Bertudung untuk fesyen atau ikut syariat

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, atas kejadian yang terbaru maka aku publish semula entri lama ini untuk peringatan kepada diri aku yang lemah ini. Kejadian sekeliling merunsingkan hati aku sebagai seorang ayah. Bukan mudah nak jaga anak perempuan dalam dunia serba teknologi sekarang ni yang terdedah dengan gelagat kehidupan yang sangat mencabar.

Gadis Bertudung

2 bulan yang lepas ketika aku sedang menunggu pesanan makanan masuk seorang wanita bertudung bawal memakai T-Shirt pink nipis berlengan pendek paras ketiak. 3 hari lepas ketika aku mengisi minyak kereta keluar seorang wanita bertudung dengan baju blouse paras lutut nampak jelas betis putih melepak.

Pemandangan wanita bertudung dengan seluar ketat, baju ketat, baju nipis dan singkat sudah menjadi halua mata setiap hari apabila kita bersiar di Pasaraya atau di Pusat Pengajian Tinggi. Tak kurang juga pakaian wanita yang bertudung lebih seksi daripada wanita tidak bertudung. Tidak kurang juga wanita bertudung lebih teruk perangainya daripada wanita tidak bertudung.

Melihat cara wanita sekarang bertudung menjadikan aku bingung memikirkan apakah tujuan mereka bertudung. Perkara negatif yang ditujukkan oleh wanita bertudung menjadi satu alasan kepada sebahagian wanita tidak bertudung untuk tidak bertudung. Ini bukanlah alasan yang baik untuk tidak bertudung tetapi itulah hakikat yang berlaku.

Firman Allah Surah An-Nur ayat 31 : “Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa dilihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putra-putra mereka atau putra-putra suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara perempuan mereka atau para perempuan (sesama Islam) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung“.

Prinsip hanya ingin pakai tudung setelah mendapat hidayah adalah prinsip yang salah kerana menutup rambut adalah hukum ALLAH seperti yang telah tercatat di ayat di atas. …. Kenapa orang tak cakap aku tak sembahyang sebab belum dapat hidayah.

---

  1. Bertudung adalah salah satu jalan untuk menjalankan syariat agama ini
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Tanda Ciri Wanita HamilMy Profile

  2. zaman berfesyen dalam pemakaian tudung…

    semakin jelas…
    Entri terbaru Melastik Bintang – Ada Apa Dengan WanitaMy Profile

  3. Saya suka dengan entri Tuan ini.. Isu bertudung..

    Semakin lama semakin rancak kita dapat lihat fesyen memakai tudung.. matlamat memakai tudung itu sudah bagus, tetapi tersalah cara.. Ada yang bertudung menampakkan leher.. Bertudung apakah itu? ada yang bertudung sambil memakai baju ketat menampakkan tubuh.. Salah gaya pemakaiannya…

    Alhamdulillah kepada mereka yang bertudung mengikut syariat islam dan tidak berlebih-lebihan.. kepada mereka yang bertudung tetapi ‘salah etika pemakaian’ harap dapat membetulkan semula..

  4. Tidak salah bertudung untuk berfesyen tapi biar tahu batas-batasnya dan perlu ingat !

    Allah perintahkan menutup aurat ! Bukan perintah bertudung.

  5. sangat bijak untuk berkerudung

  6. Terciptanya lelaki itu untuk membimbing wanita-wanita. Lelaki itu khalifah, Lelaki itu ketua keluarga.

    Realitinya, nampak macam banyak wanita yang rosak. (Wanita kan lebih ramai berbanding lelaki)…

    Hakikatnya lebih banyak kini lelaki yang rosak lagi merosakkan.

    Lebih banyak generasi wanita rosak, maka lebih jelas & lebih banyak lelaki yang sudah rosak, tetapi masih tak mengaku rosak.

    Rosak – ‘Dah tak tau apa fungsi “khalifah” itu… – Samada untuk diri sendiri atau orang di sekelilingnya..’

