UPSR Dan PT3 Bagi Tahun 2020 Dibatalkan

Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan bahawa Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2020 dibatalkan.

Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, pembatalan UPSR dan PT3 tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid.

Memandangkan keputusan UPSR dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD), Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan kaedah baharu bagi tujuan ini yang tidak hanya tertumpu kepada prestasi akademik semata-mata.”

Beliau berkata, satu kaedah baharu untuk PT3 akan diperkenalkan dan ia akan dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah-sekolah khusus seperti sekolah berasrama penuh dan sekolah teknik.

Baca : Pengeluaran i-Lestari: KWSP lancar kemudahan atas talian

Sementara itu, bagi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Kementerian Pendidikan sebelum ini mengatakan peperiksaan tingkatan lima itu dipinda ke 16 November hingga 7 Disember berikutan penularan wabak Covid-19.

KPM juga akan umum tarikh pembukaan sekolah sekurang-kurangnya dua minggu sebelum sekolah dibuka dan keputusan untuk membuka semula sesi persekolahan hanya akan dibuat apabila keadaan benar-benar diyakini kembali pulih.

sumber : Sinar Harian

7 Comments

  1. Berita yang mengejutkan ramai pihak. mungkin ramai yang masih tak berpuas hati. terutamanaya bagi ibubapa yang ada anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan tersebut. Tapi, yakinlah semua keputusan yang dibuat oleh pihak kementerian pelajaran adalah untuk kebaikan anak-anak kita semua.
    Curahan rasa huda @ ..Balm Sleeptime Tasneem Bantu Anak Susah TidurMy Profile

  2. Nice info. This is a very impressive post, Very useful information, it clarified things a lot for us. Thanks for sharing valuable tips. – Shirdi Flight packages from Chennai

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!