Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada 21/5 Google telah mengeluarkan versi baru panda iaitu Panda 4.0 yang telah memberi berbagai kesan kepada capaian blog. Kepada blogger yang sentiasa fokus pada penulisan yang berkualiti memang tak risau dengan Panda 4.0. Selepas Google Panda 4.0 ramai blogger yang sedang menunggu update terkini Google pagerank untuk melihat hasil usaha yang mereka lakukan selama ini. Sementara menunggu apa kata kita baca Tips Pagerank 2014 daripada Blogger Ariff Shah mana tahu boleh kita gunakan dalam panduan.
Beberapa hari yang lepas, saya mengelenggara blog koleksi1001resepi.com kepunyaan ibu mertuaku. hehe.. Sebenarnya status sebagai blogger inilah yang memudahkan sikit nak mendekati ibu mertua masa awal-awal dulu. Sebab mak mertua lah saya kenal anaknya.
Apa-apa pun, yang tu kita cerita kat tempat lain. Tak sesuai cerita kat blog Denaihati ni. hehe..
So kembali kepada main topic. Pagerank. Blog Koleksi 1001 Resepi hari tu problem sikit sebab Google tukar payment system menyebabkan domain yang pada asalnya autorenewal, tak jadi auto renew dan tak sempat renew. Expired 5 May 2014.
Keputusan asalnya, nak biarkan aje domain tu, dan dah dibuat blog lain tapi bila check balik pagerank untuk domain Koleksi 1001 Resepi, saya sendiri terkejut tengok. Pagerank 5 tu!
Jarang sangat nak jumpa blog kat Malaysia ni ada pagerank 5. Blog Amanz yang dah tahap media pun jatuh ke PR4 yang dulunya saya pernah nampak ada PR5 atau PR6 kalau tak silap. Blogserius yang 139 juta views tu pun baru PR3. Blog Kak Jie yang dikatakan makcik power SEO pun PR2 dah sekarang.
Jadi macam mana ni? Adakah PR masih lagi relevan? Adakah laman PRChecker.info ni bagi anggaran yang betul tentang PR sesebuah laman? Bagaimana sebenarnya cara nak naikkan PR?
Terus terang, saya pun tak tau. Tapi bagi mereka yang masih ingin menggunakan benchmark PR untuk blog/laman anda, silakan. Dan untuk golongan ini, tiga kesimpulan yang saya dapat pelajari tentang langkah untuk mendapatkan Pagerank yang tinggi daripada blog Koleksi 1001 Resepi ialah:
1. Keep it simple
Sebagai penulis blog, concentrate on hasilkan content yang berguna untuk pembaca. Kerja link sana sini tu mungkin dah boleh diabaikan.
Kalau tengok blog Koleksi 1001 Resepi, content wise memang power. Tak hairan Facebook page Koleksi 1001 Resepi pun hebat, over 280k Likes! Yang tu bukan dibeli, semua organic ya.
Memang objektif Google untuk menyampaikan maklumat terbaik kepada penggunanya, jadi somehow mungkin Google nampak user yang masuk ke laman ni memang stay lama dan browse berpuluh-puluh page agaknya. Saya lupa nak check bounce rate.
Dengan pelbagai Penguin update (Latest semalam, Penguin 4.0) kena fahamlah yang Google memang serius tentang content.
2. Gunakan Platform Blogspot
Mungkin. Tapi tak semestinya, cuma saya rasa ada kelebihan sikit.
3. Saya Dah Ada Satu Backlink PR5
hehehe… lepas ni boleh parking dan iklankan website Takaful & Medical Card saya kat Koleksi 1001 Resepi. Kasi up cepat sikit. Dah sah-sah la tak kena kacau dengan Google sebab ni Koleksi 1001 Resepi ni blog betul, bukan macam sesetengah lubuk PR tinggi untuk parking link.
No related posts.
524 Comments
Bagi pendapat saya, blogspot dan wordpress sama hebat. Semuanya ada fungsi yang memudahkan kerja-kerja SEO dalaman (onpage). Banyak je blog wordpress yang rankingnya lebih tinggi daripada blogspot. Hehe, sekadar apa yang saya perhatikan.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan Blogger
Algoritma Google yang terbaru nampaknya mementingkan isi kandungan dan entry yang PANJANG dan BERKUALITI. Dari segi backlink tu bukan keutamaan utama. Malah kalau dah jarang sangat update, ranking pun boleh jatuh. Peringatan kepada diri saya juga.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan Blogger
Tapi hati-hati ye. Walaupun dapat PageRank 5, bila-bila masa sahaja boleh jatuh. Biasa je sebenarnya kalau pagerank 5 jatuh 4, naik semula 5 dan sebagainya. Semoga terus usaha kekalkan PageRank tersebut. Satu kejayaan yang boleh dibanggakan juga 🙂
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan Blogger
Bukan senang nak dapat top pagerank macam denaihati. Apa yang penting saya menulis blog ni pun dah cukup satu kepuasan dan keseronokan bagi saya.
