Arsenal tewaskan Liverpool

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Arsenal tewas dua kali berturut-turut di Stadium Emirates kepada Borussia Dortmund 1 – 2 untuk pusingan pertama kumpulan F Champions League 2013/14 dan tewas kepada Chelsea 0 – 2 untuk Carling League Cup. Aku menyaksikan kedua-dua perlawanan ini dan tidak merasa kecewa dengan prestasi sangat baik yang ditunjukkan oleh pemain-pemain Arsenal. Arsenal tewas kerana kesilapan kecil yang pandai diambil peluang oleh pihak lawan. Lebih bangga apabila melihat pemain muda Arsenal bermain dengan baik tanpa rasa takut menentang bintang-bintang Chalsea.

Gambar Morinho dan Ozil

Aku memang bersetuju dengan Arsene Wenger untuk musim 2013/14 Arsenal tak boleh nak target menang semua piala. Paling utama mesti menang BPL 2013/14 dan layak sejauh yang boleh untuk Champions League 2013/14 kerana kedua-dua ini paling berprestaj dan paling besar hadiahnya. Carling league cup dan FA cup boleh dijadikan medan latihan sebenar kepada pemain pelapis Arsenal.

Video jaringan Ramsey dengan bantuan Mesut Ozil ketika menewaskan Liverpool

Nov 3, 2013 | Gol cantik #AaronRamsey ketika #Arsenal menewaskan #Liverpool 2 – 0 by denaihati on Keek.com

Perlawanan Arsenal vs Liverpool memang dinanti ramai terutama penyokong kedua-dua pasukan termasuklah blogger Wan Gerrard. Pemainan Arsenal memang super kelas dengan hantaran tiki taka yang menjadi antara Ramsey, Ozil, Cazorla, Arteta dan Giroud sehingga menghasilkan dua gol cantik oleh Cazorla dan Ramsey. Liverpool memang kurang bernasib baik kerana pemainan kurang menjadi. Arsenal melebarkan jarak mendahului BPL 2013/14 setelah Chelsea tewas kepada Newcastle dan Tottenham seri dengan Everton. November dan Disember pasti lebih mencabar untuk semua pasukan.

Champions League Kumpulan F 2013/14

Perlawanan ke empat Arsenal dalam kumpulan F menentang Borussia Dortmund sangat penting kerana keputusan ini pasti menentukan siapa yang akan layak kepusingan seterusnya. Aku yakin Arsenal mampu menenwaskan Borussia Dortmund walaupun bermain di tempat lawan. Rekod Arsenal bermain di tempat lawan sangat baik menang 13 dann seri 1 dari 14 perlawanan. Musim lepas Arsenal berjaya menewaskan Bayern Munich di tempat lawan dengan jaringan 3 – 0. Pemainan pertahanan Arsenal mesti cekap mengawal ayam tambatan Borussia Dortmund, Robert Lewandowski jangan diulangi kesilapan perlawanan lepas.

Keputusan Borussia Dortmund vs Arsenal : 0 – 1 (Aaron Ramsey)

Live Borussia Dortmund vs Arsenal @ Twitter


 

Keputusan Champions League 2013/14

[box type=”shadow”]

Real Sociedad vs Manchester United : 0 – 0

Shakhtar vs Leverkusen : 0 – 0

Kobenhavn vs Galatasary : 1 – 0

Juventus vs Real Madrid : 2 – 2

Olympiakos vs Benfica : 1 – 0

PSG vs Anderlecht : 1 – 1

Manchester City vs CSKA Moscow : 5 – 2

Plzen vs Bayern Munich : 0 – 1

Basel vs Bucuresti : 1 – 1

Napoli vs Marseille : 3 – 2

Zenit vs Porto : 1 – 1

Atletico Madrid vs Austria Wien : 4 – 0

Ajax vs Celtic : 1 = 0

Barcelona vs AC Milan : 3 – 1

[/box]

Next game Arsenal lebih mencabar akan menentang Manchester United di Old Trafford pada 11/11/13 jam 12.10 am.

38 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!