Berlibur di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ramai yang dah tahu Cameron Highlands merupakan salah satu lokasi tumpuan yang menarik dan sesuai untuk berlibur atau pergi bercuti. Hujung minggu hari Sabtu yang lalu Team Denaihati telah berpeluang pergi bercuti di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands. Memang sangat cantik dan menarik tempatnya.

Kami bertolak lebih kurang pukul 10.00 pagi dari Bandar Baru Bangi ke Shah Alam terlebih dahulu untuk ambil seorang lagi kawan. Lepas dah ambil kawan di Shah Alam kami teruskan perjalanan menuju ke Cameron Highlands. Perjalanan ke Cameron Highlands kami fikir mengambil masa lebih kurang 3 hingga 4 jam. Alhamdulillah tiada sebarang perkara yang tak diingini berlaku sepanjang perjalanan kami menuju ke Cameron Highlands melalui Tapah Road. Tepat pukul 2.00 petang kami tiba di Strawberry Park Resort dengan selamat dan terus check-in.

Strawberry Park Resort, Cameron Highlands

Front Desk Strawberry Park Resort, Cameron Highlands

Front Desk Strawberry Park Resort, Cameron Highlands

Lepas dah register kami bergegas ke bilik untuk simpan beg pakaian dan berehat seketika untuk hilangkan penat. Dalam banyak-banyak bilik yang ada di Strawberry Park Resort, jenis bilik “Fresno Suite” jadi pilihan kami sepanjang bercuti selama 3 hari 2 malam di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands. Besar dan luas juga bilik dia. Lengkap dengan sofa, TV flat screen, peti ais dan lain-lain. Tilam, bantal dan selimut pun sangat selesa untuk tidur atau baring dalam keadaan suhu yang sejuk. Tengok harga bilik rasanya memang berbaloi.

Fresno Suite Strawberry Park Resort

Fresno Suite di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands

Selepas waktu Asar kami turun ke tempat dipanggil “The Garden Terrace” yang terletak berhadapan dengan bangunan lobby Strawberry Park Resort. Kami ke situ untuk sesi minum petang. Manager Strawberry Park Resort iaitu Mr. Ming pun turut sama menikmati juadah minum petang di situ. Hidangan minum petang yang disediakan sungguh sedap dan lazat. Pekerja Strawberry Park Resort pun melayan kami dengan senyuman yang mesra.

Minum petang di The Garden Terrace, Strawberry Park Resort

Minum petang di The Garden Terrace, Strawberry Park Resort

Sambil menjamu selera, kami berkenalan dan berbual-bual kosong dengan Mr. Ming yang baik dan peramah. Mr. Ming ada menerangkan kepada kami tentang apa istimewanya Strawberry Park Resort dan segala aktiviti menarik yang boleh dilakukan sepanjang kami bercuti di situ.

Hidangan minum petang di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands

Hidangan minum petang di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands

Tapi memandangkan keadaan cuaca pada petang tu tak mengizinkan sebab hujan turun, kami hanya boleh buat aktiviti sendiri jalan-jalan di sekitar kawasan Strawberry Park Resort. Sambil-sambil berjalan tu sempat ambil beberapa gambar yang nampak menarik sebelum balik ke bilik untuk sambung berehat dan menanti hidangan istimewa BBQ pada waktu makan malam.

Landskap Strawberry Park Resort

Lebih kurang pukul 8 malam, kami ke tempat makan yang dipanggil “Jim Thompson Terrace” untuk menikmati makan malam. Nama “Jim Thompson” diambil sempena nama seorang ahli perniagaan warga Amerika Syarikat yang telah membantu menggiatkan semula perniagaan tekstil dan sutera di Thailand.

Konsep hidangan buffet menanti kami pada malam tu. Ada pelbagai jenis makanan disediakan. “Jim Thompson Terrace” pada malam tu dipenuhi dengan para pengunjung Strawberry Park Resort. Masing-masing makan dengan penuh berselera. Kami pun turut sama makan sepuas hati sebab semua makanan yang disediakan memang sedap.

Makan malam di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands

Makan malam di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands

Dah selesai menjamu selera, kami keluar jalan-jalan sambil menikmati angin malam tapi tak mampu duduk luar lama-lama sebab suhu terlalu sejuk. Kami terus balik ke bilik dan menutup tirai hari pertama percutian kami di Strawberry Park Resort dengan tidur dalam keadaan selesa bersama bantal yang empuk dan selimut yang tebal.

Rasa macam nak pergi bercuti lagi di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands. Mencari-cari masa yang sesuai untuk ke sana. Sesiapa yang nak bercuti di Strawberry Park Resort bolehlah layari Fan Pages Strawberry Park Resort untuk dapatkan info selanjutnya dengan pantas dan berita-berita promosi hebat yang sedang berlangsung.

---

  1. Lagi teruja nak ke sana..
    Bestnyerrr ;)
    Entri terbaru Myra Jay – Hadiah buat Pengomen TegarMy Profile

  2. Syoknya tempat ni.. Bertuah badan yang menang pakej ni masa majlis sepetang bersama blogger ari tu..
    Entri terbaru Myra Jay – WW: Firas Vs IlhanMy Profile

  3. Tempat yang sangat indah… selain desainnya yang mantap, juga makanan yang tersedia enak-enak.
    Entri terbaru Bang Iwan – Sanubari Jakarta | Omnibus Dengan Tema LGBTMy Profile

Trackbacks

  1. […] 3 hari 2 malam Team Denaihati bercuti di Strawberry Park Resort, bermacam-macam jenis juadah dan makanan telah disediakan untuk santapan […]

  2. […] haha. Dalam banyak-banyak tu kami paling gemar yang bentuk strawberry tu. Perghh rasa macam nak pi Strawberry Park Resort dekat Cameron Highland tu je makan strawberry banyak-banyak. innity_pub = […]

  3. […] Assalamualaikum dan salam 1Dunia, masih terbayang lagi betapa seronoknya berlibur di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands. Banyak juga aktiviti yang boleh kita buat bila pergi bercuti di Cameron […]

Artikel pilihan...close