Blog Denaihati berwajah baru

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dengan rasa rendah diri blog Denaihati melangkah setapak lagi dengan memperkenalkan wajah baru di hadapan Rakan Blogger yang menghadiri Majlis Sepetang Bersama Blogger. Blog Denaihati berwajah baru adalah hasil kreativiti reka cipta Eizil Network & IT Solution yang membawa kelainan berbanding theme sebelum ini. Theme baru blog Denaihati hanya ada satu di dunia kerana dibina daripada awal tanpa mengubahsuai mana-mana theme yang telah dibina oleh designer lain. Hebatkan hasil kerja anak Malaysia!

Manusia tidak pernah sempurna setiap yang baru pasti ada kelemahannya. Adalah diharapkan kepada semua Rakan Blogger memberi feedback ke support@denaihati.com sekiranya terjumpa sebarang kelemahan atau kesilapan yang terdapat pada theme baru blog Denaihati. Mohon juga cadangan yang boleh meningkatkan prestasi blog Denaihati.

Terima kasih kepada semua Rakan Denaihati yang terus memberi sokongan kepada blog Denaihati sehingga mencapai ketahap sekarang dan pasti perjalanan masih jauh lagi untuk memastikan lebih ramai Rakan Blogger akan berjaya bersama blog Denaihati.

Terima kasih kepada semua peserta batch pertama Seminar Denaihati, semua telah memberi kerjasama dengan baik dan ingat ini baru langkah pertama untuk seribu langkah kejayaan. Blog Denaihati tidak berjaya dalam sekelip mata begitu juga kepada semua peserta Seminar Denaihati.

Terima kasih kepada semua Rakan Blogger dan Penaja yang sudi datang memeriahkan Majlis Sepetang Bersama Blogger. Insyallah dengan kejayaan majlis pertama ini akan memberi motivasi untuk menganjurkan majlis yang sama di masa yang akan datang.

---

  1. Tampilan yang baru dengan wajah baru juga diperlukan agar tampilannya juga tidak membosankan bagi para pengunjung setianya pula
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Diet Penderita Diabetes MelitusMy Profile

  2. Ada kalanya kita sebagai Admin blog perlu melakukan pembaharuan dalam tampilan blog, ini adalah salah satu cara yang bisa dilakukan agar semakin memberikan kenyamanan bagi diri sendiri dan orang lain.
    Entri terbaru Mas Gie – Agenliga Sebagai Agen Bola Online Untuk Euro 2012My Profile

Trackbacks

  1. [...] JebengOtai.com selama ini. Cuma kali ini saya hanya membandingkan Denaihati.com yang telah ‘berwajah baru‘ sebagai benchmark saya kali ini.Jebeng Otai™Ada sedikit peningkatan kat Yslow.. [...]

  2. [...] Majlis yang berlangsung cukup santai ini juga turut memperlihatkan video montaj wajah baru Blog Denaihati. Bestnya, theme baru ini tidak boleh didapati dimana-mana dan adalah hasil rekaan saudara Eizil [...]

  3. [...] Majlis Sepetang Bersama Blogger semalam, pemilik Denaihati.com telah melancarkan theme wajah baru blog Denaihati yang 100% dibina sendiri oleh saudara Eizil.com khas untuk blog Denaihati. Bro Eizil boleh tak [...]