Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “hidup ikut kemampuan jangan terlebih gaya“. Kali ini Abang nak berkongi kisah Akhlak orang muslim di jalanraya.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Jalan di Bukit Jalil sangat sesak semasa perjalanan pergi meeting baru-baru ini. Dalam kesesakan tu datang tiga buah kereta polis dengan siren, pasti ada kecemasan jadi semua pemandu mestilah ketepi untuk beri laluan.
Abang gerakkan kereta ketepi tapi apabila tengok cermin sisi macam tak lepas untuk kereta polis itu lalu. Kereta Myvi putih depan tak nak bergerak pulak. Bunyi siren kereta polis tersebut semangkin kuat. Abang paksa juga gerak ke depan untuk bagi laluan kereta polis tersebut. Rupanya Abang sudah tersondol kereta Myvi di depan.
Lelaki muda Cina keluar dengan marah minta ganti. Abang tak nampak bagaimana keadaan kereta tersebut cuma bagi tahu terpaksa ke depan sebab nak bagi laluan kereta polis. Ayah pemuda cina itu keluar minta anak dia gerakkan kereta ke depan sebab takut bertambah sesak. Dia tengok bumper kereta Myvi sambil senyum dan tunjuk tangan ok. Abang angkat tangan ucap terima kasih. Anak dia keluar lagi marah-marah minta ganti. Ayah dia minta anak dia masuk sambil tunjuk tanda ok pada Abang. Mereka pun berlalu dan Abang nampak carik hitam cat kereta Abang meletak pada bumper Myvi tetapi tidak kemek.
Alhamdulillah bagus sungguh akhlak pak cik cina tersebut tetapi berapa ramai yang begitu. Ramai yang jadi samseng jalan raya berubah menjadi semakin ganas apabila memegang stereng kereta. Kemalangan jalanraya kecil tapi bergaduh macam kereta sudah hancur. Peraturan jalanraya dengan gembira dilanggar tanpa rasa bersalah walaupun boleh membunuh orang lain.
Kita orang Islam kena tunjuk akhlak baik supaya orang bukan Islam hormat kepada kita. Sedih sungguh apabila melihat video rusuhan kecil selepas solat Jumaat di Surau Austin Perdana Johor Bahru. Abang tidak menyokong Cina yang membunyikan hon dengan kuat ketika solat Jumaat tetapi yang boleh kita muhasabah adalah sebab rusuhan tersebut tercetus.
Dengan akhlak mulia Rasulullah SAW, Islam sekarang tersebar kepada lebih 2 billion manusia. Kita mesti contohi akhlak Baginda SAW barulah hidup kita berjaya dunia hingga akhirat.
Abang Denaihati (jangan lupa follower FB Abang untuk banyak lagi kisah motivasi)
Founder Denaihati
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
52 Comments
Sebenarnya ramai kawan-kawan saya yang berbangsa Cina lebih berakhlak mulia daripada kawan-kawan sebangsa dan seagama. Bukan nak mengata bangsa sendiri tapi tu la hakikatnya dan entah di mana silapnya pun saya tak tau. Mungkin sebab didikan sejak kecil kot. Tapi sejujurnya memang rasa sedih dan terkilan dengan mereka yang kurang sopan ni…
Curahan rasa Qiya Saad @ ..Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017
Akhlak manusia banyak dipengaruhi oleh taraf sosial dan tahap ekonomi..
jika semua itu sudah ok..
akhlak juga bertambah baik..
itu pendapat saya sahaja.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Rahsia Teknik Forex Sebenar Terbongkar
sabar ya..insya allah dibalas dengan kebaikan, kadang dijalan raya dengan cuaca panas emosi tidak bisa ditahan
Curahan rasa ade sunandar @ ..Obat herbal ampuh diabetes Bitter Melon Capsule
faktor juga penyebab utama…
jika ada apa-apa berlalu dengan kereta susah nak repair baik…
bayangkan kalau banyak kereta dan banyak duit..
hati stress bisa menjadi tenang dan bahagia..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Rahsia Teknik Forex Sebenar Terbongkar
Bab disiplin orang Malaysia memang sangat rendah. Di jalan raya memang ramai jadi gangster tak kira kaum. Itu sebab saya suka guna lrt je. Kurang kurang hati tak sakit jiwa tak stress.Mungkin itulah juga sebabnya di sebabkan tak penyabar macam macam sakit kita dapat.
