Assalamulaikum dan Salam Aidiladha,
alhamdulillah harini sudah masuk hari ke-3 kita menyambut hari raya AidilAdha. Masih berbaki 1 hari lagi untuk kita boleh menyelesaikan sembelihan ternakan untuk tujuan menunaikan ibadat korban. Saban tahun, ianya ditunggu-tunggu untuk bersama-sama dengan mereka yang susah untuk menikmati ternakan yang telah disembelih.
Satu perkara yang kita boleh lakukan adalah untuk mengumpulkan idea-idea dan cerita daripada orang-orang kampung yang bersama-sama dalam aktiviti sepanjang musim perayaan ini. Pelbagai cerita akan dikongsikan dan semua ini adalah sebagai pencetus untuk kita bawa pulang ke kota dan jadikan ianya sebagai bahan yang boleh kita sebarkan.
Kehidupan di kampung dengan suasana yang berbeza
Sudah menjadi kelaziman, gaya hidup di kampung walaupun telah berkembang maju dengan teknologi, tetap berbeza dengan hiruk pikuk kehidupan di belantara konkrit. Bagaimana mereka menguruskan jemputan, menguruskan kerja-kerja bergotong-royong dan banyak lagi.
Banyak sebenarnya perkara dan nilai murni yang kita boleh jadikan contoh dan teladan. Bagaimana masih ramai yang tidak terlalu fokus hanya kepada gajet dan teknologi. Bersembang seperti yang sepatutnya, bertukar cerita agar teladan dapat disampaikan dan yang paling penting, perhubungan silaturahim juga dapat diperkemaskan.
Penjanaan idea yang tiada had
Ramai sebenarnya orang-orang tua yang gemar berkongsi cerita dan pengalaman mereka sepanjang umur hidup di dunia ini. Andai kita berpeluang untuk duduk dengan mereka, kurangkan bercerita banyakkan bertanya. Tanya agar mereka yang bercerita, tanya agar memberikan idea apa yang perlu mereka ceritakan. Tanya agar mereka rasa kita memang benar-benar ingin belajar daripada mereka.
Walaupun mungkin ada perkara yang telah kita ketahui, namun benarkan mereka menyampaikan perkara tersebut. Pelajari sudut pandang mereka yang berbeza. Sudut pandang yang berpengalaman dan mempunyai makna serta nilai yang tinggi andai kita selami.
Semua ini akan memberikan pulangan berlipat kali ganda. Tanya masalah-masalah mereka, insyaALLAH daripada situ, kita akan dapat memperkemaskan perjalanan aktiviti kita sama ada sedang bekerja mahupun menjalankan perniagaan. Andai anda pulang ke kampung, tetapi masih di bandar, perkara yang sama tetap boleh diaplikasikan.
Tanya orang-orang tua pendapat mereka. Bina satu perbualan yang sihat dengan soal jawab yang berlaku. Benarkan mereka bercerita, sama ada secara langsung mahupun melalui perbuatan dan aktiviti yang dilakukan bersama.
Usah kecilkan sudut pandang kita hanya ingin menilai berdasarkan ilmu dan pengalaman kita, benarkan ianya diterokai dengan perkara baru, minda kita akan lebih terbuka untuk menilai sesuatu situasi dan akhirnya idea-idea bernas akan terhasil untuk di bawa bekalan pulang ke lokasi asal di mana kita tinggal.
102 Comments
terima kasih untuk info nya artikel nya sangat menarik i like
Curahan rasa grosir gamis murah bekasi @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
Gambar-gambarnya bagus juga ketika dicetak dengan canon mx922 driver
Curahan rasa Cindy @ ..Canon MX477 Drivers
Terasa rindu nak pulang ke kampung.. Tenangkan diri dari hiruk pikuk di bandar..
Curahan rasa Nurul Nadiah @ ..5 Punca Utama Sakit Pinggang
Seronoknya kalau dapat peluang bercuti lama-lama kat kampung tu. Macam-macam aktiviti boleh buat. Da lama tak bersembang dengan makcik-makcik kat kampung. Kalau tak, dulu tu jela aktiviti setiap hari… resepi pun banyak minta kat jiran-jiran kampung je dulu…komputer & internet belum ada lagi masa tu…
Curahan rasa Qiya Saad @ ..Hada Labo Skincare Review
Tanah di kampung masih rendah nak banding dengan tanah di bandar.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Beli 2 Buah Rumah Sekaligus
damainya bila tengok gambar rumah kampung macam tu. menghijau je rumput tu.
Curahan rasa asmahrahman @ ..SALAM MAAL HIJRAH 1439
Interesting and informative article. This blog is useful for everyone. Keep on sharing like this. – sameday shirdi flight package from bangalore, bangalore to shirdi sameday flight package
http://myshirditrip.com/bangalore-to-shirdi-sameday-flight-package.html
Gotong royong, kenduri kendara, menyatukan pelbagai lapisan penduduk, yang muda dan yang tua. Yang tua mengajar yang muda melaksana
tanya orang tuan tentang kehidupan zaman Jepun, pasti kita terpinga2.. dan ramai yang tek percaya
Curahan rasa abg mus @ ..Apa Itu Bitclub Mining Pool?
masuk artikel in icuma nak pandang gambar palingatas begitu damai dan tenang jadi nak bikin rumah seperti itu
Curahan rasa jalan jalan @ ..Resep Burger Ayam Keju
Comments are closed.