5 Tips Mudah Untuk Blogger – tips dari NamiaCinta.com

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pemilik blog NamiaCinta.com merupakan salah seorang blogger yang bertuah dapat bersama-sama Denaihati dan beberapa orang lagi rakan blogger menuntut ilmu di seminar blogging Nuffnang Blogopolis 2012. Jom baca tips mudah untuk blogger yang dikongsikan.

NamiaCinta Nuffnang Blogopolis 2012

Nuffnang Blogopolis 2012 sudah lama berlalu, namun banyak yang ingin saya kongsikan bersama rakan-rakan blogger dan pembaca Denaihati.com.. diharapkan perkongsian ini dapat membantu rakan-rakan blogger yang masih baru dalam dunia blogging untuk menambah ilmu dan meningkatkan lagi potensi blog masing-masing.

Terima kasih banyak kepada Denaihati kerana membawa saya bersama ke Nuffnang Blogopolis 2012 baru-baru ni. Sebenarnya seminar seperti ini dapat membuka ruang dan peluang untuk kita menimba dan menambah ilmu pengetahuan serta dapat meluaskan ‘networking’.

Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips yang mungkin berguna buat blogger serta pembaca-pembaca blog Denaihati.com

5 Tips Mudah Untuk Blogger

1. Never Fight With ‘Anonymous’ – Saya percaya ramai rakan blogger yang berhadapan dengan masalah seperti ini jadi ada baiknya tidak bertekak atau jangan dilayan golongan ‘Anonymous’ yang tidak mahu kalah dalam apa jua keadaan sekalipun. Biasanya golongan seperti ini lebih suka menjatuhkan semangat orang lain dari memberi semangat.

2. Move To WordPress – Rasanya tidak akan rugi jika seorang blogger bertukar dari platform blogspot ke platform WordPress. Kebanyakkan blogger hebat menggunakan WordPress untuk membina network mereka.

3. Support Each Other – Ini cara yang paling mudah namun ada kalanya susah untuk dilakukan oleh kebanyakan blogger begitu juga dengan saya.

4. If You Don’t Have Haters – Sebagai seorang blogger pasti korang ada haters yang korang sendiri tidak sedar. Bila sudah ada haters itu bermakna penulisan korang memberi kesan kepada orang yang membaca penulisan korang tu.

5. Just Blogging For Yourself and Be Happy – Ini ditujukan kepada blogger personal (termasuk saya) di mana sampai satu tahap pembaca tidak lagi sukakan apa yang kita tulis di blog kita. Biarkan saja orang sebegitu dan teruskan apa yang sudah kita lakukan sejak awal lagi. “Kita tidak akan rugi bila kehilangan seorang pembaca yang tidak sukakan penulisan kita malah akan ada ramai lagi yang menyukainya”.

Ini hanya sebahagian saja tips yang saya dapat dari seminar blogging Nuffnang Blogopolis 2012. Rasanya ada banyak lagi tips yang boleh dikongsikan bersama dengan rakan-rakan pembaca. Maaf andai penulisan ini tidak sempurna kerana ini pertama kali saya menulis untuk blog rakan blogger.

Comments

Trackbacks