10 orang terkaya di Malaysia 2010

Dan tidak satu pun makhluk bergerak (bernyawa) di bumi melainkan rezeki semuanya dijamin Allah. Dia mengetahui tempat kediamannya dan tempat penyimpanannya. Semua (tertulis) dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz)” – Surah Hud ayat 6.

[ad#Adsense234x60]

1. Robert Kuok, RM42.76 billion
2. Ananda Krishnan, RM27 billion
3. Tan Sri Lee Shin Cheng, RM11.92 billion
4. Tan Sri Teh Hong Piow, RM10.86 billion
5. Tan Sri Lim Kok Thay, 55. RM10.38 billion
6. Tan Sri Quek leng Chan, RM7.09 billion
7. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, RM6.01 billion
8. Puan Sri Lee Kim Hua, RM4.4 billion
9. Tan Sri Tion Hiew King, RM3.5 billion
10. Tan Sri Vincent Tan, RM3.29 billion

Mengikut sebahagian Ulama Islam adalah menjadi kesalahan apabila manusia bekerja, berusaha atau berniaga dengan niat untuk MENCARI rezeki. Berdasar ayat 6 surah Hud telah nyata bahawa setiap rezeki manusia telah ditetapkan oleh Allah. Niat yang sebenar untuk setiap kerja dan usaha manusia adalah untuk MENGUNDANG rezeki.

Manusia perlu menyediakan diri menjadi seperti magnet yang mempunyai DAYA TARIKAN yang boleh mengundang bermacam benda untuk melekat kepadanya. Begitulah caranya bagaimana 10 orang terkaya di Malaysia terus menjadi kaya di kalangan warga Malaysia. Mereka berusaha siang dan malam bukan MENCARI rezeki tetapi MENGUNDANG rezeki yang memang sudah ada di keliling kita.

Antara cara untuk MENGUNDANG rezeki yang diamalkan oleh Tan Sri Syed Mohktar Al-Bukhary yang merupakan billionaire termuda di kalangan 10 adalah dengan banyak MEMBERI. HIDUP UNTUK MEMBERI kepada warga miskin seperti kelas tuisyen, rumah orang tua dan rumah anak yatim percuma telah beliau amalkan sejak sebelum beliau menjadi billionaire lagi.

Selain mengamalkan Hidup Untuk Memberi, untuk menjadikan diri kita seperti magnet yang boleh MENGUNDANG rezeki Kita juga mesti mengamalkan amalan yang mudah dengan istiqamah seperti membaca Yassin setiap pagi, solat sunat dhuha setiap pagi dan solat sunat tahajjud setiap 2/3 malam.

Tidak mustahil langsung suatu hari nanti ANDA akan tersenarai dikalangan 10 orang terkaya di Malaysia kerana Tan Sri Syed Mohktar Al-Bukhary juga bermula dari seorang yang tiada apa-apa.

Apa kata ANDA?

[ad#Mangga 300]

---

  1. semoga rezeki yang mereka peroleh bisa memberikan manfaat dalam kebaikan untuk orang lain…aamiin…
    Entri terbaru install ubuntu – Play Angry Birds in UbuntuMy Profile

  2. kalau msuk dlam senarai orang yang terkaya jangan lah kdekut