AFF Suzuki Cup 2010 : Malaysia Boleh tewaskan Indonesia

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Malaysia Boleh bergema lagi diseluruh dunia setelah hilang dari bibir rakyat Malaysia setelah Tun Mahathir mengundur diri sebagai PM. Pengalaman aku mengembara kebeberapa negara, apabila mereka tahu aku dari Malaysia pasti perkataan pertama yang akan keluar dari mulut mereka “Malaysia Boleh”. Dengan semangat Malaysia Boleh aku yakin Pasukan Bola Sepak Kebangsaan yang lebih dikenali dengan Harimau Malaysia akan dapat mempertahankan kelebihan 3-0 yang dibawa untuk menentang Timnas Indonesia di Gelora Bong Karno.

Ramai twitter Indonesia menyalahkan pancaran laser penyebab Timnas Indonesia tewas kepada Malaysia tanpa mereka sedar bahawa ketika Malaysia tewas 5-1 kepada Indonesia di Gelora Bong Karno terdapat juga penonton Indonesia yang menggunakan laser dan melaser penjaga gol Malaysia. Kenapa tak percaya ke??? Boleh baca detail di blog kisah beruang atau tengok lansung di video ni.

Pasukan Malaysia dan Rakyat Malaysia tidak pernah menyalahkan pancaran laser sebagai sebab tewasnya Malaysia 5-1. Ketika itu Timnas Indonesia ternyata lebih baik daripada pasukan Malaysia.

Semuga final ke dua Malaysia vs Indonesia di Gelora Bong Karno berlansung dengan semangat kesukanan yang tinggi. Pasukan mana yang menang tidak bermakna pasukan yang tewas itu lemah. Kedua-dua pasukan ternyata hebat kerana telah berjaya masuk final.

Seluruh Rakayat Malaysia mendoakan kejayaan Harimau Malaysia …. Malaysia Boleh!!!!!


Spread the love