Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sana sini Rakan Blogger bercerita tentang SEO sehingga banyak blog terperangkap dalam dunia SEO. Tujuan utama SEO untuk kebanyakan Rakan Blogger tidak ada yang lain selain mengejar trafik blog. Untuk itu Rakan Blogger akan sentiasa sensitif dengan kata kunci panas semasa yang boleh menjana trafik yang tinggi yang akhirnya boleh menjana pendapatan apabila dapat mengembirakan pengiklan.
Apabila kita bermain dengan kata kunci panas masalahnya trafik blog tidak menentu bila mengena tiba-tiba trafik naik mengunung tetapi turun kembali apabila kata kunci tersebut tidak lagi dicari oleh pembaca. Bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut. Melihat situasi dunia blogging yang kucar kacir makanya sebuah entri bertajuk “Penjana Trafik Berdasarkan Kata Kunci” telah ditulis oleh Blogger Eizil untuk menyedarkan Rakan Blogger bahawa jangan kita hanya bergantung kepada kata kunci panas jika ingin bertahan lama dalam dunia blogging.
Terbaca entri di sebuah Blog Antrabangsa katanya SEO bukan segala-galanya dalam sesebuah blog yang baik. Jangan terlalu risau dengan trafik blog dan pengiklan yang meletakan berbagai syarat. Yang perlu kita fikirkan adalah PEMBACA SETIA yang membaca blog kita. Apa guna kalau trafik tinggi melangit hanya kerana kita meletakkan satu kata kunci panas yang sebenarnya tidak ada kena mengena dengan niche blog. PEMBACA SETIA pasti akan datang tetapi tidak membaca entri tersebut dan akhirnya akan lari daripada blog kita apabila kesilapan yang sama berlaku berulang-ulang.
Mengikut kata Blogger Profesional tersebut apa yang perlu adalah entri yang berkualiti dengan SEO yang bernyawa dengan tajuk yang sesuai, gaya penulisan yang menarik tidak kaku dan ejaan yang betul seperti kehendak Google. Apabila kita mampu menulis dengan baik, mempunyai blog yang berkuasa dan mempunyai PEMBACA SETIA maka kita boleh menetapkan syarat kepada pengiklan bukan pengiklan yang menetapkan syarat untuk kita. Mungkin ini jugalah yang ingin disampaikan oleh Blogger Eizil dalam penulisannya.
Antara Blog yang boleh menjadi contoh dengan penulisan yang baik, berinformasi dan mempunyai SEO bernyawa adalah blog Mak Cik ini. Aku memang kagum dengan cara menulisan yang bersahaja tetapi penuh dengan jiwa, ilmu dan menggunakan SEO yang nampak tak nampak. Blogger ini selalu kata dia tak menulis kerana SEO tetapi bagi yang faham akan tahu bahawa beliau menulis mengikut atur cara SEO.
2013 kian hampir sudah tiba masa untuk blog Denaihati berubah ….
185 Comments
artikel yang bagus 🙂
Curahan rasa citragarment @ ..Perbedaan Seragam Banser dengan Seragam Linmas
Sebuah Blog yang bagus adalah blog yang memiliki content yang berkualitas seperti Denaihati.
Ilmu SEO terlalu luas, saya masih kecil dalam dunia blogging. terima kasih tentang info ini.
Curahan rasa faizal @ ..MALAYSIA INTERNATIONAL TOURISM BLOGGER AWARDS 2013
Kak kujie antara blog yang mesra SEO 🙂
Harus banyak belajar lagi mengenai SEO
Agak bingung juga dengan yang namanya SEO ini
Curahan rasa Dawaihati @ ..Menyikapi Pergantian Tahun
Akan ju jadikan entri ini sebagai azimat dalam dunia bloging.
Curahan rasa noehas @ ..Pusat Rawatan Al Muhtadin
Informasi ini sangat mengkagetkan saya, baru sadar kalau saya itu sudah terjebak dengan kata kunci panas. Kalau sudah begitu harus gemana nih?
Curahan rasa Suwono @ ..Agen Pelangsing Herbalife Purwokerto
femecs dah kak jie tu.. caitt
Curahan rasa muazfaris @ ..Flashmob Free Palestine di Universiti Tanta, Mesir
terima kasih atas sharing info nya
Curahan rasa wanayu @ ..2012 Tahunku Yang Kacak
Menarik ini judulnya.. 🙂 kita semua para blogger juga terperangkap…
Curahan rasa Hybrid car @ ..Customizing your vehicle
Kalau terlebih SEO memang akan jadi seperti spam keyword. Akhirnya hanya robot google je yang faham apa kita tulis.
Curahan rasa luke @ ..Penulisan berkualiti ialah SEO terbaik.
Comments are closed.