Arsenal Tahniah

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Arsenal kehilangan ramai superstar menyebabkan hilang keyakinan diawal musim EPL 2011/12 sehingga tewas teruk teruk kepada Manchester United 2 – 8. Satu dunia kata Arsenal sudah tamat sehingga pemain-pemain Arsenal terganggu emosi dan terpengaruh dengan sogokan pemikiran tersebut.

Arsenal 2011/12

Tahniah kepada Pengurus Arsene Wenger dan Van Persie kapten yang tenang dan dapat menyakinkan pasukan serta penyokong untuk kembali dan meraih kejayaan yang lebih gemilang menduduki tangga ke tiga untuk EPL 2011/12 berbanding tangga ke empat musim sebelumnya. Prestasi Arsenal musim 2011/12 sangat mendebarkan sehingga keperlawanan terakhir boleh menewaskan pasukan kuat dan boleh tewas pada pasukan lemah. Arsenal tahniah kerana berjaya menjadi lebih baik dari musim lepas.

Arsenal bukan sahaja favorite team tetapi menjadi niche untuk blog Denaihati mengejar SEO dan usaha ini tidak sia-sia kerana usaha yang dibuat secara berterusan semakin menghasilkan keputusan yang baik. Bagi yang tidak tahu aku bukan segaja menulis cerita Arsenal hanya untuk berkongsi keputusan tetapi lebih daripada itu adalah untuk mencuba strategi SEO.

Tahniah kepada Manchester City buat pertama kali dalam tempoh 50 tahun berjaya menjuari English Premier League 2011/12 setelah mengeluarkan belanja lebih 140 juta pound. Tahniah juga kepada Tony Fernandes kerana QPR masih kekal dalam EPL 2012/13 yang pasti Joey Barton mesti dikeluarkan daripada QPR musim depan.

EPL 2011/12 memang mendebarkan.

Keputusan Penuh EPL 2011/12

Arsenal tahniah dan terima kasih kerana telah mengajar aku erti sebuah kehidupan dan bagaimana untuk berjaya dalam perniagaan.


Spread the love

180 Comments

  1. Transfer saga Robin Van Persie akan berakhir. Setelah terjadi tarik menarik antara Arsenal dengan tiga klub yang tertarik memboyong sang pemain, akhirnya diketahui, akan bermain di tim mana, Van Persie musim depan.
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hari Kemerdekaan IndonesiaMy Profile

  2. Good….
    QPR memang boleh, walaupun
    Tony rakyat Malaysia, tak pernah dengar di cakap BM masa dlm berita. Bisnes, bisnes gak – sekali sekala cakap la BM waktu ditemubual.
    Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..SELAMAT HARI IBUMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!