Curahan rasa adarain @ ..Budaya Spornoseksual Di Kalangan Lelaki
Page Rank ni susah nak naik tapii senang nak jatuh. Yang penting tumpukan kepada content yang berinfo dan berkualiti.
280k likers?! Memang makcik hebat! Sebenarnya PG memang berangan-angan nak PR lagu tu. Kena usaha lebih gigih jawapnya. Content yang simple? Ok juga, kita pun tak nak sebenarnya blog yang penuh dengan widget. InshaAllah, kena belajar dengan ariff juga lepas ni.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Orang cakap pikat maknya dulu baru anaknya. Tahniah Ariff Shah. Haritu wawa ada check juga page rank ni, tapi masih lagi kosong. Wawa tak tahu macam mana nak naikan page rank ni. Dengan entri yang tuan denaihati.com buat, sedikit sebanyak membantu wawa menyelesaikan masalah ini. Terima kasih sifu!
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI11] : KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK
Kita sama wawa! Kena banyak belajar dan membaca lagi bab-bab page rank ni dari ariff kan. Pikat mak dulu? 😉 ariff memang menang bergaya! Nak tahu page rank ke berapa berapa pun PG tak reti. Hehe
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
bagi backlink pada blog yang pagerank tinggi itu turut membantu.. dalam masa yang sama teruskan berblog macam biasa je
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
hu3…aku pula biarlah masa akan tentukan PR aku..malas nak fikir bila google berlembut hati nak bg PR kat blog aku…sekarang masih lagi 0 PR
Kena usaha lebih sikit tambah entry dan isi kandungan blog. Itu je kuncinya, sebab sekarang Google dah lebih pentingkan kualiti blog dari segi artikel dan isi kandungannya.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan Blogger
kena sabar lagi ni blogger lelaki..nanti diorang update naik la tu pagerank..
Curahan rasa depalmaSP @ ..Punca Guru Bocorkan Soalan UPSR Sedikit Terbongkar
Terima kasih untuk tips ni. Teringin juga nak dapatkan pagerank yang lebih baik dari sebelum ni. Boleh jadi semangat bertambah untuk menulis di blog.
Curahan rasa Azhafizah @ ..Tugasan Kedua Cabaran miliki iPhone 5s impian setiap blogger
Betul tu sis Azhafizah, baca entri ariff mengenai ini menaikkan semangat PG untuk terus berblog. Content yang simple tapi menjadi carian orang ramai. Nak juga tahu lebih lanjut apa rahsia sebenarnya lagi mak mentua ariff ni 😉
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
saya pun tengah dalam proses menaikkan ranking blog..harap-harap lepas ni dapat la naik PR blog..
Curahan rasa depalmaSP @ ..Punca Guru Bocorkan Soalan UPSR Sedikit Terbongkar
Aku tak kisah sangat pasal PR ni. Kalau di kejar sangat PR takut nanti kerja-kerja asas untuk blogger seperti update blog akan di anak tirikan dan akhirnya fedup sebab PR tak naik-naik. Seperti yang arif katakan ‘keep it simple’…
Curahan rasa Wiramerah @ ..Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5s
ramai blogger yg jual ebook. tapi tak tahu nak beli dgn siapa..
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
betul tu.. takut jugak bila dah beli tak dapat yang betul-betul berkualiti..harga komfem mahal..
Curahan rasa depalmaSP @ ..Punca Guru Bocorkan Soalan UPSR Sedikit Terbongkar
saya biasa nya membaca dari apa yang di tulis oleh blogger lain .. tak pernah beli ebook pasal blogging pun lagi pun ramai je blogger yg tulis pasal benda2 macam ni
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
sekali entry dah ada di page pertama google, esok2 dah page empat!
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
biasa la tu..blog tak cukup power lagi untuk SEO..hehe
Curahan rasa depalmaSP @ ..Kren Terbalik Sewaktu Angkat Lori Yang Juga Terbalik
In Shaa Allah akan rajin-rajinkan diri jalan-jalan di sini 😉 banyak sangat info berguna saya belajar.
Curahan rasa Nur Razali @ ..Rahsia Kulit Lembut Seperti Bayi
banyak info berguna dari blogger power seo mcm DH, kujie, hasrulhassan.. kena banyak baca tips diorang. 🙂
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Oleh kerana saya memang suka jalan jalan.. dan memang blog tuan arif terbaik untuk jalan jalan
Yang terbaru pasal jejalan ke jepun
Sangat informatif dan membantu
Curahan rasa Hasnul Mutawif @ ..Kebaikan dan Kekurangan Pakej Umrah Andalusia Travel Part 1
Tahniah.. sekarang g honeymoon di jepun.
Mak mertua dapat ole ole dari jepun
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Beli Tudung Labuh Koshibo Dari Kota Kinabalu
Comments are closed.