    Benarlah di akhir zaman, Perempuan akan menyerupai lelaki, Lelaki akan menyerupai perempuan…

    Perempuan kini lebih banyak mendidik lelaki, berbanding lelaki mendidik perempuan…

    – Muhasabah untuk diriku sendiri sebagai lelaki & bakal suami, bakal ayah..

    Ikhlas,

    Amin Johar (AJ)
    Entri terbaru aminjohar – Berperang dengan 404 Error, Demi SEOMy Profile

  7. dunia akhir zaman …kecelaruan berleluasa
    Entri terbaru Bro Yusri – Indiana Jones di MalaysiaMy Profile

  8. tgk skang ramai yg memakai tdg lebih kpd fesyen sbb tue terkeluar rambut sana sini..ada yg nmpk leher n telinga..xikut syariat yg sbnrnya..
    Entri terbaru cik tom – 3 Blog Pilihan TerbaikMy Profile

  9. perempuan zaman sekarang…..
    Entri terbaru hairulafiz – Lego pertamaku….My Profile

  10. emm jarang sangat yang pakai tudung sebab nak tutup aurat…yang lebihnya bnyk bergaya jer la..ni pengalaman daripada penglihatan..huhu
    Entri terbaru Hafizul – Wordless Wednesday #32 – Bila Si Dia Mula Menunjukkan PerangaiMy Profile

  11. sama samalah kita untuk saling memperingati dalam suruhan Allah SWT
    Entri terbaru Myra Jay – Pembelian barangan dari luar negara, apakah peraturan dan undang undangnya?My Profile

  12. Mr Jay: kena bezakan antara bertudung dan menutup aurat. islam menyuruh umatnya menutup aurat. sbab tu ramai yg bertudung tp blum tentu menutup auratnya
    Entri terbaru Myra Jay – Pembelian barangan dari luar negara, apakah peraturan dan undang undangnya?My Profile

  13. nampak seperti menjadi trend wanita sekarang..fesyen bertudung pun sudah bermacam-macam…niat memakai tudung sudah lari iaitu menunjuk-nunjuk fesyen yang dipakai…

  14. Ketika jilbab dan pakaian wanita dikenakan agar aurat dan perhiasan mereka tidak nampak, maka tidak tepat ketika menjadikan pakaian atau jilbab itu sebagai perhiasan karena tujuan awal untuk menutupi perhiasan menjadi hilang.
    Entri terbaru Bang Iwan – 5 CM : 5 Sahabat 2 Cinta, Sebuah Mimpi Mengubah SegalanyaMy Profile

Trackbacks

  1. [...] yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain. Dalam Al-Quran banyak firman Allah SWT yang menentapkan perempuan [...]

  2. [...] gambar suspek panas di Twitter5 Blog Berbahasa Melayu yang TopSuami Curang ketika Isteri MengandungBertudung untuk fesyen atau ikut syariatTop 100 blog Malaysia yang aku kenalSiapa Jutawan Online [...]

  3. [...] 2008, 17:06. admin has written 177 posts on this blog. Information. Posted in Fesyen, Glam. This …Bertudung untuk fesyen atau ikut syariat | Denaihati2 bulan yang lepas ketika aku sedang menunggu pesanan makanan masuk seorang wanita bertudung bawal [...]

  4. [...] This post was mentioned on Twitter by DenaiHati and DenaiHati, DenaiHati. DenaiHati said: Bertudung untuk fesyen atau ikut syariat http://gengblogger.com/read/14058 [...]

  5. negaraku.net says:

    Bertudung untuk fesyen atau ikut syariat | Denaihati…

    2 bulan yang lepas ketika aku sedang menunggu pesanan makanan masuk seorang wanita bertudung bawal memakai T-Shirt pink nipis berlengan pendek paras ketiak. 3 hari lepas ketika aku mengisi minyak kereta keluar seorang wanita bertudung dengan baju blous…

Artikel pilihan...close