Curahan rasa rahimah majid @ ..Tips Elakkan Gatal-Gatal Dan Kulit Kering Semasa Bercuti
saya kurang suka memandu namun terpaksa dilakukan…
sambil itu saya perhatikan ada suka memandu dengan laju dan sesuka melanggar isyarat lampu merah..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Pelajari Teknik Forex Sebenar Yang Mudah
Akhlak yang baik itu lebih mahal dan berat timbangan di hari akhirat
Kalau berilmu tak berkhlak baik pun tak kena kan
Curahan rasa Mama Hakim @ ..5 Cara Mencegah Penyakit Kencing Manis Tanpa Lapar
Akhlak adalah agama..sesiapa yang hebat akhlaknya disukai ramai orang termasuk makhluk bukan manusia…
paling bagus tunjukkan akhak dijalan raya..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Pelajari Teknik Forex Sebenar Yang Mudah
Memang selalu macam ni kan. Datang lewat ke masjid lepas tu boleh pula parking ikut suka
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..12 Rahsia Krim Malam Untuk Kulit Cantik & Awet Muda!
sikap suka melewat lewatkan ke masjid untuk solat jumaat adalah punca utama untuk parking sebarang sahaja ..
sama juga juga ketika berada di jalan raya..
dah terlewat maka mula nak memecut suka hati
Curahan rasa mrhanafi @ ..Pelajari Teknik Forex Sebenar Yang Mudah
Saya tak ingat siapa yang ungkap begini:
“Kalau nak tengok Islam anda kena cari di Eropah, Kalau nak tengok Muslim anda boleh ke negara arab”
Ini merujuk kepada akhlaq yang dituntut Islam kini diamalkan oleh eropah terutama negara Scandinavia. Islam tuntut kebersihan, amanah, tak rasuah, jujur..Semua ini diamalkan mereka. Malu!!!
Curahan rasa Haidar @ ..Pinjaman Peribadi Koperasi Untuk Kakitangan Kerajaan di Perlis
Islam dan muslim ada dua istilah yang berbeza namun ada kaitan antara satu sama lain…
Macam Melayu dan Islam sudah disinonimkan ..
masuk Melayu diibaratkan masuk Islam..
sama juga dengan akhlak..
akhlak biasa dirujuk pada individu supaya lebih adil kepada masyarakat keseluruhannya ..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Dua Cara Jadi Kaya Menurut Dato Seri Vida
Tertengok kejadian ni masa keluar berita di tv aritue. Apa yang berlaku disekeliling kite jadikan panduan dan pengajaran supaya anak2 kite tidak bersikap sedemikian rupa. Cara terbaik didikan awal bermula dari rumah. Mudah2an bila da dewasa nanti dapat fikir mana yang baik mana yang buruk dan pandai bawa diri bila berada di tempat orang atau tempat sendiri. In Shaa Allah
Curahan rasa Nur Razali @ ..Osteopenia Tanda Awal Masalah Tulang Rapuh Osteoporosis
kalau dari rumah..orang yang bertanggungjawab mestilah ibubapa..
akhlak ibubapa adalah cerminan juga kepada anak-anak
Curahan rasa mrhanafi @ ..Dua Cara Jadi Kaya Menurut Dato Seri Vida
memang pelik juga, dan bila ke luar negara, automatik jadi bersopan dan sabar. kat negara sendiri kemain ke laut.
Curahan rasa raihanah @ ..Kebaikan Kolagen Untuk Kesihatan Tulang Elak Osteoporosis
Setuju dengan Raihanah. Cubalah apply apa yang kita nampak baik masa di sana kan? Tak rugi pun.
Curahan rasa rahimah majid @ ..Tips Elakkan Gatal-Gatal Dan Kulit Kering Semasa Bercuti
sekurang-kurangnya menjadi baik diluar negara adalah duta Malaysia bahawa akhlak rakyat di negara yang terbaik
Curahan rasa mrhanafi @ ..Dua Cara Jadi Kaya Menurut Dato Seri Vida
Ya.
