya pula, saya tak kisah sangat kalau rank alexa saya merudum, trafik saya berkurang. tetapi apa yang lebih merisaukan saya hilang pembaca setia walaupun seorang… 🙁
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Fotografi: Tips terbaik tangkap gambar hari raya.
saya dah lama tak check ranking alexa. memang tak kisah pun pasal tu. tapi saya risau jugak hilang kawan-kawan pembaca dan trafik merudum.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Hari Boikot McDonalds Malaysia
Apabila pengunjung datang berkunjung kembali untuk membaca hasil tulisan kita, itu menunjukkan blog tersebut ada kekuatan tersendiri sehingga berjaya memikat pembaca untuk berkunjung lagi.
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Fotografi: Tips terbaik tangkap gambar hari raya.
setuju. saya rasa gembira sangat bila orang yang komen di blog saya hanpir setiap entri mesti ada orang yang sama. itu tandanya dieorang follow perkembangaan kite
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Hari Boikot McDonalds Malaysia
Kalau kita tengok rancangan realiti TV nyanian, Selalu juri akan komen jangan tiru bulat2 style dan gaya satu2 artis tu. Cuba tampilkan imej sendiri dan buat something yang unik dalam persembahan. Sama kes la juga dengan dunia blog bagi pandangan saya. jangan jadi orang lain.
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Fotografi: Tips terbaik tangkap gambar hari raya.
itu yang orang kata jadi diri sendiri kan..
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
jadi diri sendiri tu sangat penting. pembaca boleh detect kalau kite fake.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Hari Boikot McDonalds Malaysia
Branding. Itu yang membezakan kita dengan orang lain.
Terima kasih untuk perkongsian entri ini.
Setiap kita ada kelebihan sendiri, tak perlu meniru orang lain
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Vivix Shaklee Untuk Kesihatan Yang Premium
Saya cuba mengunakan nama Fadzi Razak seagai satu brand. harapnya saya mampu berdiri setanding dengan blogger-blogger terkeal sekarang.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Cadangan Waktu Perjalanan Balik Kampung
Saya pula berdiri atas nama pena Aniq Bukhary walaupun nama sebenar bukan bukan Aniq 🙂
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Fotografi: Tips terbaik tangkap gambar hari raya.
eh nama aniq tu macam dah sesuai je. macam dah jadi nama sendiri pulak hehehhe
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Hari Boikot McDonalds Malaysia
Kalau ada usaha serta kesungguhan yang kuat, In shaa Allah kita pun boleh jadi seperti mereka..
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Fotografi: Tips terbaik tangkap gambar hari raya.
branding..makan masa gak nak ada term nih
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
In the end kita seperti cuba market diri sendiri. Kalau lah kita genius gila dan boleh tulis artikel yang melampaui batas pemikiran orang lain mcm TDM. Hmm.. tak perlu guna tips blogging pun, ramai pelawat datang.
Curahan rasa Ismail N @ ..Pemasaran Affiliate: Teknik Dan Peralatan
TDm selain pemikiran die lain, die memang dah dikenali ramai. Kalau kite ada pemikiran seperti TDm tapi tak berapa di kenali ramai pun mungkin belum mampu untuk dapatkan bilangan pelawat yang begitu banyak. just pendapat saya 🙂
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Kontinjen Malaysia Berarak Memakai Armband Hitam, Uniform MAS dan Bendera Separuh Tiang
TDM tu siapa, otai blog juga ker? Macam mana la saya x tahu..
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Fotografi: Tips terbaik tangkap gambar hari raya.
ya…membaca merupakan perkara utama dan terpenting bagi seorang blogger.
Membaca untuk dapatkan ilmu dan fakta yang tepat supaya kita boleh menulis entri yang betul-betul berkesan dan bermanfaat macam denaihati
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Permohonan Kemasukan Kedua Pascasiswazah UiTM 2014/2015
Comments are closed.