Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog

Adakah Blogger keliru dengan SEO

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, membaca komen-komen Rakan Blogger di beberapa entri yang membincangkan ilmu SEO semacam ada kekeliruan yang bersarang di minda. Mungkinkah ada salah faham tentang ilmu SEO yang sering menjadi perbincangan hangat di kalangan Blogger.

“sesekali bolehlah buat entri SEO.. tapi kalau selalu tak best juga.. hilang seri entry blog tu – myvitrd

“Memang betul..dapat diperhatikan banyak artikel yang terlalu mengejar SEO sehinggakan nilai-nilai penyampaian terhadap pembaca sebagai seorang manusia telah hilang..ini semua akibat daripada terlalu ghairah menulis berdasarkan niat berlumba-lumba untuk menduduki muka depan enjin carian – Hairul Azni

“kadang-kadang confuse jugak, mana yang patut utamakan sebenar nie, SEO or Isi, kalau tak adjust SEO krang google tak detect la pa semua, tapi biasanya pelawat tengok isi dalam blog.. SEO tu hold dulu…nanti-nanti boleh buat – adarain

“Alangkah bagusnya kalau Web Crawler ini mempunyai human touch tak lah asyik hendak main SEO sehingga tak enak blog dibaca – akubiomed

Berdasarkan banyak komen yang dibaca kefahaman aku sebahagian Rakan Blogger beranggapan entri SEO itu adalah entri sensasi semasa seperti kisah Alvin dan Vivian atau kisah hujan meteor atau berita Mesir terkini atau entri live blogging Barcelona vs Malaysia dan lain-lain cerita semasa yang selalunya tak ada kena mengena dengan niche blog.

Ada blog yang memang dibina khas untuk memaparkan hanya berita-berita sensasi terkini yang berjaya menarik jutaan trafik dalam tempoh yang singkat dan ini menambah keliru Rakan Blogger. Keywords sensasi terkini akan menjadi perhatian untuk diolah menjadi tajuk sehingga mendatangkan rasa kecewa apabila tidak berjaya menarik trafik.

Pendapat aku semua ini salah. SEO bukan sekadar berlumba menulis kisah terkini dengan tajuk dan keywords yang sensasi sehingga lari dari niche blog. Cuba Rakan Blogger semak blog Kujie2.com jarang sekali ibunda kita menulis entri sensasi tetapi itu tidak bermakna entri beliau tidak mesra SEO. Sebagai bukti perkongsian beliau bercuti di Kuala Lumpur bersama anak-anak di blog Denai.my telah mendapat lebih 8K kunjungan tanpa cerita sensasi dan tak perlu promosi di FB dan Twitter … itulah yang dikatakan kuasa SEO.

“Apabila kita berjaya menyampaikan maklumat dengan baik kepada para pembaca, kemudian di tambah dengan teknik SEO yang betul. Ini pastinya akan memberikan kesan yang lebih baik kepada blog kita, pembaca kita, dan seterusnya memberi tambah nilai dalam komuniti atau masyarakat secara umumnya – Eizil

Kalau ada masa cuba buat kajian blog En. Titan dengan penulisan yang mudah kekadang menggunakan tajuk sensasi tetapi olahannya bukan copy paste dari surat khabar memang mempunyai kuasa SEO, kalau tidak tak kan Mat Cendol ini berani nak menulis buku tentang SEO yang bertajuk “Teknik SEO Merah Jambu“.

Bukan cemburu tapi majoriti Blogger bukan ensem seensem Abangensem, bukan cantik secantik Fatin Liyana, bukan kacak sekacak Boni Kacak, bukan molek semolek Yuyu Zulaikha, bukan popular sepopular Redmummy atau bukan babyface sebabyface Melastik Bintang yang boleh mengundang trafik blog walaupun tanpa kuasa SEO.

Kita Blogger biasa memang perlu belajar ilmu SEO yang boleh diselongkar dalam entri-sentri SEO denaihati atau beli buku SEO atau beli eBook SEO seperti “Teknik SEO Merah Jambu“. Lebih baik kalau kita dapat korbankan masa untuk hadir seminar atau kelas SEO yang dianjurkan oleh sifu SEO supaya kita dapat belajar secara praktikal dan bertanya jika tidak faham. Dengan ilmu SEO yang lengkap dalam dada pasti kita tidak lagi pening nak fokus ISI atau SEO kerana kedua-dua penting dan pasti tulisan kita tak jadi macam tulisan robot tapi penuh dengan roh dari jiwa. Dengaan ilmu SEO kita tak perlu lagi bergantung dengan isu sensasi untuk menarik berjuta trafik blog tapi cukup dengan pembaca setia dan trafik organik yang akan memeriahkan blog setiap hari.

ATAU mungkin aku salah faham dengan maksud komen-komen tersebut??

---

  1. kadang-kadang keliru, kadan-kadang tak faham..hehe
    Entri terbaru JMR – Aidilfitri 2014My Profile

  2. SEO perlukan praktis. Practice makes perfect.

    Tapi setuju juga dengan figure – figure yang Tuan tonjolkan.

    Mereka ada follower tersendiri, dengan gaya penulisan tersendiri
    Entri terbaru Khadeejah Hasmad – Kelas Blog Dan SEO Oleh Firdaus Azizi Training & ConsultancyMy Profile

  3. banyak ebook SEO dipasaran. how far does it help?
    Entri terbaru nikkhazami – Jadual Piala Malaysia Pasukan Kelantan 2014My Profile

  4. masih lagi belajar ilmu SEO. harap saya sebagus tuan :)
    Entri terbaru nikkhazami – Cabaran Review Entri DenaihatiMy Profile

Trackbacks

  1. […] Rasanya ramai lagi blogger yang masih keliru dengan SEO macam ambe ni. Teringat pulak entri ni, “Adakah Blogger Keliru dengan SEO?” Antara ulasan menarik […]

  2. […] Adakah Blogger keliru dengan SEO […]

  3. […] P.s : Itulah penangan SEO…SEO tidak bermaksud mengejar entri panas/hangat semata-mata..Kena faham konsep SEO itu sebenarnya i.e. perkongsian menarik dari Otai Blogger ini –> Adakah Blogger Keliru dengan SEO […]

  4. […] daripada komen di blog Denaihati menerusi entri Adakah Blogger Keliru Dengan SEO banyak menjelaskan bahawa pentingnya blogger mencari apakah makna di sebalik SEO yang sebenar.. […]

  5. […] baca pandangan seorang blogger popular mengenai kekeliruan blogger mengenai SEO di entri ini – Adakah Blogger Keliru Dengan SEO.  Mereka bermati matian menggunakan semua isu panas dan akhirnya hilang pembaca setia. Mereka […]

Artikel pilihan...close