Pendek kata, kena banyak bersabar walaupun bukan salah kita.
Kena lebih berhati-hati pada masa akan datang.
Curahan rasa titan @ ..Mahu MIMPI ke Syurga?
selalu dan kerap berdoa adalah cara untuk mengelakkan bahaya di jalanraya..
doa banyak-banyak agak mendapat akhlak yang terpuji sama ada untuk kita diri sendiri atau untuk orang lain..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Pelajari Teknik Forex Sebenar Yang Mudah
Akhlak masing-masing orang berbeda ya Bang, terkadang yang kite anggap baek ternyata jahat begitu juga sebaliknya. Betol mang kate orang jika nak nilai orang jangan hanya lihat dari tampilan luarnya saja.
Curahan rasa Dwi Wahyudi @ ..XL Break The Box, Ikuti Live Streaming Game Pertama di Indonesia
persoalannnya kita mudah untuk menilai orang dengan akhlak..
sebab yang baik susah nak ingat ..
dan yang jahat susah nak lupa..
begitulah kejadiannya akhlak
Curahan rasa mrhanafi @ ..Artikel Promosi Belajar Forex Ditarik Balik
Bila di jalan raya, bukan kira kaum dan agama, ikut suka hati je nak hon.
Tambah lagi bila waktu puncak.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Cara Orang Kerja Pejabat Buat Komisyen
waktu puncak paling stress kerana banyak sebab dan perkara yang tidak dapat dielakkan..
mungkin lapar..
nak jumpa klien dan sebagainya..
last-last akhlak jadi tergadai
Curahan rasa mrhanafi @ ..Dua Cara Jadi Kaya Menurut Dato Seri Vida
geram tengok kereta yang park sesuka hati ni. ikut mana dan je.
itulah gambar akhlak yang tidak bertanggungjawab dan zalim dengan orang lain..
senang cerita amat mementingkan diri sendiri..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Dua Cara Jadi Kaya Menurut Dato Seri Vida
Segalanya bermula dari rumah… bukan kerana pakcik berjubah & berkopiah mengentam menggunakan kon ataupun pemandu cina muda itu hon & menjerit tak tentu pasal.. jika didikan dengan betul ada tersemat rasa hormat menghormati yg kuat — baik muslim atau non muslim — segalanya akan aman & mudah mencari jalan penyelesaian…
So never judge a book by it cover — itu yg masyarakat luar (esp non-muslims/westerners) sangat takut pada orang Muslim — sometimes unpredictable…
So SHARE how a muslim can be the best at what they can do/be RATHER than Share what Muslim can or might do…
Curahan rasa +irsah @ ..Facebook Page Popup & Like Lightbox 2017 Plugin for Blogger Blogs
akhlak sepatutnya terlihat pada penampilan diri..
luar atau dalam..
orang kata ..
sama ada ditunjuk atau disembunyi..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Guna Pakaian Tradisional Sarawak Kena Halau Dari KLCC
isu hon tu tak nak komen tapi isu akhlak kat jalan raya tu.. Memang majoriti macam tu. Terlanggar sikit bergaduh macam ada yang mati..
Curahan rasa Suria lekatlekit @ ..MUNGKIN TAHUN LEPAS ANDA TAK BUAT 11 PERKARA NI SEPANJANG BULAN PUASA
hon yang bagus dan ada yang kurang baik..
semuanya berkaitan dengan akhlak
akhlak yang baik tidak akan buat hon sesuka hati.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Guna Pakaian Tradisional Sarawak Kena Halau Dari KLCC
pelik kan? bila orang bukan islam lebih berdisiplin dan berakhlak dari muslim yang dah diajar dalam islam supaya sentiasa positif
Curahan rasa nikkhazami @ ..ULASAN Siri 13 Reasons Why di Netflix
sebab masalah ekonomi dan juga didikan yang tidak berteraskan Islam..
moga kita dikurniakan akhlak yang baik
Curahan rasa mrhanafi @ ..Guna Pakaian Tradisional Sarawak Kena Halau Dari KLCC
Comments are closed.