Gangguan bekalan air Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2, ini 10 tips untuk jimat air

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, ahli Kumpulan Air Selangor, membuat persediaan serta  persiapan menghadapi gangguan bekalan air berjadual bagi perlaksanaan kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Loji Rawatan Air (LRA ) SSP2 pada 24 April 2019.

Air Selangor akan mengerakkan sebanyak 82 lori-lori tangki air serta 17 lori-lori tangki jumbo sepanjang tempoh gangguan bekalan dengan keutamaan bagi kecemasan dan premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan sebagainya.

Selain itu juga, sebanyak 10 (sepuluh) buah Pusat Khidmat Setempat (PKS) akan diaktifkan bermula pada jam 8.00 pagi, 26 April 2019 bagi memberikan bantuan kepada pelangan-pelangan.

Sebanyak 106 buah tangki statik akan ditempatkan di premis – premis kritikal  serta lokasi-lokasi strategik selain penyediaan sebanyak 9 (sembilan) lokasi pili–pili air awam bagi kegunaan pelanggan yang terjejas.

Gara-gara gangguan bekalan air selama 86 jam ini pelbagai cara simpan air dan tips menjimatkan penggunaan muncul dan dikongsi oleh netizen. Ada sebahagiannya cukup kreatif. Boleh guna idea ini untuk ‘survive’ selama 4 hari.

1. Sediakan tong besar – Rasanya setiap rumah mesti ada satu tong ini untuk kegunaan waktu sebegini.

2. Guna Periuk besar – Boleh juga guna periuk besar atau apa saja barang yang boleh tampung air yang ada di rumah termasuklah tupperware.

3. Guna plastik besar – Jika plastik besar, plastik sampah pun boleh. Isi air dan ikat. Simpan banyak mana ikut suka.

4. Water dispenser letak dekat singki – Supaya senang kita nak basuh apa-apa yang patut. Macam paip la kan.

5. Guna pinggan, cawan dan sudu pakai buang – Jangan bazirkan air untuk basuh perkara ini, so beli stok untuk empat hari yang murah-murah saja.

6. Alas pinggan dengan plastik – Boleh juga alas pinggan dengan plastik macam mamak jual nasik kandar tu.

7. Beli air mineral untuk minum di rumah – Jadi boleh guna air yang disimpan untuk keperluan lebih penting iaitu di bilik air.

8. Botol spray untuk ambil wuduk – Gunakan cara yang biasa dipraktikkan oleh jemaah haji dan umrah kat Makkah untuk ambil wudhuk. Tak guna banyak air dan boleh bawa ke mana-mana.

9. Masak stok makanan – Memasak ni selalu guna banyak air, nak basuh macam-macam. Jadi buat kerja memasak tu sekali saja. Buat stok lauk, dan simpan dalam freezer selama tempoh tiada air.

10. Sediakan tisu basah – Untuk cuci tangan yang tak berapa nak kotor tu boleh pakai tisu basah. Selain itu kalau ada anak masih guna lampin pakai buang boleh kesat dulu najis dengan tisu ni sebelum bilas dengan air.

Air Selangor komited dan berusaha melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan ini mengikut jadual serta mempercepatkan proses pemulihan bekalan.

Kerjasama semua pelanggan yang terjejas sepanjang tempoh hentitugas dan gangguan bekalan air berjadual ini amatlah dihargai.

Sila layari laman sesawang di www.syabas.com.my , Facebook “Air Selangor”, Twitter @air_selangor dan aplikasi telefon pintar Air Selangor, yang boleh dimuat turun di Google Play dan App Store, untuk maklumat kawasan dan status yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.


Spread the love

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!