Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog

Alexa Ranking tak penting

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, alexa ranking tak penting kepada sebahagian blogger. Ramai blogger yang kata alexa ranking bukan satu-satunya indikator untuk menentukan kehebatan sesebuah blog. Banyak lagi indikator lain untuk menentukan kehebatan sesebuah blog seperti pagerank, jumlah trafik, jumlah backlinks, jumlah komen, jumlah pendapatan dan banyak lagi. Aku setuju alexa ranking bukan satu-satunya indikator. Keseimbangan kesemua indikator adalah penting untuk menentukan kehebatan sesebuah blog. Kesabaran sangat penting kerana kejayaan sesebuah blog tidak datang sekelip mata.

Beberapa bulan ini blog Denaihati memang fokus kepada alexa ranking. Aku memang follow tips dalam entri “Cara tingkatkan Alexa Ranking‘ dan hasilnya sangat positif mungkin Rakan Blogger boleh cuba terutama tips no 1 install Alexa toolbar. Kalau nak cuba install Alexa toolbar boleh klik banner di bawah ni.

Get our toolbar!

Terima kasih kepada 22 Rakan Blogger yang sudi review blog Denaihati di alexa blog review. Blog review adalah tips no 4 yang boleh membantu meningkatkan alexa ranking. Kepada yang sudi nak review blog Denaihati sila klik banner blog review di bawah ni. Manalah tahu dengan review Rakan Blogger boleh bantu menjadikan blog no 1 Malaysia mengalahkan blog Beautifulnara (Jangan marah ya abang Nara).

Review http://denaihati.com on alexa.com

Peningkatan alexa ranking blog Denaihati terutama alexa ranking Malaysia memberi kesan yang sangat positif. Terima kasih kepada banyak blog yang telah memberi promosi percuma kepada blog Denaihati dengan menyenaraikan dalam Malaysia top 10 alexa ranking. Hasilnya semakin banyak blogger yang ingin membeli ruang iklan di blog Denaihati dan ini bermakna pendapatan blog Denaihati semakin meningkat. Fenomena ini tidak berlaku ketika blog Denaihati dinobatkan blog berstatus PR4.

Rupanya alexa ranking sangat memberi pengaruh untuk menghasilkan pendapatan kepada blog Denaihati kerana banyak pengiklan yang pandang alexa ranking.

Nota : Jangan lupa daftar sebagai ahli alexa banyak juga faedahnya.

---

  1. Jika blog kita memiliki jumlah pengunjung 100 per hari, tapi blog anda memiliki jumlah pengunjung 200, maka alexa akan memberikan nilai yang tinggi (angka rendah) pada blog anda
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Penyebab Anak Susah MakanMy Profile

Trackbacks

  1. […] / NicheKategoriPembaca sasaranMinat andaFokus anda – hasilkan duit, super blogger, Pagerank, Alexa Rank dan lain-lainAnda ingin berkongsi maklumatItu merupakan antara pendorong utama mengapa seseorang […]

Artikel pilihan...close