Video ‘serangan’ lambakan cengkerik hitam di Mekah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah baru-baru ini, ramai jemaah telah ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah. Kesempatan cuti sekolah juga memberi peluang ramai yang ke sana bersama keluarga dan rakan.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Baru-baru ini juga ada dimaklumkan tentang serangga yang banyak di Mekah. Video dan gambar yang menunjukkan cengkerik hitam hampir memenuhi sebahagian ruang suci juga tular di media sosial sejak malam Isnin.

Kenyataan rasmi dari Majlis Perbandaran Tanah suci Mekah

Berhubung dengan isu semasa yang sedang tular buat masa ini, berkaitan dengan video yang sedang hangat diperbahaskan di media-media sosial.

Iaitu Video Yang merakamkan ribuan serangga memenuhi beberapa kawasan di sekitar kota mekah assyarif. Majlis Perbandaran Kota suci Mekah telah membuat siasatan dan hasil dari siasatan itu menjelaskan:

Bahawa serangga itu adalah sejenis serangga yang bernama (janadibu sauda) atau (al jaddejad). Atau dikenali juga sebagai lipas malam(cengkerik). Ia terbang sekawan dari tempat lain ke tempat lain.

Walau bagaimana pun pasukan keselamatan yang dikhususkan dari unit kawalan serangga telah dihantar bagi menyelesaikan masaalah ini.

Sebanyak 22 kumpulan yang terdiri dari 138 orang pekerja yang disertakan bersama mereka sebanyak 111 pest controls atau alat pembasmi serangga.

Dan pembasmian telah dilakukan bermula dari sudut yang mana ia banyak didapati keluar. Iaitu saluran air bawah tanah, Saluran air kumbahan, Laluan terbuka atau tertutup.

Semua ini dilakukan disekitar masjidil haram khususnya di bahagian yang bernama al qusyasyiyyah.

Sumber yang sama menyatakan bahawa pasukan cepat menangani masalah ini, memfokuskan pada longkang hujan dan saluran air terbuka di kawasan itu kerana mereka mungkin sumber serangga.

Insiden ini mengingatkan bahawa ribut kuat yang melanda Mekah pada Ogos lalu menyebabkan kerosakan ringan di khemah jemaah berhampiran dan kiswah Kaabah juga kencang ditiup angin.

(Allah berfirman): Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan, dan belalang, dan kutu, dan katak, dan darah, sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang menderhaka. (Al-A’araf : 133)

Semua kejadian yang berlaku adalah dengan izin ALLAH. Apakah petanda atau hikmah di sebalik kejadian lambakan cengkerik hitam di Mekah ini?

Semoga kita sentiasa dirahmati ALLAH.

6 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!